Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 17, 2014

Bagi Yang Buta Ayam: Di Selangor, bolehkah wanita menjadi Menteri Besar?

Aku bukan yang jenis tahu, pakar tu jauh sekali tentang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri
Jadi korang bacalah apa yang diperkatakan oleh yang pakar
Perlu diingat N3 ini bukanya untuk saya menyokong Wan Azizah atau sesiapa dan tidak juga mengkritik Khalid tetapi ini adalah ulasan secara umum

Di Selangor, bolehkah wanita menjadi Menteri Besar? 

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Sejak pertukaran Menteri Besar Terengganu pada Mei lepas, cakap-cakap mengenai pertukaran Menteri Besar akan berlaku di beberapa negeri dengan yang terkini di Selangor menarik minat banyak pihak, khususnya pemimpin parti dan pemerhati politik.
Pergolakan dalaman yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang memimpin kerajaan Selangor, semakin memuncak. Desas-desus kuat bertiup kononnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan.
Gesaan terbuka datang daripada dua anggota Parlimen PKR mahukan Abdul Khalid berundur daripada terus menerajui Selangor ekoran kekalahan beliau dalam pemilihan ketua cabang PKR di Kuala Selangor.
Anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin dilapor berkata kekalahan Abdul Khalid membuktikan penolakan daripada akar umbi yang memberi isyarat politik supaya beliau tidak terus mengetuai pentadbiran negeri.
Anggota Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid pula meminta Abdul Khalid akur dengan desakan akar umbi demi kepentingan parti.
Pada Ahad malam lepas, berita palsu tersebar di aplikasi laman sosial bahawa beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di istana pagi Isnin bagi menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar.
SIAPA LAYAK TERAJUI SELANGOR?  
Persoalan yang timbul, siapakah yang layak menerajui Selangor sebagai Menteri Besar selepas Abdul Khalid?
Antara nama yang disebut-sebut, adakah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, atau Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali iaitu ADUN Bukit Antarabangsa?
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata sama ada Abdul Khalid, Dr Wan Azizah atau Mohamed Azmin yang dipilih menjadi Menteri Besar, ia bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.
 “Kalau Sultan masih mahukan Abdul Khalid, kemungkinan beliau akan pegang jawatan Menteri Besar secara sementara sahaja kerana Sultan akan melihat sokongan yang diterima Abdul Khalid. Katakan sokongan kepada beliau semakin merosot, sudah tentu ia mencetuskan krisis dan baginda sudah tentu akan bertindak,” katanya kepada Bernama.
Ahmad Atory bagaimanapun menegaskan bahawa perkenan Sultan bukanlah suatu bentuk jaminan mutlak kepada mana-mana pemimpin kerana yang penting adalah sokongan rakyat, akhirnya akan menentukan sama ada seseorang itu terus kekal berkuasa atau sebaliknya.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding 36 pada 2008 di mana PKR menang 14 kerusi, manakala PAS dan DAP masing-masing menang 15 kerusi. BN hanya menang 12 kerusi.
BOLEHKAH WANITA JADI MENTERI BESAR?
Jika diimbau kembali, episod pilihan raya kecil DUN Kajang atau ‘Kajang Move’ pada 23 Mac lepas, antara lain bertujuan membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar.
Bagaimanapun, hasrat Anwar tidak kesampaian apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat pembantu peribadinya, kira-kira enam tahun lepas dan tempat beliau digantikan dengan isterinya, Wan Azizah.
Penganalisis politik melihat sama ada Abdul Khalid atau Mohamed Azmin, kedua-dua mereka tidak mendapat sokongan kuat di dalam parti, maka dalam situasi ‘menang-menang’ Dr Wan Azizah mungkin dipilih sebagai Menteri Besar yang baharu.
Bolehkah seorang wanita dipilih menjadi Menteri Besar?
Mengulas persoalan itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata tidak menjadi halangan untuk seorang pemimpin wanita dilantik menjadi Menteri Besar.
“Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak menyatakan secara terperinci soal jantina bagi seseorang pemimpin dilantik ke jawatan Menteri Besar cuma yang disebut adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
“Menteri Besar perlulah seorang yang berwibawa, mendapat sokongan majoriti DUN dan juga diperkenan oleh Sultan,” katanya.
Pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Di bawah Perkara 55 (2) (a) undang-undang itu, dinyatakan Baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang Menteri Besar.
SANGGAH AMALAN
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, yang sependapat dengan Mohamed Mustafa, berkata meskipun ia tidak mensyaratkan jantina dalam soal pemilihan Menteri Besar, secara konvensyennya ia didominasi oleh lelaki.
“Tiada kesalahan daripada segi undang-undang, tetapi ia menyanggahi amalan selama ini di mana kaum lelaki yang menjadi Menteri Besar. Tidak salah wanita menjadi Menteri Besar, yang pentingnya merit dan keupayaan mentadbir.
“Walaupun tiada sekatan undang-undang, dalam hal-hal yang berat, di situlah pentingnya kewibawaan seorang lelaki untuk menerajui negeri,” katanya.
Pada ketika ini, belum lagi tercatat dalam sejarah di mana jawatan Menteri Besar di negara ini pernah disandang oleh kaum hawa.
Sekiranya wanita dipilih menjadi Menteri Besar, mungkinkah terdapat halangan yang menjejaskan peranannya sebagai Menteri Besar dalam menasihati Sultan dan merasmikan majlis-majlis berbentuk keagamaan?
HALANGAN
Mohamed Mustafa menjelaskan memandangkan belum ada kes duluan sebelum ini, agak sukar untuk menyatakan bahawa sekiranya wanita menjadi Menteri Besar, kelak akan menimbulkan masalah.
“Mungkin halangannya seorang Menteri Besar wanita ialah beliau terpaksa duduk berasingan dengan Sultan, selaku Ketua Agama bagi negeri dalam acara-acara keagamaan seperti merasmikan masjid atau majlis berbuka puasa atau mungkin terpaksa menghantar seorang Exco untuk mengambil alih peranan mewakili Menteri Besar.
“Itu antara kesulitan yang bakal dihadapi dan untuk menasihati Sultan, saya fikir ia tidak menjadi masalah,” katanya.
Dr Shamrahayu turut berpandangan ia tidak sesuai dengan budaya timur di mana pucuk pimpinan tertinggi negara dipegang oleh kaum lelaki.
“Memang tidak boleh dinafikan dan tidak mustahil wanita mampu laksanakan tugas Menteri Besar cuma ia bukanlah amalan tradisi dan akan berlaku kekangan dalam nature of work,” katanya.
Selain Selangor, Perak, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Negeri Sembilan dalam undang-undang tubuh masing-masing menyatakan Menteri Besar mesti di kalangan mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dan ada yang menyatakan anggota majlis kerajaan negeri mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam.  – BERNAMA
Baca juga kononnya Penglipur-lara dari Istana

2 comments:

  1. I shared with Darryl how I was afraid because of the thoughts in my mind of what a jellyfish that large could do to
    me, but determined to snorkel and not allow my
    thoughts of fear to hold me back. Burn the bushes around you to get the sun and the magnifying lens, then break the rocks to get the mask and the millipede.

    Merely a red glowy imageset that appears on the screen whenever being shot,
    however taking cover for a few moments removes the need for a medic.


    Take a look at my web-site boom beach cheats

    ReplyDelete
  2. Rakyat Malaysia tak boleh pandang rendah kemampuan wanita masakini ; baik rakyat hingga ke raja raja...

    Angela Merkel Chancellor German itu lah Otak EU , ketua negara EU lain yang lelaki kira benggap saja.

    Jika di banding Angela Merkel umur 95tahun kot , otak nya lebih bagus kualiti nya dari Otak Mr Pink tau.

    Wan Azizah pun bukan sorang jaga Selangor , penasihat2 DAP & PKR pasti boleh add value ke pada kepimpinan Wan Azizah. PAS tak perlu , biar saja duduk di kampong basoh Vellfire tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa