Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 14, 2014

Provoke Sikit: Keluar Pakatan Adalah Pilihan Terbaik PAS!

N3 ini aku ambil dari blog lusuka.com
Pada aku apa yang dititipkan ini ada logik dan ada faktanya
Maka terpulanglah pada penilaian kalian........

Wednesday, August 13, 2014
Keluar Pakatan Adalah Pilihan Terbaik PAS - Gua jadi UG pulak apa macam? wakaka
PAS tidak ada plihan selain dari keluar dari Pakatan Rakyat. PAS mempunyai kekuatan untuk memenangi pilihanraya secara bersendirian. PAS tidak perlukan PKR atau DAP untuk maju dalam politik.

Tahaluf siyasi dengan pakatan membuatkan PAS berada di persimpangan kerana wujudnya puak penentang dan puak penyokong tahaluf siyasi itu sendiri.

Banyak sebab untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Namun yang paling utama ialah mengembalikan maruah PAS sebagai parti Islam yang tercalar teruk semasa bersama Pakatan.

1. PAS melalui para pemimpinnya menyuarakan hasrat untuk terus bersama PR demi menjatuhkan umno tetapi tindak tanduk sebahagian pemimpin dan ahli-ahlinya tidak menunjukkan ke arah itu.

2. PAS dilihat sebagai MUNFIK apabila ingkar perjanjian tahauf siyasi dengan PKR dalam pilihanraya lalu. HJ Hadi dan Anwar Ibrahim telah sepakat untuk selesaikan kemelut pertindihan calon di Kota Damansara dan Pulau Pinang. Kedua-dua pemimpin itu bersetuju meletakkan calon PKR di kedua-dua kawasan berkenaan. Namun ahlinya termasuk calonya tidak mengendahkan perjanjian tersebut menyebabkan PR kalah di kedua-dua kawasan.

3. Calon-calon yang ingkar tidak dikenakan sebarang hukuman oleh parti sehingga mendorong Pesuruhjaya PAS Selangor meletak jawatan kerana rasa bertanggungjawab atas kejadian di Kota Damansara. (perkara 2 dan 3 tidak akan berlaku jika PAS bersendirian. PAS boleh meletak calon di semua ADUN dan Parlimen)

4. Muktamar PAS dicemari dengan pelbagai tuduhan sesama calon. Berlaku sesuatu yang tidak pernah dialami PAS sepanjang ditubuhkan. Pihak yang digelar Erdogan dan Pihak yang digelar UG bersengketa dalam diam kerana keinginan untuk berkuasa yang tidak pernah berlaku dalam PAS sebelum ini.

5. Berlaku tuduhan-tuduhan palsu sesama pemimpin yang menjejaskan reputasi PAS di mata umum. (Husam Musa pernah dituduh melarikan wang Lebuhraya Rakyat Kelantan.)

6) PAS mendapat nama buruk di mata bukan Islam kerana terdapat kenyataan-kenyataan berbaur perkauman  keluar dari pemimpin PAS secara lisan mahupun tulisan. Ini tidak mencerminkan Islam sebenar.

7) Pemimpin-pemimpin muda PAS terpengaruh dengan ideologi melayu.

8) Slogan 'PAS ganti UMNO' disalah tafsir sebagai menggantikan parti melayu untuk melayu dan demi melayu. PAS tidak boleh membiarkan ini terus berlaku.

9) PAS mempunyai jentera pilihanraya yang ampuh dan besar manakala PKR dan DAP hanya menumpang tuah sahaja. PAS tidak perlukan PKR dan DAP.

10) PAS mampu berdiri sendiri untuk menghadapi pilihanraya akan datang dalam usaha untuk menubuhkan negara Islam.

*Sekadar yang terfikir sahaja, mungkin ada banyak lagi*

Oleh itu jelaslah, PAS mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersama Pakatan Rakyat yang selama ini merugikan PAS.

Berbalik kepada kemelut MB Selangor. Jika PAS keluar dari PR, PAS akan mempunyai majoriti yang besar berbanding DAP dan PKR setelah mendapat sokongan umno dan Khalid Ibrahim.

PAS mempunyi 15 ADUN, UMNO 12 dan BEBAS 1. Itu tidak termasuk ADUN PKR yang akan keluar PKR dan menyertai PAS.

Jika itu berlaku PAS berhak menuntut jawatan MB dan jawatan-jawatan lain kerana PAS adalah parti dominan. (Ketika bersama PR, PAS berkongsi dominasi dengan DAP)

Sebagai parti dominan, PAS juga boleh memilih untuk melaksanakan undang-undang Islam di Selangor kerana Islam adalah motif utama perjuangan PAS.

Dengan majoriti yang banyak PAS akan menguasai Selangor dan pemerintahan Selangor akan mengikut acuan yang dikehendaki PAS

Pastinya Selangor akan lebih maju dan makmur di bawah pemerintahan PAS. Jika TGNA boleh menyerahkan elaun dan gajinya untuk memajukan Kelantan maka sebagai pemimpin islam yang wasatiyah, Pemimpin PAS juga boleh mengikut jejak langkah TGNA di Selangor.



SELAMAT MAJU JAYA PAS

3 comments:

  1. alasan terbaik setakat ni untuk PAS keluar pakatan :)

    ReplyDelete
  2. Sembang panjang pun tak guna perkara sudah berlaku. Kalau tulis fasa.seksyen,strata dan dasar - dasar PAS ribu helai pun tak guna kalau persefahaman tidak dihormati.

    Kawan pada asalnya pun sokong sangat khalid sampai lah berita pemecatan dan sokong 4 exco PAS. Tak ke perkara seperti ini satu kejutan pada PR. Dan pula salah seorang exco dari PAS berkata ia hadir kerana arahan dari parti .....apa ni ....ni dipanggil strategi ke?
    Kawan bukan maki tapi nak kongsi dan itu bukanlah strategi tapi bunuh rakan kongsi.

    Kalau PAS berjaya meyakinkan pihak PR untuk bersama kembali....rasa2 lah. Adakah kepercayaan masih sama seperti dulu. Adakah penyokong2 PR pula akan percaya pada PAS ?

    Tidak perlu cerita PAS wujud atas dasar ini dan itu. Cerita sekarang adakah PAS dapat kembalikan kepercayaan pengundi2 yang undi PR pada PRU akan datang. Baik berterus terang saja. PAS menang dalam PRU yg lalu bukan kerana mereka sokong PAS. Tidak...tidak sama sekali.
    PAS menang dari sokongan pengundi2 PR.

    Kota Damansara adalah contoh paling baik untuk mengenal PAS....keputusan PRU yang lepas :

    Halimaton Saadiah Bohan (BN) 16,387
    Dr Mohd Nasir Hashim (PKR) 14,860
    Ridzuan Ismail (Pas) 7,312

    Bandingkan walaupun PR dicabar tapi masih mampu bersaing dgn parti lawan iaitu BN. PAS berkeras untuk bertanding juga pada masa itu termasuklah 2 dari parti bebas. Tapi kenapa dari 2 parti PR yang bertanding, pengundi masih lagi undi PKR dan bezanya lebih 50% undian.
    Kota Damasara contoh terbaik untuk kita wajib tahu siapa PAS sebenarnya.
    Penyokong2 PAS tidak perlu melontarkan kata " tanpa PR pun PAS boleh menang". PR pun tidak akan terasa atau berkecil hati dengan kata kata tersebut malah mereka berasa bersyukur kerana mereka tidak perlu berhadapan dengan parti pembelit dan pasti PR akan hilang sokongan sekira menerus kat bersama PAS.

    Kawan sarankan PAS keluar saja dari PR.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya PAS adalah parti yg mantap berkembang an di seluruh negara semakin menyerlah apa bila ia bergerak dalam satu pasukan PR. Pandangan awam mahu leadership yg mampu menyelamatkan MALAYSIA dari kehancuran MIS Management tamak dominasi budaya rasuah yg secara langsung yg miskin akan tersepit yg kaya akan menindas. keadilan ISLAM itu di kelirukan tidak nampak malah buruk sebab tauladan buruk itu dibuat oleh orang ISLAM itu sendiri. Apa yg saya lihat apa yg jadi pada SELANGOR ini sebenarnya Allah swt mengajar kita banyak perkara. Wisdom. Kesabaran. Cara kita berfikir analisa mencari kebenaran. Leadership kualiti pada kita sendiri parti PKR, PAS, DAP boleh kita belajar untuk baiki diri pemimpin. Kita Islah muhasabah diri kita apa kekurangan dan apa kekuatan kita. Kita boleh baiki belajar dari kesilapan kita. Semua compononti parti PKR, PAS dan DAP boleh belajar dari each other Working together memberi contoh pada Dunia apa itu negara ISLAM. Sebenarnya ISLAM itu nampak terserahlah masa kini di Malaysia sejak PR itu wujud nama Dato Nik Aziz harum semerbak bagaimana dakwah ISLAM yg dibawa contoh pada diri nya pada masyarakat majmuk MALYSIA terutama bukan ISLAM. Bayangkan lah kita lahirkan 1000 pemimpin ISLAM seperti Dato Nik Aziz di kalangan pemuda Islam kita pasti dakwah syiar ISLAM itu akan lebih berkembang. Pada pandangan saya ALLAH SWT menduga kita semua dengan dugaan pada pemimpin PR dugaan kecil Negeri Selangor belum lagi managing MALAYSIA bagaimana kita bekerjasama mencari kebenaran keadilan basmi rasuah. Dugaan Negeri Selangor ini Allah swt uji kita dengan pangkat, hati di sakitkan kita juga belajar Analisa siapa musuh kita sebenar, siapa pemimpin cari pangkat dan lebih penting cara kita handling CRISIS itu sendiri memberi kematangan siapa pemimpin kita yg kita nampak boleh jadi future leader kita di masa hadapan.sekiranya PAS keluar dari PR itu pun perlu persetujuan Muktamar Khas PAS perlu dibuat segera. Saya percaya pandangan serong ke atas Peminpin ISLAM mulai berputik. Pandangan leadership PAS TIDAK IKUT UNDANG SENDIRI ( Keputusan keluar PR perlu keputusan MUKTAMAR KHAS PAS) . Peminpin PAS yg buat keputusan keluar PR di tuduh sebab pangkat, sanggup kawin semula dengan musuh, paling di benci di tuduh BACK STABING. Ingat dosa dengan ALLAH SWT. ALLAH SWT boleh ampunkan dengan ihsannya. Dosa sesama manusia kita semua Kena cari Org itu diakhirat dan minta maaf dengannya. Kalau kita fikirkan lewat buat keputusan ini pun bagus 17 aug 14 pun bagus ada hikmahnya menunjukkan kekuatan PAS itu rakan PR yg ada kualiti sabar dan ALLAH SWT buka lagi pandangan awam siapa TSKI , hutang 70 juta (8 tahun hutang) belum kita tahu bagaimana ia ya di langsaikan tapi kita kilafkan sekarang hutang itu di bayar bukan melalui normal professional way tapi wang anugerah istimewa yg hanya orang tertentu sahaja dapat "wang dari langit". Bagi saya PAS yg sebenar memandu PR bersama together PKR dan DAP seluruh negara dimana at selected PR Branch mantap nya kerjasama memang mantap lagi kita interaksi bersama dalam kerja team work bertambah baik. PAS tidak rugi bersama PR malah saya percaya KITA boleh buang yang keruh ambil yg jernih. Improve cara KITA PAS PKR DAP bersama Handling CRISIS. Dugaan ini bukan setakat ini saja dugaan akan datang lagi hebat. Kita akan lebih ready to work together as PR.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa