Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 11, 2014

Nasihatkan Sultan Bubar DUN Ajerlah Khalid!

Kit Siang gesa Adun PR Selangor nyata pendirian selepas BN sokong Khalid
Published: 11 August 2014 - TMI
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) digesa menyatakan pendirian dalam krisis menteri besar Selangor susulan sokongan terbuka Barisan Nasional (BN) kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Ogos, 2014.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menggesa supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) menyatakan pendirian dalam krisis menteri besar Selangor susulan sokongan terbuka Barisan Nasional (BN) kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Penasihat DAP itu berkata, pendirian tersebut "penting dan mustahak" untuk 43 Adun PR menyatakan pendirian mereka, khususnya 15 Adun PAS.
"Dengan pengumuman sokongan 12 Adun BN kepada Khalid oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia sangat penting dan mustahak untuk mendapatkan pendirian 43 semua Adun Pakatan daripada PKR, DAP dan PAS dalam isu ini," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata faktor masa adalah penting pada ketika situasi krisis menteri besar dan politik Selangor bergerak dengan pantas.
"Semua proses membuat keputusan politik perlu dipercepatkan jika Pakatan tidak mahu dilihat tidak mampu respon kepada perubahan politik yang pantas," katanya.
Muhyiddin dalam satu majlis di Putrajaya berkata, BN akan memberikan sokongan penuh kepada Khalid tanpa syarat bagi menjayakan perjanjian air yang sudah ditandatangani.
Menurut Muhyiddin, perkara berkenaan sudah dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di luar negara dan BN akan menyokong kepimpinan Khalid jika usul tidak percaya diadakan.
Khalid hari ini mendakwa beliau masih menteri besar dengan sokongan empat exco kerajaan negeri daripada PAS dan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan negeri.
Katanya, Sultan Selangor mahu beliau terus kekal sebagai menteri besar selepas baginda diyakinkan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) masih menyokong kepimpinannya.
Khalid kini berdepan penolakkan daripada PKR dan sudah dipecat pada Sabtu lalu. – 11 Ogos, 2014

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa