Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 13, 2014

Haru Sungguh: Khalid Pula Lompat Tangga!

Kalau dah gelabah dan terdesak
Sepatut yang ada tangga pun dia terus lompat!
Adakah dia yakin dan pasti yang empat exco PAS tu sokong dia?

Pakar: MB tiada kuasa pecat exco
mk - 9:29PM - 12 Aug 2014

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk memecat anggota exco dengan serta-merta, kata profesor undang-undang Gurdial Singh Nijar.

Menurutnya, ini kerana exco memegang jawatan berdasarkan perkenan sultan Selangor seperti termaktub dalam Perkara 53(7) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
"Pertama, hanya sultan boleh memecat exco. Menteri besar boleh mencadang, tetapi cadangan itu mungkin boleh diterima atau pun ditolak.

"Justeru, pemecatan serta-merta tidak sah di sisi undang-undang," katanya.

Gurdial merujuk kepada pengumuman Khalid hari ini yang beliau memecat enam orang anggota exco dari PKR dan DAP - menyebabkan kerajaan Selangor kini berbaki hanya empat orang exco daripada PAS.

Khalid semalam berkata perlembagaan negeri menetapkan keperluan minimum empat orang exco sahaja untuk memastikan kerajaan negeri kekal.

Namun, tindakannya hari ini menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat bukan lagi kerajaan negeri di Selangor.

13 comments:

  1. hehehe Khalid, selagi hang boleh bergayut kat jubah org istana, hang bergayut laa. hang jgn lupa, pengundi yg ramai datang dari rakyat jelata, bukan org istana. kita tunggu PRU14 :)

    ReplyDelete
  2. Inilah akibat seorang presiden parti yang ketinggalan bas, kemana halatuju PAS tak pasti walaupun ramai ahli dan pemimpin PAS sayang pada ikatan PR.

    ReplyDelete
  3. Samaada exco pas sokong khalid atau tidak, itu akan dapat ditentukan... tapi yang jelas ialah admin memang penyokong totok aljubb dab dapig.. wpa yang baik pada dia? Boleh tolong bagitau?

    ReplyDelete
  4. Prof.mcm nie ada saja komen nya...

    Masa kes di PERAK dulu bila UMNO tarik Speaker Sivakumar cara paksa x der pulak dia bersuara..

    x der pulak boleh tidak nya...halal haram nya...

    Peeegggeeerrraaaahhh

    ReplyDelete
  5. Seperti yg permimpin pas ckap,selagi tiada bukti yg mengatakan khalid bersalah pas ttp menyokong khalid,tunjukanlah kesalahan yg khalid buat di selangor,pegilah pkr dan dap buat repot kepada sprm klau khalid bersalah,rakyat bijak menilai siapa yg tamak kuasa,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khalidle yg tamak kuasa
      3k# Khalid Kemaruk Kuasa

      Delete
    2. Takda jawapan yg bernas ke?klau nk kira tamak kuasa,saya rasa terbalik kot,cuba tnya dsai,siapa yg tamak kuasa...

      Delete
  6. Biarpun jika segala dakwaan kesangsian terhadap segala tindakan TS Khalid yang dilaporkan oleh PKR itu tidak benar, TS Khalid nampaknya bukanlah seorang yang berdisiplin sebagai ahli parti dan juga seperti kemaruk sangat mempertahankan kuasa di kerusi MB. Apakah benar beliau ingin berkhidmat kepada rakyat Selangor? Apakah hanya dengan duduk di kerusi empuk MB sahaja beliau baru dikatakan berkhidmat kepada rakyat Selangor? Apakah melaksanakan tugas di jawatan dan portfolio lain tidak dikira sebagai berkhidmat kepada rakyat Selangor? Kenapa perlu berada di kerusi MB jugak? Atas alasan semudah itu sahaja sudah cukup untuk tidak menyokong TS Khalid.

    ReplyDelete
  7. Khalid dah meroyan

    ReplyDelete
  8. Masaalahnya skrng cara nk menurunkan khalid mcm tak kena tempatnya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thumb up
      Saya setuju...
      Tak terasa kita fitnah orang ke?
      Dosa fitnah tu lebih beso dari membunuh...
      Wah... Apa nak jawab dalam kubur?

      Delete
  9. Perkara2 pelik di Malaysia yg tak pernah terjadi dulu....Jerubu ... Tsunami... Bangunan/Tanah runtuh bersambung2...Negara di serang oleh beberapa RATUS orang sampai anggota keamanan mati.... Kapal Terbang hilang.... MB yg cuba berdiri dengan sendiri...

    Semua ada hikmahnya.... memberi kesedaran yang ALLAH MAHA BERKUASA.

    Semua ini akhirnya akan menyerlahkan siapa pemimpin sebenar yang perlu kita ikuti dalam perjuangan Islam dan keadilan. Apa yang penting...... ABU!

    ReplyDelete
  10. bini sendiri pun nak lantik jadi MB.... Nampak sgt tak percaya kat azmin!

    pegang kipas 24 jam cam ne nak jadi MB?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa