Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 13, 2014

Nampaknya Hasrat Puak UG Akan Tertunai!

Kalau tidak apa maknanya ni?
Dah terang-terang Muhyiddin mahukan semua ADUN BN sokong Khalid
Bayangan keputusan Meyuarat PAS pada 17 hb. ni pun dah nampak!

Aku nak tanya Nik Amar yang tidak popular di Kelantan begitu juga dengan bossnya MB Kelantan, adakah rakyat mengundi dan memberikan mandat kepada semua wakil PAS untuk dikhianati?
Tak berdosakah bagi wakil rakyat mengabaikan dan mengkhianati hasrat dan harapan rakyat? 

Nik Amar: 15 ADUN PAS S'gor perlu sokong Khalid
mk - 7:27PM - 12 Aug 2014
Kesemua 15 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor perlu memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kekal menerajui Selangor sebagai menteri besar.
    
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sokongan berkenaan selari dengan pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

"Apabila Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan menyokong Abdul Khalid dan selagi parti masih belum membuat apa-apa keputusan (lain) mengenainya, dari segi kewajipan wakil rakyat PAS Selangor akan (terus) bersama-sama beliau (Abdul Khalid).
    
"Arahan juga sudah dikeluarkan kepada Exco PAS Selangor supaya kekal dengan jawatan yang ada sekarang," kata Nik Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.
    
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat keanggotaannya daripada PKR, Sabtu lalu.

Perkenan baginda itu diumumkan sendiri oleh Abdul Khalid dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan selepas menghadap Sultan Selangor berkaitan kedudukan jawatan menteri besar.
    
Pada 7 Ogos lalu, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa Abdul Khalid tidak boleh digugurkan daripada jawatan menteri besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah sebagai menteri besar yang mewajarkannya disingkirkan.
    
Mohd Amar  berkata Majlis Syura Ulama merupakan badan tertinggi dalam parti dan segala yang diputuskan majlis itu selalunya tidak akan disanggah oleh anggota mahupun kepimpinan.


39 comments:

  1. Abe

    Biarkan dia bercakap selagi masih ada jawatan. Yang nampak semakin jelas , PAS akan bungkus dalam PRU 14.

    Kita tengok tokoh-tokoh UG ni masih menjadi ADUN atau tak selepas PRU 14.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Biarlah Nik Amar bercakap sementara ada jawatan ni. Yang semakin nampak jelas ialah Nik Amar dan geng PAS diKelantan akan bungkus dalam PRU 14 nanti. Time tu kita tahu apa nak buat bila datang minta simpati dari kita rakyat.

    Kita tengok setinggi mana permainan politik tok lebai- tok lebai UG ni. Adakah sehebat seperti mereka perasan diri mereka hebat?

    ReplyDelete
  3. bat8

    Setahu abe masa mula-mula TGNA letak jawatan dan jawatan MB beralih kepada Mad Yaacob dan TMBnya Nik Amar mereka tidak popular dan menyerlah di Kelantan tetapi mereka survive hanya dengan bayangan TGNA saja.

    Auranya Husam lebih menyerlah ketika itu. Itu sebabnya mereka berdua berganding bahu mencantas Husam. Mereka takutkan bayangan hebat Husam. Jadi sehingga sekarang semua rancangan yang Husam ragka untuk pembangunan kelantan dipeti sejukkan sedangkan mereka sendiri masih tidak ada apa rancangan yang menonjol setakat ini.

    Tentu bat8 tidak lupa bagaimana Nik Amar merencana untuk menghumban Husan dengan menggunakan nama Al Sultan Kelantan ketika kecoh perlantikan EXCO dulu

    Apa bezanya jahat muslihat UMNO dibandingkan dengan geng ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe,

      Ambo ingat bagaimana mereka "tipu" Husam hidup-hidup. Takpelah biarlah mereka buat perangai UMNO. Tak k3manapun mereka dalam PRU 14. Sana sini di Kelantan rakyat dah mula bercakap tentang mereka.

      Delete
  4. Yang memenang dan mempopularkan PAS melalui media alternatif, ceramah dan memupuk kerjasama dengan parti gabungan adalah golongan profesional di dalam PAS. Golongan yang katanya Ulamak ini hanyalah seperti Kaduk Naik Junjung sahaja. Apabila PAS mampu berkembang dan berkuasa di kebanyakkan negeri maka mereka (golongan Kaduk) inilah yang sangat besar kepala dan mengaku merekalah yang berusaha menaikkan PAS. Sedangkan masa demontrasi seperti BERSIH dan sebagainya mereka ini hanya duduk di kerusi empuk dan hanya menonton melalui U tube sahaja tanpa hadir memberi sokongan. Mereka ini sebenarnya adalah ibarat golongan "Munafik" seperti di zaman Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaek cetusan nurani Monkey Shooter dan saya merasakan lebai2 dari golongan ulamak PAS ini bukanya tahu apa keperluan rakyat mahu, yang mereka pandai bercakap adalah halal haram dan wala' pada ketua.

      Delete
  5. kerja-kerja pembelot & pengkhianat ! ABU !

    ReplyDelete
  6. TAHNIAH Akhirnya cita2 mereka yg inginkan PR jatuh di N.Selangor tercapai.

    Jika ini cara PAS memimpin parti. Akibatnya bangsa Cina Dan India akan hilang kepercayaan pada parti ini. Mereka beri kepercayaan atas dasar dasar parti PAS. Hakikatnya hari ini PAS sudah memusnahkan kepercayaan itu.

    PAS mencipta sekali lagi sejarah dalam politik negara ini sebagai sebuah parti politik yang tidak bertamadun walaupun dikalangan mereka ramai yang berpendidikan tinggi.

    TAHNIAH BUAT PAS

    PAS BADUT umno SELAMANYA.

    TAHNIAH

    ReplyDelete
  7. Maaf la... Ini ke yg dibanggakan sebagai Parti Islam yg mengkianati persepakatan? Inikah contoh Islam yg nk ditunjukkan? Tak perlu tunggu pru14, sekarang pun rakyat dah jijik. Hikmah dari krisis mb ni terserlah sudah sikap sebenar mereka. Harap adun2 pas yg benar2 dilandasan perjuangan keluarlah dari pas dan jd bebas dan tubuhkan parti Islam yg baru. Pasti ramai yg akn bersama.

    ReplyDelete
  8. selepas tgna, dulu saya rasa paling sesuai jadi mb kelantan adalah husam musa ttp entah camana menjadinya 'percaturan mereka' naiklah si mb skrg dan nampak sangat ke arah mana yg mahu dibawanya pas nanti lebih2 lagi pada kemelut perebutan kerusi mb selangor skrg..dah nampak permainan geng2 ug ini..

    ReplyDelete
  9. Khalid Ibrahim pecat exco2 DAP dan PKR ????

    Tamak haloba sudah tiada batas nya , Rakyat di anggap anjing pula.

    Undi kita untuk PR , bukan Khalid Ibrahim.

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat PAs...dah pendam lama sgt niat utk UG ...gunakan segala ilmu politik sebagaimana PAs tikam PR...sekiranya ada peluang utk tikam umno pulak. .
    Pas bole berselindung dgn hudud..rakyat tetap akan tergoda dgn hudud Pas....
    Bravo Pas....sejarah kelakuan Pas ari ni ttp akan dikenang selamanya..sebagai panduan supaya jgn lagi ada bersatu dgn PAs...sbb musuh yg sebenarnya ada dlm kelambu.

    ReplyDelete
  11. Yg pastinya...Pas lupa peningkatan sokonga Pas secara tiba2 memuncak diketika DSAI dizalimi...dgn bijaksana Arwah DFN...brjaya menawan golongan profesional n golongan muda utk brsama menentan kezaliman trhadap DSAI.
    Kiranya ini balasan PAs trhadap rakyat yg selama ini..bgtu percaya n yakin pd prjuangan PAs...tungu dan lihat PRu14...tak ada yg mustahil Pas akan kita humban kluar dr kelantan..
    golongan UG dan ulama dlm Pas terlalu yakin pd kemampuan mereka...anda tunggu dan lihat pula kemampuan org2 yg kecewa dgn sifat kerakusan kuasa politik anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat Kelantan kat UMNO baru ko puas hati...segala mcm maksiat subur semula. Emosi xkan bawa kita kemana.

      Delete
  12. mohon sesangat presiden Pas mengarahkan semua ahli PAS tak kira sesiapa pun agar mendiamkan diri berkaitan isu mb selangor.komen kebanyakan pemimpin PAS hanya menambah kerosakan sahaja.TOLONG ler.jgn jadi gila publisiti.nampak sangat kedangkalan berpolitik.tidak kah mereka ini merasa malu dengan komen dangkal yg dilontarkan.cukup memualkan.hingga disaman,aper citer nie.respek pada Abg Mat,Dr Hatta,Dato Husam serta pemimpin PAS yg kool sahaja.perlu dihantar berkursus tentang jgn gila mikrofon pada pemimpin PAS yg gila mikrofon.

    ReplyDelete
  13. Mungkin Allah nak tunjukkan kepada kita siapa menjadi duri dalam daging di dalam PR.

    ReplyDelete
  14. Kiranya PAs berasa tindakan yg lembab utk mngatasi segala kemelut politik yg berlaku skrg...bole mnyebabkan kuasa penentu hidup mati PR atau khalid ada di tangan Pas...terbukti sudah Pas sememang ditakdir sebaga parti lebai malang...Hakikat sekarang rakyat yg dulu begitu mnhargai Pas kini semangkin benci dan meluat yg teramat sgt dgn Pas..

    ReplyDelete
  15. Kalau muka dua ekor ini (MB & Tim MB Kelantan) yang menjatuhkan Husam Musa ini diberi kuasa, maka lihatlah natijahnya......PRU14 Kelantan akan beralih kepada BN. Alangkan semasa TGNA pun jenoh pujuk ADUN-ADUN PAS supaya jangan lompat parti dan jenuh berbai'ah untuk menceraikan isteri sekiranya keluar parti (mengkhianati parti), itu pun hanya majoriti 2 orang lebih sahaja.....Bayangkan kalau geng UG 2 ekor ini yang mengetuai PRU14?

    ReplyDelete
  16. Di PRU14 kelak kita ranapkan PAS di kelantan dengan menyokong UMNO/BN. Semoga aliran masuk wang tunai berlimpah ruah untuk membantu peniaga kecil dan sederhana bersaing dalam ekonomi. Rakyat Kelantan adalah yang paling bijak berpolitik berbanding MB dan Deputy nya yang bebal lagi hasad.....

    ReplyDelete
  17. Berapa habuan yang Anuar dapat dengan meruntuhkan PR di Selangor ya ??? Apakah beliau di janjikan pembebasan dari sabitan kesalahan liwatnya itu ?

    ReplyDelete
  18. dengar khabar TGNA dipaksa letak jawatan MB betul ke?

    ReplyDelete
  19. Hussein Cheng AbdullahAugust 12, 2014 at 11:03 PM

    Kenapa PAS nak main tarik tali dlm hal kepimpinan di Selangor? apa maslahahnya nap tgu sampai 17 Ogos,.padahal dlm kuliah dan ceramah lebai lebai PAS ni kata bab pemimpin ni perkara yg penting dan disegerakan...mcm mama dgn konsep dakwah bil hal Dan tanggapan org human Islam dlm PR yg selama ini sudah berbaik sangka dgn PAS hasil ijtihad tahalluf siyasi untuk menjatuhkan pemimpin zalim Bn@umno..dlm isu tski skrg dilihat pas dan umno berada dlm landasan yg sama...

    ReplyDelete
  20. Bai kau g tengok facebook. Bape ramai orang muda, terpelajar dan professional yang marah dgn nuar brahim. Masalah dia nak heret semua rakyat ikut dia. Dulu aku suka cara dia gerakan reformasi 98 zaman aku mahasiswa tapi isu bodoh pun dia x boleh handle. Mcm nak g move putrajaya. Mimpi je lah bang nuar. Sultan selangor pun xnak jupe aljuburi. Pas tetap istiqomah.

    ReplyDelete
  21. Bahalol Keldai PAS tiada batas nya.

    Apa kah hukum dari Quran Sunnah bagi manuaia menjual ayat ayat Quran Sunnah untuk ke untungan dan aniaya umat umat lain ?

    Ada hukum hakam Quran tetapi Dajjal memang pandai menyesat kan manusia.

    PAS itu lah Dajjal ber kaki manusia hidup di kalangan manusia.

    Allah SWT sudah tunjuk kan kebenaran nya.

    Tuan Guru hanya lah mainan setan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen tu agak agak ler.bab dajjal nie jgn mendahului apayg telah ditetapkan.banyak ngaji supaya berilmu.jgn sesat lagi menyesatkan.agak agak ler bro.kitab maner yg ko belajar nie bahawa dajjal lahir di sini.

      Delete
    2. Daripada Ali bin Abu Talib r.a katanya :”Rasulullah SAW telah mengirim sepasukan tentera dan menyerahkan pimpinannya kepada seorang lelaki Ansar dan meyuruh supaya mereka taat kepadanya .Tiba –tiba lelaki Ansar itu marah kepada mereka seraya berkata : Bukankah Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kamu taat kepadaku ? Mereka menjawab : Bahkan ! Lelaki itu berkata : Kini aku perintahkan kamu supaya mengumpulkan kayu dan menyalakan api dan kemudian hendaklah semua kamu masuk ke dalam api .Lalu mereka mengumpulkan kayu api dan menyalakan api .Dan ketika mereka hendak masuk ke dalam api masing- masing berpandangan antara satu sama lain dan berkata :Kami mengikut Nabi SAW hanyalah kerana lari dari api neraka , apakah kami memasukinya sekarang .Tatkala mereka berada di dalam keadaan demikian tiba –tiba api menjadi padam dan redalah kemarahan pemimpin tentera itu .Kemudain kejadian itu diceritakan kepada Nabi SAW lalu beliau bersabda :”Jika mereka memasuki api itu tentulah mereka tidak akan keluar darinya untuk selama-lamanya .Ketaatan itu hanyalah dalam perkara kebaikan .
      Keterangan mengenai perawai Hadis
      Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Ali bin Abu Talib , Khalifah ar-Rasyidin yang keempat – menantu /sepupu kepada Rasulullah SAW , terlibat di dalam peperangan Badar,Uhud ,Khaibar,Khandak dan Hunainin .Semasa menjadi khalifah terlibat dengan peperangan Jamal dan peperangan Siffin dan berlakunya Majlis Tahkim , wafat pada tahun 40 Hijrah .
      Nilai Hadis
      Hadis ini menceritakan tentang seorang ketua yang memberi arahan kepada orang bawahnya yang tidak patut diikuti arahan itu , arahan yang tidak berbentuk kebaikan , syariat Islam mengatakan “ Ketaatan itu perlu diikuti kepada arahan berbuat kebaikan sahaja “. Orang yang mnerima perintah supaya taat itu hendaklah menimbangkan adakah perintah itu mesti ditaati atau sebaliknya
      Keterangan Hadis secara terperinci .
      1.Wajib taat kepada perintah ketua .
      Metaati ketua adalah wajib, banyak hadis –hadis yang memerintahkan untuk taat kepada ketua , di antaranya
      Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, dia berkata : Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
      "Wajib atasmu untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah ) dalam kesulitan dan kemudahanmu, dalam perkara yang menyenangkan dan yang kamu benci, dan tidak kamu sukai." (HR. Muslim 3/1467)
      Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata : Wajib taat kepada ketua sekalipun para pemerintah ini memonopoli perkaramu, sehingga mereka tidak berlaku adil terhadapmu dan mereka tidak menunaikan hakmu," seperti yang tersebut dalam Al-Bukhari dan Muslim dari Usaid bin Hudhair bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda” :
      "Sesungguhnya kalian akan menemui perkara yang tidak disenangi setelahku, maka hendaklah kalian bersabar sampai kalian berjumpa denganku di telaga haudh nanti."

      Delete
  22. dah berak merata-rata... habis taik kena kat PAS....
    LANGKAH KEJANG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pill kuda,Perak,Penang siapa buat taik.Pertindihan calun taik siapa?

      Delete
  23. Jika pemimpin seperti ini memimpin PAS. PAS boleh lupakan PRU14, satu kerusi takkan dapat malah akan ada kawasan kamu akan hilang wang pertaruhan.

    Wala wala juga.... tapi jangan sampai wala membabi buta.

    PRU14, ahli-ahli Dewan Ulama mungkin boleh sinting jubah ke lutut untuk pasang poster... banyak anak2 muda penyokong PAS akan berputih mata sahaja biar ulama pula buat kerja rencam.

    ReplyDelete
  24. mountdweller ..mereka berdua telah menyusuf dlm PAS sejak awal awal lagi bergiat cergas mendampingi TGNA agar kelihatan setia kuat selari dgn kehendak TGNA tetapi mereka sebenarnya akan memecah belahkan membuka lorong untuk UMNO berkuasa di Kelantan...Ini yang terjadi pada Muammar Gadapi bila musuh yang membunuh dan menembak nya ada lah di kalangan Pengawal Peribadi nya...yg begitu kelihatan setia sebelum nya...

    Kalau x kerana sikap dan perbuatan musuh dalam selimut sudah lama Gerakan Islam di dunia mencapai kemenagan.

    Wallaua'lam

    ReplyDelete
  25. Bukan semua taraf ulama, sesetengah sekadar kumpulan pak lebai kopiah senget, dapat kuasa jadi pak lebai kopiah longgaq.

    ReplyDelete
  26. tu lah pasai... buat langkah kajang terburu2... pastu xdpt peluang atas sabit kes mahkamah... pening2 bagi kat bini.. pastu nak tukar MB.

    kami org atas pagar tgk je permainan semua nie... semau boleh bg pendapat n penilaian masing2..

    kalau isu ini dimuafakat awal2.. apa2 gerakan langkah pun akan berjemaah. isu skrng siapa yg pinggir siapa dlm mengatur pencaturan ini... setiap langkah perlu sepakat sebelum digerakkan.. jgn jln dlu baru bg penerangan... yg pecat sebelum terbukti besalah dah mcm kes DSAI dulu2 gak dihukum tanpa dibukti bersalah. so tgklah dari sudut berbeza..rakyat akan menilai..

    dgn PKR peningnyer waktu pemilihan& dgn kes DSAI,khalid, azmin lah..

    dgn gangguan pd ugama & krisis air

    dgn puak UG dlm pas...dgn talibarut yg x beristiqamah n berjamaah..

    dgn YB2 menangguk di air keruh.. berebut2 nak menonjol bagi komen tanpa fakta yg tepat..

    habislah semua nie... sedih aku pd PR nie.. ingat boleh diharap utk ganti kurapsi umngok..

    PRU akan dtg bkan shja PAS akan lingkuk.. dgn PKR & SEMUA AKAN JATUH..

    selesai dulu hal2 dalaman barulah dmaufakatkan dlm pakatan. barulah xbyk drama timbul.

    ReplyDelete
  27. Tiada lagi serambi mekah.
    Pemimpin yg bodoh lagi diperbodohkan,
    Rakyat hanya mampu berdoa,
    Semoga Allah selamatkan kami

    ReplyDelete
  28. Serambi mekah >

    PRU14 jadi serambi bukit bintang.

    ReplyDelete
  29. Kan bola dah melantun ke dahi korangbalik..dulu tuduh amngok hina ulama sampai jatuh hukum kafir dll. sekarang puak hang la pulak...inilah gara2 abe anuwar aljuburi dan sebab duniawi...korang mengukir nama korang dipintu neraka hahahahahahahahahahhahahahhahaha padan muko

    ReplyDelete
  30. inilah org yg memecah belah pas kelantan
    manusia yg kemaruk jawatan
    org hormat pada ayahnya arwah pak nik lah seorg pejuang yg hebat
    tapi sayang anaknya seorg pengkhianat jemaah

    ReplyDelete
  31. Daripada Ali bin Abu Talib r.a katanya :”Rasulullah SAW telah mengirim sepasukan tentera dan menyerahkan pimpinannya kepada seorang lelaki Ansar dan meyuruh supaya mereka taat kepadanya .Tiba –tiba lelaki Ansar itu marah kepada mereka seraya berkata : Bukankah Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kamu taat kepadaku ? Mereka menjawab : Bahkan ! Lelaki itu berkata : Kini aku perintahkan kamu supaya mengumpulkan kayu dan menyalakan api dan kemudian hendaklah semua kamu masuk ke dalam api .Lalu mereka mengumpulkan kayu api dan menyalakan api .Dan ketika mereka hendak masuk ke dalam api masing- masing berpandangan antara satu sama lain dan berkata :Kami mengikut Nabi SAW hanyalah kerana lari dari api neraka , apakah kami memasukinya sekarang .Tatkala mereka berada di dalam keadaan demikian tiba –tiba api menjadi padam dan redalah kemarahan pemimpin tentera itu .Kemudain kejadian itu diceritakan kepada Nabi SAW lalu beliau bersabda :”Jika mereka memasuki api itu tentulah mereka tidak akan keluar darinya untuk selama-lamanya .Ketaatan itu hanyalah dalam perkara kebaikan .
    Keterangan mengenai perawai Hadis
    Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Ali bin Abu Talib , Khalifah ar-Rasyidin yang keempat – menantu /sepupu kepada Rasulullah SAW , terlibat di dalam peperangan Badar,Uhud ,Khaibar,Khandak dan Hunainin .Semasa menjadi khalifah terlibat dengan peperangan Jamal dan peperangan Siffin dan berlakunya Majlis Tahkim , wafat pada tahun 40 Hijrah .
    Nilai Hadis
    Hadis ini menceritakan tentang seorang ketua yang memberi arahan kepada orang bawahnya yang tidak patut diikuti arahan itu , arahan yang tidak berbentuk kebaikan , syariat Islam mengatakan “ Ketaatan itu perlu diikuti kepada arahan berbuat kebaikan sahaja “. Orang yang mnerima perintah supaya taat itu hendaklah menimbangkan adakah perintah itu mesti ditaati atau sebaliknya
    Keterangan Hadis secara terperinci .
    1.Wajib taat kepada perintah ketua .
    Metaati ketua adalah wajib, banyak hadis –hadis yang memerintahkan untuk taat kepada ketua , di antaranya
    Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, dia berkata : Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
    "Wajib atasmu untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah ) dalam kesulitan dan kemudahanmu, dalam perkara yang menyenangkan dan yang kamu benci, dan tidak kamu sukai." (HR. Muslim 3/1467)
    Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata : Wajib taat kepada ketua sekalipun para pemerintah ini memonopoli perkaramu, sehingga mereka tidak berlaku adil terhadapmu dan mereka tidak menunaikan hakmu," seperti yang tersebut dalam Al-Bukhari dan Muslim dari Usaid bin Hudhair bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda” :
    "Sesungguhnya kalian akan menemui perkara yang tidak disenangi setelahku, maka hendaklah kalian bersabar sampai kalian berjumpa denganku di telaga haudh nanti."

    ReplyDelete
  32. Hasan Ali org PKR atau PAS,Dzulkifli Nordin org UMNO ka dulu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa