Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 12, 2014

Puak Daahh.......Mana Satu Suara PAS Ni?

Kenyataan Dr Zuhdi Marzuki  ni pun satu hal
Walau pun cadangan ini bersifat peribadi tetapi beliau adalah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS
Macam mana penyokong dan rakyat tidak keliru?
Kalut sungguh........
Kalau dah arahan parti minta diam, tak boleh duduk senyap-senyap ke?

Siapa kata Adun PAS tidak mahu Azizah, soal Adun Meru
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 12 August 2014 - TMI
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Abdul Rani Osman (gambar) menafikan wakil rakyat PAS menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor baharu.

"Siapa kata PAS tidak mahu wanita jadi pemimpin?
"Kalau kita tidak mahu, kenapa kita letak (exco) Dr Halimah dan (Ahli Parlimen Kota Raja) Dr Mariah? Itu bukan masalah," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan SUK di Shah Alam, hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu dan mahu PKR menamakan calon lain.
Pertemuan Hadi dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Terengganu semalam juga dikatakan menemui jalan buntu apabila enggan berganjak dengan pendiriannya sebelum ini yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar.
Sementara itu, Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor mengingatkan kejayaan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukan hasil usaha PAS saja, tetapi bersama-sama dengan DAP dan PKR di bawah Pakatan Rakyat (PR).
"Secara peribadinya saya tidak mahu PAS keluar Pakatan. Kita akan ikut keputusan (PAS Pusat) tapi tidak mahu berpecah," katanya.
Ditanya pendiriannya mengenai krisis kedudukan menteri besar Selangor, Rani enggan memberikan sebarang komen.
"Saya bukan pesuruhjaya lagi tetapi ada dapat surat 'gag order' tunggu sehingga 17 Ogos nanti," katanya. – 12 Ogos, 2014.

4 comments:

  1. PAS di pimpin orang orang benggap.

    Fakta susah di sangkal rakyat umum.

    Dr Rani is OKaylah , doktor yang tahu jadi Doktor.

    Dr Whatsapp Doc!!! pulak suroh join UMNO buat Unity Govt... itu doktor kertas saja , sebab tak paham tujuan utama masok Pakatan Rakyat.

    dulu dulu PAS masok Pakatan Rakyat nak jatuh kan BN , sekarang sudah dapat jawatan Adun & MP nak pulak pakai Bentley pulak.

    PAS Akhirat sudah tiada sejak peninggalan Fadxil Noor lagi , yang tinggal sekarang PAS Bentley lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon4:14.
      Kao neh mengutuk memang dasat.
      Ala2 beruang kutub.
      Tp dlm keras kasar lawak giler..
      Keh keh keh keh.
      Sakit perut aku gelak.
      Tang PAS Bently tu yg x tahannya.
      So sama2 kita beringat.
      Doakan moga2 mereka yg tersilap
      Kembali ke pangkal jln.
      X kira la group mana pon.
      Yg penting jgn jd bodo memanjang.
      Dah kena gelakkan dgn org.
      Mcm mamat sarbani tontowi..
      Sian aku kat dia.
      Apa masalah dia tuh.
      Itu ke bakal amik alih PAS nanti dr tgha n tgna.
      Ermmmmmm...ermmmm

      Delete
  2. group UG ni tak sabar2 nak jilat bontot UMNO

    ReplyDelete
  3. Benci dan hasad pada DSAI terlampau tinngi yg ada pada pihak UG pas lebih tinggi dari benci pd
    Israel laknat,Allah maha mengetahui.
    Doa rakyat PR yg dizalimi pasti Akan
    Tertunai dgn Izin Allah .Amin

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa