MI - Published: 13 July 2014
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu segera diangkat sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mengelak keaiban besar presiden PKR itu, kata Utusan Malaysia.
Penolong pengarangnya, Zulkefli Hamzah berkata usaha untuk mengangkat Azizah sebagai menteri besar bukanlah satu tugas sukar kerana ia sudah disepakati Majlis Himpunan PKR Januari lalu.
“Sepatutnya mereka jaga kedudukan presiden parti. Sudah diangkat dengan susah payah sebegitu rupa sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, tetapi dibiarkan terkapai-kapai di awang-awangan. Kasihan Wan Azizah.
“Sepatutnya segeralah laksanakan 'Langkah Kajang' dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat. Jangan malukan presiden sendiri. Presiden pun ada aib dan wibawa yang perlu dijaga.
“Jadi, apa tangguh-tangguh lagi. Mengapa perlu lama-lama? Lantik segera Adun Kajang ini sebagai menteri besar,” katanya menerusi akhbar Umno itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Semalam, Anwar berkata perbincangan untuk menyingkirkan Khalid sebagai menteri besar Selangor dilakukan secara dalaman dan usaha berkenaan tidak dilakukan secara tergesa-gesa.
Ketua umum PKR itu berkata, Khalid setakat ini menjalankan tugasnya dengan baik, terutamanya dalam urus tadbir kewangan negeri.
"Saya tidak fikir kita perlu tergesa-gesa. Ia perbincangan dalaman dan baik bagi kami uruskannya dalam keadaan yang baik.
"Saya selalu berpendapat beliau lakukan tugasnya dengan baik dalam hal kewangan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa semalam.
Zulkefli berkata jika PKR boleh meyakinkan 39,000 pengundi di DUN Kajang untuk memilih Azizah sebagai wakil rakyat, mengapa tidak suara 28 Adun Selangor memilih Azizah sebagai menteri besar.
Katanya, jika Khalid masih enggan berganjak daripada kerusi menteri besar, maka undi tidak percaya boleh dilakukan.
“Bukan sukar sangat kerana Pakatan mempunyai 44 kerusi. Mereka hanya perlukan 28 undi sahaja.
“PAS yang ada 15 kerusi dan dahulu menentang rancangan menukar menteri besar pun kini sudah bertukar arah. Suara PAS mahukan Khalid digugurkan semakin membesar,” katanya menerusi artikel bertajuk “Jangan malukan presiden, lantik segera jadi MB”.
Dalam pada itu, akhbar itu turut menyelar PKR kerana tidak pernah memikirkan kebajikan rakyat dengan bercadang mahu menyingkirkan Khalid.
Katanya, integriti yang dimiliki Khalid perlu dipertimbangkan sebelum apa-apa keputusan di peringkat negeri dibuat.
“Jika mereka benar-benar berjuang demi rakyat, tidaklah menteri besar yang diagung-agungkan mendapat sokongan rakyat Selangor itu dicela dan dihina sebegitu rupa oleh parti sendiri.
“Selama ini perkataan 'demi rakyat’’ tidak pernah lekang di bibir menteri besar Selangor itu. Jadi siapakah sebenarnya yang membela dan siapakah yang hanya memanipulasi rakyat?
“Halangan terbesar ialah Khalid merupakan pilihan lebih baik berbanding Azizah atau mana-mana Adun PKR. Dari segi prestasi kerja, tidak mungkin Azizah boleh menandingi integriti dan kewibawaan Khalid,” katanya. – 13 Julai, 2014.
Anuar akan tentukan bini dia naik jadi MB tu sebelum dia bermusafir ke Sungai Buluh,itulah sebabnya dia keluarkan kenyataan yang perbincangan perletakan jawtan TSKI itu telah dijalankan secara terttup jadi sekarang sahlah sudah yang TSKI akan ditamatkan jawatan dia cuma tunggu masa saj yang menentukan,kami rakyat marhem nie rasa kecewa keran PkR sendiri khususnya dan PR sendiri amya telah meletakan kepentingan diri dari kepentingan parti dqn rakyat terbanyak yang mahukan TSKI meneruskan tugasnya sebagai MB setidak-tidaknya biarlah dia sendiri membuat kenyataan dan bukannya memaks dia berbuat demikian nampak sangat yang semua pemimpin dalam PKR khususnya dan PR amnya sudah tiada kesepakatan lagi untuk membantu TSKI ,dan bila dia membuat keputusan sebagai seorang MB maka mulalah suara sumbang bercerita,apakah pemimpin PR suka jarum BN/UMNO menikam daging saudara kita dalam PR, hinggakan sekarang rakyat marhem percaya TSKI hanya tinggal kesaorangan untuk mebela entah kesilapan dirinya,yang hanya kita tahu dia dipersalahkan kerana terlalu kedekut dan bab catuan air tempoh hari yang lain hanya pemimpin PKR yang gila saja yang tahu.kita tunggu dan lihat .
ReplyDeleteSyaitan memang kerjanya mengadu domba
ReplyDeletesetan yang dikenali seberadik makutti ! ABU !
ReplyDeleteSyaitan2 kalau tak buat kerja2 jahat nanti kena marah dek Iblis.
ReplyDeleteKlu pkr sudah mata merah...pru akan dtg gua tak bagi undi dah. Sama je perangai takda beza pun.
ReplyDelete1 undi hilang...apalah sgt...! Janji gua khalid ketak ja2atan sebab politik dlm pkr.......gua takkan bgi undi lagi.
DSWA tidak pernah mengimpikan jawatan ....dia seorang wanita yang cekal mengharungi segala fitnah busuk yang ditimpakan kepada suaminya yang tercinta....bukan calang2 wanita masih boleh berdiri teguh belasan tahun dibelakang suami yang dianiaya....kalau dilantik MB pun saya yakin dia boleh menjalankan tugas dengan baik.....dia bukan seorang suri rumah yang hanya tau angguk2 geleng2 ye dia seorang berkerjaya seorang Doktor yang pernah merawat pesakit....tahap kesabaran seorang doktor memang sangat tinggi.....
ReplyDeleteToksah nak menyalahkan syaitan lah. Inilah kerja kita bagi menyedapkan hati sendiri. Perbuatan kita sendiri mengalahkan syaitan. Syaitan relaks je..
ReplyDelete