Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 16, 2014

Apa Maknanya Ini?

Doktrin Yahudi - Bangsa Yahudi bangsa pilihan Tuhan!

Parti PAS?

PAS WP: 'Parti telah disuci Allah dari anasir tidak sepatutnya'

Mengulas tindakan dua ADUN PAS memberi sokongan terbuka kepada presiden PKR semalam, PAS Wilayah Persekutuan (WP) dengan nada menyindir berkata, pihaknya bersyukur kerana  "parti itu telah disucikan oleh Allah dari anasir-anasir yang tidak sepatutnya".

"Barangkali inilah hikmah di sebalik penangguhan mesyuarat PAS pusat sehingga 17 Ogos," kata setiausaha badan perhubungan PAS WP, Khairul Anuar Abdul Manap dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan peristiwa ini, katanya, fikrah ahli PAS di semua peringkat menjadi tersangat jelas khususnya ketika mengimbau kembali amaran yang telah dikemukakan oleh para ulama haraki di dalam PAS sebelum ini tentang bahaya kepelbagaian fikrah di dalam satu harakah Islamiyyah.

"Kesatuan di kalangan ahli PAS menjadi semakin kukuh sejurus pihak YB berdua melakukan pengisytiharan (menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).

"Pada peringkat permulaan kami bimbang PAS berhadapan dengan perpecahan dalaman. Lalu Allah menurunkan pertolongan dengan tindakan YB berdua.

"Alhamdulillah kami semakin yakin Allah senantiasa menjaga kumpulan yang menjaga agamanya.

"Tindakan YB berdua juga turut memperkukuhkan kami kepada perjuangan Islam," tegas Khairul Anuar, sambil mendoakan agar kedua-dua ADUN itu diberikan hidayat oleh Allah SWT.

Dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah tampil di sidang presiden PKR itu semalam untuk menyatakan sokongan mereka kepada beliau sebagai calon menteri besar.

Ekoran itu, PAS Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada mereka untuk meminta maaf dan menarik balik pendirian itu.

Tuntutan itu dibuat ekoran tindakan itu dianggap membelakangi parti yang belum membuat keputusan sempena menunggu mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada Ahad ini.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dilaporkan berkata tindakan dua ADUN PAS di Selangor itu yang membelakangi pendirian parti amatlah serius "dan kita akan bertindak".

15 comments:

  1. Penyangak, perogol dan perasuah pun akan menggunakan nama Allah untuk menghalalkan perbuatan mereka sekarang.....Ada 2 perkara paling baik bagi PAS menangguhkan perjumpaan MSU.....1) Memberi peluang kepada puak UG + UMNO untuk membuat perancangan baru yang lebih berkesan bagi menghancurkan PR 2) Memberi peluang kepada Khalid Brahim mengeluarkan segala dokumen sulit dan besar dari Pej MB (atas nasihat Din Ayam) yang termakan budi kerana dilantik kejawatan berelaun walaupun menjadi pengkhianat di PRU13 - bertanding 3 penjuru di Kota Damansara menentang calon PKR, Dr Nasir.

    ReplyDelete
  2. aku semakin pelik dgn pas ni sepatutnya yg lain selain dpd 2 org itu patut dikenakan tindakan sebab tiada langsung menunjukkan semangat setiakawan ....

    ReplyDelete
  3. Perghhhhhhgg...
    Semua pakat guna talian hayat.
    Pakat online blaker...
    Bila berbahas dgn penyokong PAS
    itulah ayatnya.ayat power ooooo.
    Saper lawan kira x sokong agamanya.
    Allah tu milik dia jer...
    So bangkang or timbul persoalan sket dah kira menderhaka,x walaa' x ikut adab jemaah.patutlaaa leceh bila berurusan dgn pepuak online neh.bkn semua.masih ramai yg terbuka.cuma x ley kemana pasal takut dikata menderhaka n tak taat Allah.

    ReplyDelete
  4. PAS sentiasa bercakap seolah-olah keluar parti seperti keluar AGAMA. Janganlah menanam perkara karut begitu. PAS ingat , ahli-ahli bukan begitu bodo dengan tindakkan seolah-olah menjadi pengkhianat. Kami tidak akan menyokong PAS lagi selepas ini. PAS boleh join UMGOK.

    ReplyDelete
  5. Abe,

    Ini statement untuk sedapkan hati sendiri sahaja kerana yang mengeluarkan kenyataan ini tahu orang lain sukar mempercayai. Mereka ni dah sama taraf stail putar belit dengan UMNO.

    UMNO dok bagitau orang melayu cina tu jahat, rampas itu dan ini yang menjadi hak orang melayu. Tapi yang bagi kat cina tu depa juga. Kemudian depa kongsi dengan cina kat belakang. Depa jadi rakan kongsi cina.

    Jadi elok le geng ini keluar dari PAS ramai-ramai dan masuk UMNO.

    ReplyDelete
  6. Dr.ZuMar juga boleh dianggap sebagai pengkhianat @ melakukan kerosakan lebih besar dari 2 YB ni... Seperti yg di katakan oleh bekas pemimpin PAS iaitu Ustaz Ahmad Awang. Apa cerita?

    ReplyDelete
  7. Bahaya Fikrah Parti PAS ni...orang tak betui je, mereka je betui..Presiden beri keputusan sebelum mesyuarat AJK PUSAT tak pe..Majlis Ulamak langgar protokol dgn mesy.dan buat keputusan sebelum AJK Pusat mesy. tak pe..pasal nak sokong Khalid je tak pe..Ahli biasa bertindak je bunyi nya macam langit nak runtuh..

    ReplyDelete
  8. Bahaya Fikrah Parti PAS ni...orang tak betui je, mereka je betui..Presiden beri keputusan sebelum mesyuarat AJK PUSAT tak pe..Majlis Ulamak langgar protokol dgn mesy.dan buat keputusan sebelum AJK Pusat mesy. tak pe..pasal nak sokong Khalid je tak pe..Ahli biasa bertindak je bunyi nya macam langit nak runtuh..

    ReplyDelete
  9. moga Allah swt memberi hidayah pada orang yang menyokong orang yang sengaja meninggal solat.

    ReplyDelete
  10. Riak sungguh orang yg bergelar ustaz dan berilmu tinggi ni.
    Hello......lepas ni takda undi utk PAS drp saya dan isteri.

    ReplyDelete
  11. Bagamana Undang2 Tubuh Negeri Selangor jelas mengatakan bhw MB mesti Melayu, beragama Islam dan "HE" Fasal 51 (2) HE bermaksud LELAKI..Azizah HE atau SHE?...

    Aku tanya ko admin, sampai srkng ko tak jawab, begitu jgk yg lain..tolong jawab ...lihat komen aku terdahulu..

    ReplyDelete
  12. Wan Amir 9:56
    Ko undi jer DAP laki bini..

    ReplyDelete
  13. Saya baca dan lihat PAS macam yahudi pulak , pada hal yahudi tak se benggap bahalol PAS.

    Sedih lah org melayu kampong nak jadi macam orang utan , ada spesial sikit.

    ReplyDelete
  14. Dalam tong PAS ada ta*k, dalam tong PKR banyak ta*k, dalam tong UMNO penuh ta*k.. kini berbau sudah ta*k dalam tong PAS.. 2 ketul di Selangor Darul Ehsan.

    ReplyDelete
  15. Semua komen-komen nii macam pernah aku baca laa dulu-dulu.. Serupa dalam blog-blog penjilat UMNO le pulak.PAS macam Yahudi.. PAS bahalol.. PAS jumut.. ye laa macam ayat macai-macai tegar UMNO.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa