Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 14, 2014

Khalid..Ooo...Khalid: Mamat Ni Pun Jenis Telan Pil Kuda Jugak Rupanya!

Dah tersepit baru nak bagi tahu kerajaan dipimpinya selama ini tak berdaftar/haram!
Bila hampir 'tergolek dog' baru celik mata atau baru cari kepincangan

MB: S'gor bukan k'jaan Pakatan, 'tak daftar'
2:34PM - 13 Aug 2014

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bukanlah kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia gabungan itu bukan badan berdaftar.

Menurut beliau nama itu tidak penting kerana ADUN Selangor terdiri daripada parti berlainan.

"Kita ada nama DAP ada, PAS pun ada dan PKR pun ada, Umno juga ada.

"Kalau kamu ambil perkara itu begitu (merampas kerajaan Pakatan Rakyat sebagai MB bebas), tapi kamu perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat bukanlah satu badan yang berdaftar," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.

Semalam, lima exco daripada PKR dan DAP dipecat oleh Khalid kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Khalid menghantar surat pemecatan kepada lima exconya, tiga daripada DAP dan dua daripada PKR. Beliau bagaimanapun belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

Nasib ahli majlis esok

Sementara itu Khalid berkata akan membuat pengumuman mengenai nasib ahli majlis tempatan selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor esok.

Khalid bagaimanapun tidak mahu mengulas sama ada ahli majlis daripada PKR dan DAP akan dipecat atau lantikan baru akan dibuat.

"Kita akan beri tumpuan kepada pembangunan negeri dan kelicinan pentadbiran, jika kelicinan pentadbiran tidak memerlukan kita buat pertukaran, kita tidak buat pertukaran.

"Jika kita rasa ada beberapa pertukaran yang dibuat, kita akan lakukan,"kata beliau.

1 comment:

  1. Sendiri bodoh macam PAS , ingat Rakyat pun bodoh macam dia.

    Apa j

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa