Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 14, 2014

Adakah PAS Akan Menconteng Mukanya Yang Telah Pun Huduh Dengan Memecat Hasnul Dan Saari Sungib?

Pada aku mereka berprinsip dan punya pendirian dan tidak lawa' melulu
Tapi dari segi organisasi PAS berhak memecat mereka kerana menongkah arus/engkar kepada arahan organisasi yang diwakili

Cuma persoalan di sini adakah Khalid lebih penting bagi PAS dari ahli yang sudah pun berjasa dan membantu parti?

Adakah PAS fikir mereka ini menang kerana undi Ahli PAS sahaja?

Baca juga apa kata MSO di sini

PAS akan siasat, tidak bertindak terburu-buru, kata Setiausaha Agung
Published: 14 August 2014
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata perbincangan akan dibuat malam ini melalui Lajnah Politik PAS, biro paling utama dalam parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2014. 

PAS tidak akan terburu-buru mengambil tindakan terhadap dua ahli dewan undangan negerinya (Adun) yang menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor tetapi akan menyiasat perkara ini.


"Kita akan menyiasat perkara ini dahulu," Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata kepada The Malaysian Insider sambil berkata, perbincangan terdekat akan dibuat malam ini melalui Lajnah Politik PAS, biro paling utama dalam parti Islam itu.
Mustafa mengulas tindakan dua Adun PAS berpecah dari pendirian keseluruhan PAS dan menyokong Dr Wan Azizah menjadi menteri besar menjelang mesyuarat AJK PAS Pusat Ahad ini.
Adun PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN Selangor iaitu 30 dari 56 ahli.
Hasnul dan Saari antara pemimpin dan Adun PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam.
Ekoran tindakan mereka berdua berpecah dari kelompok besar PAS, desakan demi desakan dibuat ahli PAS agar kedua-dua mereka dipecat.
Dalam kenyataannya di majlis pengumuman sokongan itu, Saari berkata, beliau sedia menghadapi sebarang tindakan dari PAS.
"Saya yakin pendirian saya hari ini tidak melawan dasar PAS kerana parti saya sebelum ini telah menyatakan sokongan penuh kepada Pakatan," kata Saari kepada media sambil menegaskan tindakannya bertujuan untuk memastikan Selangor terus kekal di tangan Pakatan Rakyat.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam kenyataannya melalui Facebook
mendesak Setiausaha Agung PAS memanggil kedua-dua Adun berkenaan segera.
Beliau juga menegaskan, Umno tidak perlu bermimpi untuk bersama PAS. "Kami akan bersama Pakatan seperti ditegaskan oleh Presiden dan Majlis Syura Ulama," katanya.
Selepas mesyuarat Lajnah Politik malam ini, mesyuarat penuh AJK PAS Pusat akan diadakan Ahad ini bagi membincangkan isu menteri besar Selangor. – 14 Ogos, 2014.

23 comments:

  1. PAS oh PAS....dah hilang jati diri....nak jaga Pakatan Rakyat...sampai kebenaran pun letak ketepi...hati dah jadi gelap ka?

    ReplyDelete
  2. Bagaiman pula nasaruddin...hasan ali...mereka tak bejasa ke..???

    ReplyDelete
  3. Ape pasal laa pas ni lembab sangat..xbleh ke meeting awal sket..adoi..letih laa ikut kepala die jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa pulak pas kene ikot kepala awak? Kepala pkr,kepala dap? Muhasabahlah.. tak suka PAS...boleh isi borg DAP

      Delete
    2. Ikut kepala anwar tak letih ker.mb entah ke mana,hasil nya PR yg huru hara.tu ler lain kali bila hebohkan kajang move biar jujur.jgn ada niat tersirat.bila kantoi mula nak salahkan pihak lain.kuat sangat nipu nya.

      Delete
  4. Pemimpin PAS bahalol... Tengok muja pun tahu muka bahalol.

    Tok Guru Tok Guru pun belajar dari Mock & Mindy...

    Buat lawak jaja Islam , jaja hudud sana sini tapi bila nampak ter beliak harta harta dunia on offer depan mata , jadi biul juga...

    Serban ke mana , Vellfire Bentley Bini Muda ke sini.

    Kata rakyat haram sana , haram sini tapi aniaya tipu Rakyat kata nya Prinsip.

    Bahalol bebudak kampong PAS tiada batas nya , Ayah Pin pun ber tanggung jawab juga orang nya.

    ReplyDelete
  5. Ada sebab be. Bior dema rasa. PAS ada ummm tak? 1. Perbuatan Khalid semua dah orang tahu. 2. DAP kena tahu PAS tolong mereka utk menang. 3. PKR kena tahu kuasa PAS tersangat penting nak kuasa MALAYSIA!!!

    ReplyDelete
  6. Siasia lah perjuangan PAS dari cap tangan ke bulan bintang hingga ke bulan penuh ....

    Kalau Nabi Allah Yusof bermimpi bulan jatuh ke Riba tanda akan mendapat kedudukan tertinggi...

    Tapi PAS membawa kehancuran perjuangan selama ini...

    Innalillahiwainnailaihirajion....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak sapa nk PAS ikot kepala awak. Kami lebih yakin kepimpinan ulama dari golongan emotional mcm kamu

      Delete
  7. PAS tidak lembab tapi kononnya bijak. Sengaja menangguh mesyuarat dgn harapan ditendang keluar dari PR dan tercapai laa hasrat membentuk UG dgn BN. Nampaknya skrg dah kantoi bila 2 ADUN sokong DSWA. Kita merancang , Allah SWT juga merancang......

    ReplyDelete
  8. Pas- parti amat slow. Sudah 5 kali aku undi pru dgn undi pas, mulai skrng aku x kan undi pas selagi tghh jd presiden walaupon aku org trg. Macam x betul je pas ni. Satu lg aku bukan ahli pas tp aku sokong pas. Skrng jgn hrp aku sokong.

    ReplyDelete
  9. Pelik PAS ni bila 2 adun PAS tak sokong Khalid boleh pulak betsidang tiba tapi hak pengundi N.Selangor kena bersidang 17 haribulan. Ingat pengundi N.Selangor Pelawak ke?

    Pelik dan Aneh.

    Tak payah pikir banyak2, buat keputusan Keluar dari PR. Tutup kes takda sapa nak marah. Kalau masih berada dalam pakatan akan menjadi satu beban yg terlalu berat. Bukan senang untuk dapat kepercayaan rakyat kalau perkara sudah berlaku.

    Aku respek dan junjung tinggi dgn Ulama PAS alaf baru...apa yg penyokong PAS selalu kata ...Ulama yang lebih intelektual. Tapi kalau sudah melibatkan ketua pentakbiran Negeri berpaling tadah dan rakyat di N.Selangor seperti tidak tahu pada sapa untuk mengadu. Siap buang 6 orang exco tu tu panggil parti intelektual.

    Ingat wahai Ahli2 PAS yang amat mulia dan disanjung tinggi fi seluruh tanah air. Bila kamu perlu undi dari ..... adakah kamu di beri tarikh tunggu sehingga rakyat habis bersidang. Bila kamu minta derma mengumpul dana untuk piliharaya disetiap ceramah2 kamu bersama pakatan adakah rakyat menjerit pada kamu untuk tunggu 1 tarikh baru untuk menghulurkan derma. Apa semua ni..strategi ke........? Ni bukan strategi tapi ini cara menghina Sahabat sendiri.

    Tinggal kan saja PR




    ReplyDelete
  10. Jika mereka berdua dipecay dr PAS, semua ahli PAS dan pemimpin akan tunggu kesan berantai sehingga bertahun2. Jangan harap akan menang dalam PRU. PAS tak mungkin menang dlm PRU jika tanpa sokongan kami pengundi PR yang bukan sahaja bencikan UMNO tetapi juga meluat dgn tindak tanduk pemimpin dan ahli yang hanya berfikir dalam ruang sempit.

    ReplyDelete
  11. Apa pun terjadi pada kerusi MB Selangor..... secara moral nya DSAI sudah tidak boleh dipercayai oleh rakan taulan dalam PKR dan pakatan rakyat.TSKI dilanggar sebagai isyarat kepada pengikut yang masih ada dalam PKR jangan derhaka kepada DSAI. Kalau DSAI dah kata kerusi MB Selangor tu isteri dia yang punya.... isteri dia yang punyalah. Bagi DSAI ini bukan nepotisme. Inilah perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. DAP mestilah setuju sangat TSKI disingkirkan cuma PAS tiba-tiba menolak usaha DSAI. UMNO yang rileks menyokong TSKI pun dituduh yang bukan-bukan oleh LGE. Pandangan saya tercapai atau tidak tercapai usaha DSAI untuk meletakakn isterinya sebagai MB baru Selangor adalah suatu risiko besar kepada politik negeri Selangor.

    ReplyDelete
  12. melambatkan pas bukanyer aper, mengintai peluang jawatan mb..

    ReplyDelete
  13. Tghh boleh pulak vuat syatement sokong TSKI sedangkan majlis syura blm lagi betmesyuarat.
    Ini semua bala akibat PAS tak hormati setiakawan.

    ReplyDelete
  14. Anon530' nko undi ameno...tak sah lah nak sibuk sibuk.....pegi main jauh dengan din tantawi ke atau din ayam ke. Nampak sangat nko ngong macam duarang tu.

    ReplyDelete
  15. Mcm mana perangai pimpinan PKR begitu jugak penyokong mereka. Cakap banyak kat cyber. Bila PRU, mintak simpati PAS sebab tak ada petugas & jentera parti. Dah menang sombong. Buat apa pun tak minta pendapat PAS. Buat dulu lepas tu suruh PAS sokong. PKR & DAP tak pandang PAS sebelah mata pun. Keluar je lah PR. Adun PAS yg engkar tu tak rasa perit yg kita rasa. Mereka terus duduk diatas.

    ReplyDelete
  16. Jgn takut bro. Tski akan jupe sultan utk bubar kan dun punya. Nanti cuba yg teka sape yg terkena. Kau ingat sume anak muda n bijak pandai sokong pr ke. Aku dan kwan2 sume sokong pr 2004 smpai 2013. Skrg ne sume yg undi pr dah kena kencing dgn aljuburi d selangor. Aku dah jupe mahasiswa n prof. Sume benci nuar skrg ne. Betul kate che det. Nuar braem ada lah taik dlm msia. Jatuh kan aljuburi selamat msia. Jatuh nuar skrg hari2 hujan. Ne hujan rahmat.

    ReplyDelete
  17. Tunas Arbiyah. Nak bagitau kalau kepimpinan ulama punya stail tak la pemimpin PAS ni jadi pengkhianat kepada PAKATAN RAKYAT. Jangan jadi bahlol puak PAS ni. Kan dah tahu Khalid tu dah jadi BEBAS, pakai otak la yang nak sokong dia tu pasai apa. Awat bodoh sangan pemimpin PAS ni.Ikut lah semangat setiakawan Pakatan. Aku dah menyampah dengan PAS ni.

    ReplyDelete
  18. PAS Parti Ayam Serama

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa