Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 16, 2014

'Wan Azizah tiada pengalaman mentadbir', Alasan Bodoh. Tapi Sangkaan Dibayangi 'Pihak ketiga', Ada Logiknya!

Walau apa puin yang diperkatakan
Wan Azizah bukanlah calon terbaik tetapi kalau penyanggahan terhadapnya hanya kerana tiada pengalaman itu adalah satu alasan bodoh!
Kalaulah seorang pakar yang menyatakan begini, bagi aku itu bukan pakar tetapi pokai idea....
Tunjukkan siapakah pemimpin yang terus punya pengalaman tanpa alami?

Kalau sebab penyanggahan terhadap Azizah adalah kerana beliau mungkin dibayangi pihak ketiga, aku boleh terima dan memang logik daripada pengamatan kepada peristiwa-peristiwa yang lalu.
Di sinilah sepatutnya kewibawaannya diragukan
Bukannya pengalaman atau jantina

Pada aku yang harunya bukan kerana siapa patut jadi MB tetapi perlengahan membuat keputusan dan pendirian lalang dari sebuah parti dalam PR yang menjadikan rakyat muak dan keliru!

'Wan Azizah tiada pengalaman mentadbir'
mk - 12:56PM - 16 Aug 2014
Mampukah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan tugas, tanggungjawab serta amanah sebagai Menteri Besar Selangor?

Persoalan ini disuarakan penganalisis dan pemerhati politik yang sangsi dengan keupayaan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang itu untuk memikul tugas menerajui Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Dr Wan Azizah pernah mempermainkan kepercayaan rakyat apabila presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 26 Ogos 2008.

"Dalam pentadbiran parti (PKR) itu sendiri, corak kepimpinan parti beliau dipengaruhi 'pihak ketiga' dan bukan ideanya," kata Tun Faisal ketika ditemui selepas wawancara Ruang Bicara terbitan Bernama TV, baru-baru ini.

Oleh itu, kata beliau rakyat, terutamanya warga Selangor, perlu berfikir secara matang dalam menilai kemelut politik yang melanda negeri itu, termasuk perebutan jawatan menteri besar.

Beliau berpendapat Abdul Khalid lebih berkemampuan mentadbir Selangor berdasarkan rekod pentadbirannya sejak lebih lima tahun lepas, lebih-lebih lagi apabila kini beliau terus mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menduduki jawatan itu.

"Berbanding Abdul Khalid, Dr Wan Azizah tiada langsung pengalaman mentadbir," katanya.

Beliau berkata Abdul Khalid juga seorang pemimpin yang lebih mengutamakan rakyat daripada parti dan perkara ini terbukti dalam isu air di Selangor apabila bersetuju bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2).

Projek LRAL 2 yang merupakan langkah kerajaan Persekutuan untuk selesaikan masalah kekurangan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah tertangguh sejak 2008.

Sementara itu, anggota Panel Pemikir Jasa Lokman Noor Adam sependapat dengan Tun Faisal bahawa Abdul Khalid adalah pemimpin yang komited dalam menjaga kepentingan rakyat berbanding kepentingan parti.

"Isu air di Selangor misalnya, telah menonjolkan Tan Sri Khalid sebagai pemimpin yang lebih mengutamakan rakyat berbanding parti," katanya.

"Beliau adalah seorang yang berani untuk melanggar arahan parti bila mana kepentingan rakyat diperjudikan," katanya.

Senada dengan pandangan itu, Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, urusan mentadbir sebuah negeri lebih kompleks berbanding mentadbir sebuah parti.

Katanya sebagai negeri yang pesat membangun, Selangor memerlukan seorang pentadbir yang mahir dan berpengalaman luas dalam pelbagai aspek, termasuk kewangan, organisasi dan kemanusiaan.

"Pentadbiran sesebuah negeri melibatkan perancangan yang teliti kerana ada aspek pembangunan, belanjawan dan hubungan dengan pelabur luar.

"Malahan, kalau diteliti sejarah politik Dr Wan Azizah, beliau sendiri bukan sukarela berada dalam politik, sebaliknya menjadi calon atas faktor yang tidak dapat dielakkan, bukan atas kemampuan atau kemahuan sendiri, jadi bagaimana pula beliau mahu mentadbir sesuatu yang lebih besar (negeri)?," soalnya.

Ahmad Marthada bagaimanapun menegaskan gender tidak sesekali menjadi persoalan dalam krisis ini kerana seseorang pemimpin itu dipilih berlandaskan kemampuan dan kebijaksanaannya.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugam Pandian pula berkata kemampuan Dr Wan Azizah menerajui Selangor sebagai Menteri Besar bukan sahaja diragui pihak lain, malah rakan sekutu PKR sendiri iaitu PAS.

"Berdasarkan kepada keterangan Dr Wan Azizah sebelum ini, beliau sendiri  mengakui belum bersedia untuk tadbir Selangor, apatah lagi banyak isu perlu ditangani.

"Barangkali, itu juga menjadi halangan kepada PAS untuk menolak Dr Wan Azizah. Lebih baik mengekalkan calon sedia ada atau calon lain yang dirasakan mampu menjalankan tanggungjawab menteri besar dengan lebih berkesan," katanya.

Isnin lepas, Sultan Sharafuddin memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar selepas dipecat sebagai anggota PKR.

14 comments:

  1. Dengan Nama Allah SWT
    Okaylah blogger Mountdweller, apa sahaja luah tuan yang tak senada dengan ulasan orang perihal DS Dr Wan Azizah .....
    Soalan yang masih belum di jawab ialah kenapa DS Anwar Ibrahim tak nak calon ADUN ADUN PKR yang lain untuk menganti DSKI? Kenapa DS Anwar Ibrahim beriya sangat nak isterinya menjadi MB Selangor. Sedangkan Sultan Selangor tak berkenan akan calonan DS Dr Wan Azizah untuk mengantikan DSKI sebagai MB Selangor . Bagus sangat kah DS Wan Azizah ni? Apa yang telah DS Dr Wan Azizah buat di permatang pauh untuk melayakkan dirinya lebih baik dari ADUN ADUN PKR yang lain? Atau DS Anwar Ibrahim langsung tak percaya ADUN ADUN PKR nya sendiri?
    Jika benar sanjung tuan kepada DS Dr Wan Azizah , tolong upload atau senaraikan apa kebagusan yang telah di buat oleh DS Dr Wan Azizah semasa beliau menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh . Bab menangis menagih simpati perihal suami nya kena penjara tak payah nak di ceritakan oleh tuan coz ramai lagi banduan senasib dengan DS Anwar Ibrahim. Semasa DSAI kena pecat oleh DR Mahathir riuh satu Malaysia tagih simpati . Bila DSKI kena pecat dan di hina ( walau tiada kes di sabit oleh KDN ) tiada siapa yang rasa simpati. Adakah ini adil dari Parti Keadilan ?????

    ReplyDelete
  2. JASA sebuah badan yg ditubuhkan utk menghabiskan wang pembayar cukai

    ReplyDelete
  3. hoi penjilat UMNGOK
    kerajaan berhutang sampai 500 bilion lebih tu pandai mentadbir ke?
    kalau dh biasa makan duit haram ini lah jadinya
    dasar penjilat...

    ReplyDelete
  4. Tuan Haji Jamaludin Haji Ariffin.

    Mungkin Tuan Haji tersalah tafsir apa yang tersirat di dalam mana-mana posting saya.

    Sebenarnya saya tidak menyanjungi Wan Azizah mahu pun Anwar. Pada saya zaman Anwar dan Azizah sudah berlalu.

    Soalan saya ialah kenapa PKR berkeras nakkan Wan Azizah? Tidak adakah tokoh lain? Dan kenapa pulak Khalid Ibrahim kemaruk dan takut sangat nak lepaskan jawatan? Kenapa pulak PAS beria-iya sangat mempertahankan Khalid sehingga menjadikan rakyat selangor menelan banyak persoalan?

    ReplyDelete
  5. insiden ini sudah menjadi saperti pertandingan tarik tali, selagi tarik tali berlaku anwar tak akan si-penjarakan.

    ReplyDelete
  6. "Musuh kalau mereka menyokong kita, pastinya ada sesuatu yang tak kena" Allahyarham Ust Fadzil Noor. UMNO amat menyokong Khalid Mengekalkan jawatan dan Khalid sendiri bermati-matian ingin kekal jawatan MB Selangor. Sebab apa? Banyakkan membaca supaya banyak maklumat boleh diperolehi....

    ReplyDelete
  7. Wan Azizah ini pompuan tapi dia cekal dan ada pengalaman keadaan stress kena serang swat dan lagi matang dalam problem solving serta teamwork sejak anwar masok jail dulu.


    Wan Azizah jauh lebih baik dari Tok Guru Hadi senang kalah bila tengok bini muda.

    Rata2 PAS tiada pemimpin yang tau jadi pemimpin. Nik Aziz sudah tua , Husam & Mat Sabu kira budak lagi.

    Apa pun PAS parti bahalol , wala buta memanjang.

    ReplyDelete
  8. Setiap org perlu diberi peluang,
    Contoh Khalid ,tak diberi peluang
    Tapi gagal juga kemudian tak sedar dan over melampau .

    ReplyDelete
  9. Ternyata kehebatan YAB PM Malaysia terletak di Isterinya. Dimana pula letaknya kehebatan YAB MB Selangor DE yang baru(jika DYMM Sultan perkenan lah)? Di tangan nya kaa atau di suaminya kaa..

    ReplyDelete
  10. Mungkin betul YB (YAB?)DS Dr Wan Azizah lebih baik dari isteri-isteri YB DS Tn Hj Abdul Hadi.. Tapi yang pasti (1000% pasti).. YB Tn Hj Abdul Hadi beribu kali lebih baik dari YB DS Anuar Ibrahim.. Tahu kenapa, YB DS Tn Hj Abdul Hadi tidak pernah terjun dalam tong UMNO..yang penuh ta*k.

    ReplyDelete
  11. Tuan lan44646..
    Nak tanya sikit.
    Kalau YB DS Anuar Ibrahim terjun dalam Tong UMNO.. (mintak disimpangkan malaikat laa).
    Tuan nak terjun sama tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 2 tak main:
      Allah bagi akal utk Kita menilai.
      Gunalah sebaik2nya

      Dgn Izin Allah mohon
      Pelihara kewarasan akal supaya
      Tidak termasuk golongan kaki ampu atau berkepentingan yg tidak ada maruah,

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa