Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 17, 2014

Buah Catur Terakhir Khalid.......

Abdul Khalid hanya tinggal satu lagi buah catur
DI KUALA LUMPUR - 16 AUG 2014
SELEPAS 30 ADUN menyatakan sokongan kepada Dr. Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar, pilihan yang tinggal pada Abdul Khalid Ibrahin sekarang jika mahu kekal di jawatan itu ialah dengan membubarkan dewan
SELEPAS 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyatakan sokongan buat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini hanya tinggal 'pencaturan terakhir' untuk mengekalkan jawatan iaitu membubarkan dewan.
China Press dalam satu analisis melaporkan, Abdul Khalid telah menampakkan keengganan melepaskan jawatan apabila beliau menyatakan dalam Twitter bahawa sokongan majoriti terhadap Wan Azizah perlu dibuktikan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Secara asasnya, keengganan Abdul Khalid berundur adalah kerana beliau telah mendapat perkenan Sultan.
"Semasa menghadap Sultan, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti dalam DUN Selangor.
"Namun kelebihan Abdul Khalid terhakis apabila sebanyak 30 ADUN menyatakan tidak lagi menyokong beliau."
-
Selepas Wan Azizah mendapat sokongan majoriti, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah memohon dengan Istana bagi menghadap Sultan dan cuba mendapat perkenan supaya calon dengan sokongan majoriti dilantik sebagai Menteri Besar.
Sultan bagaimanapun tidak berada dalam negara dan hanya akan berangkat pulang ke tanah air pada 23 Ogos ini.
Spekulasi yang bertiup sekarang ialah Abdul Khalid yang menyedari perkembangan yang tidak berpihak kepadanya akan menghadap Sultan lebih awal dan memohon pembubaran DUN.
Menurut China Press, keputusan Sultan mencuri tumpuan kerana dua senario boleh diwujudkan.
Pertama ialah pembubaran DUN dan kedua ialah titah Sultan supaya Abdul Khalid yang kehilangan sokongan majoriti untuk meletak jawatan, seumpama apa yang berlaku di Perak pada 2009. - MalaysiaGazette

4 comments:

  1. buah catur aper kebenda lagi.sudah terang lagi mau bersuluh ker.biar pkr azizah ader sebanyak mana sokongan pun,tak mungkin tak faham undang undang tubuh negeri selangor.rujuk ler balik samada she atau he.dah jelas Sultan maklumkan pada TGHH pada 5 syawal bahawa Baginda Sultan Selangor tak hingin azizah jd mb,aper lagi mau kecoh kecoh.lembab sungguh pkr dan pemimpin nya.kita dah tahu,malang nya korang dari pkr bute maklumat.udah ler admin....agak malu jadi blogger upahan pkr jika sentiasa ketinggalan atau naif maklumat.apa kata pkr lantik wan azizah jadi mb negeri kod 71.he,he,he pkr sengaja mencari mangsa atas kebebalan langkah kajang yg tempang.

    ReplyDelete
  2. Dengan bebrapa ahli PKR dan PAS lompat keluar. Dengan DAP dan PKR putuskan pertalian saudara dengan PAS. Kini yang ada `majoriti` mudah adalah UMNO. Pakatan bukan gabungan yang berdaftarpun. MB dari UMNO kerana dikira parti yang paling banyak kerusi DUN. MB tidak boleh dari kaum bukan Melayu (DAP kira out).

    ReplyDelete
  3. Sibodoh Anon 12:41 konon nak tunjuk pandai.....Tapi copy and paste blog kontroversi yang menyokong UG (cover malu) setelah 4 exco mereka (PAS) menyokong Khalid Brahim. Itulah kalau dah bodoh dan malas membaca dikatakan orang lain pula yang bodoh....(itulah saki baki pengikut ori PAS yang dah tak tahu ke mana arah rumah TGNA di Pulau Melaka dan akhirnya menuju ke rumah Boss UG di Maranggg Gannu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah.kah.kah.kah.kah.pencacai pkr yg tidak dapat menerima hakikat bahawa presiden nya tidak diterima menjadi mb.kah.kah.kah.kah.luahkan kekecewaan kalian.kesian,kalian kini jauh ketinggalan dari maklumat.kenaper yea...bukan presiden dan ketua umum tidak dipanggil mengadap serta tidak pula diterima mengadap walaupun permohonan dibuat.bila permohonan mengadap ditolak,makin bertambah hina ler,lalu ini lah cara nya totok pkr meluahkan kemarahan nya.bravo.bravo....teruskan dna kebodohan kalian.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa