Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 13, 2014

Ini Baru Gentleman!

Ini pernah aku lakukan ketiga aku giat berorganisasi satu waktu dulu
Untuk apa jawatan sekiranya berlawanan dengan prinsip dan pegangan kita?

Tapi yang menjadikan ko ni mentah adalah menegur di dalam fb. 
Kalau tegur dalam mesyuarat atau berdepan, depa tanak dengak jugak boleh ko belah.
Barulah dinamakan cerdik!

Kritik Hadi, ahli exco Pemuda PAS letak jawatan
mk - 1:27PM - 13 Aug 2014

Anggota exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff meletak jawatan daripada jawatannya ekoran kritikan 'keterlaluan' terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zulhazmi (bawah) adalah ahli mesyuarat dan timbalan pengerusi Badan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS.
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat mengumumkan bahawa Zulhazmi "secara sukarela memohon maaf dan melepaskan jawatannya" susulan kenyataan dalam Facebook yang mengulas jurang antara kumpulan pro-menteri besar Selangor dan pro-Pakatan Rakyat dalam krisis di negeri itu.

Semalam Zulhazmi, yang merupakan calon ketua Pemuda PAS tetapi kalah, memaparkan dalam akaun Facebooknya satu "surat terbuka" kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau secara sinis menggesa Najib agar menukar MP Gua Musang dengan MP Marang (Hadi) kerana menurutnya PAS mahukan MP Gua musang sebagai PM yang baru.

Zulhazmi merujuk kepada laporan tentang niat PAS untuk menjadikan Tengku Razaleigh, seorang anggota Umno, sebagai PM jika Pakatan memenangi pilihan raya umum lalu.

17 comments:

  1. Bukan x bole kritik, tp ikut adab la...ko tau sepenuhnya ke knp tg hadi ckp mcm tu??tp kalo betul ko tau pun, nak tegur jgn guna facebook...itu dh public...knp x tanya depan2 mcm anwar ibrahim?? Benda kecik kalo x bole handle, lebih baik.la letak jwtn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua selalu pesan - cakap biar jelas. Takde kluk klik. Nanti lain orang lain pulak tafsirannya.

      Delete
    2. Kritik boleh kena ikut adat...sebab itu ajaran Islam. Begitu juga jika nak tuduh orang, kena ada bukti yang sahih.

      Habis Haji Hadi tuduh orang edar pil kuda, tuduh orang kominis, tanpa bukti macamana nak kira. Jika Haji Mat Tempe, ahli PAS cawangan buat tuduhan begitu kita bol3hlah maafkan. Ini Haji Hadi, Presiden PAS, kalau orang sebut PAS, dia mesti sebut nama Haji Hadi - tuduh orang tanpa bukti sampai kena saman.

      Ini kita nak pakai adat mana? Adat yang diajar Islam ker UMNO?

      Delete
  2. Zulhasmi ini patut jadi MP Temerloh yang sebenar nya.

    Berani kerana benar!

    Jawatan Kayat tu tak ade benda , ternak ikan patin di Temerloh sesuai tuk Tok Guru & Ulamak benggap PAS yang gila kan Bentley...

    ReplyDelete
  3. anon 2.29PM...

    Zulhasmi bertanding jawatan ketua pemuda Pas dan dapat 7 undi sahaja.. dan telah dibermurah hati untuk diberi jawatan dlm exco pemuda Pas

    Faham isu calon PM = Ku Li.. Pimpinan tertinggi PAS bersetuju cadagnan tersebut(termasuk Mat Sabu) n jumpa DSAI dengan baik dan beri cadangan tersebut. DSAI tolak dgn baik dan pimpinan tertinggi terima penolakan secara baik dan xkecoh2 apa2 lepas tu n concentrate PRU 13..

    Rafizi baru tau cerita riuh satu kampung semata2 nk wujudkan persepsi buruk pd Pas..

    ReplyDelete
  4. Bhai Anonymous 2:28pm

    Ceh.. mau tanya Hadi secara berdepan... Podah aaa.... Dulu Aduka Taruna mau tanya berdepan kat Masjid Rusila sama Hadi... terus kena belasah.....

    Lagi mau sembang apersal tak tanya secara berdepan....

    ReplyDelete
  5. Sori Aaa... komen tadi gua tujukan kepada Pantai Acheh... Hahaha

    ReplyDelete
  6. Tak ikut usrah, kot. Baguslah keluar PAS.....org muda, setahun jagung dlm politik,

    ReplyDelete
  7. Yelah ikut adab, sampai kena saman fitnah... Pemimpin sebuah parti Islam kalau memfitnah, layakkah dia untuk memimpin parti Islam? Selesai luar mahkamah bukan bermakna selesai isu fitnah kau di hadapan masyarakat dan di akhirat kelak.

    Terus terang imej kau dan imej PAS sudah punah ranah sebab dari perbuatan mulutmu sendiri. Kami ahli PAS yang di peringkat bawah sudah malu nak berdepan dengan masyarakat kesan dari mulutmu yang tak ada takaful.

    ReplyDelete
  8. c++

    Haa....beru teringat kes Aduka dulu???

    Bila saya tanya dia, dia segih jer!!!

    Aduka ni memang jenis manusia yang berkepala kulit tembaga....

    ReplyDelete
  9. Bro UG ni semua bwhbskit dari geng2 mahadewa oenjaga agama. Diaorg ni maksum bro mane bole kono togor...ckp nak ado adab la...berhemah la...kaki kencing gak geng2 lebai ni...ckp jgn bukak mulut last2 oresiden mb kelantan n timbalan pesuruhjaya pas sngor semua bukak mulut. Aku ingatkan umno munafik tp geng maksum n walak ni lae munafik n pengkhinat rakyat.

    ReplyDelete
  10. Memang benar sperti kata anonymous 04.26 pm kami ahli PAS bawahan ini telah mula menerima cemuhan dari kalangan pengundi atas pagar dan bukan beragama islam yang baru mula hendak berjinak dengan perjuangan PAS tapi musnah sebab muka kami sendiri agak tabal bila mereka mula mempersoalkan kerenah presiden yang sebiji semacam Khalid Ibrahim yang guna kuasa diri sendiri ,contoh telah banyak tak hairanlah Terangganu dan Kedah musnah dalam PRU yang berlalu,pelbagai fitnah telah dibuat dan terakhir dia diseret kemahkamah jadi siapa yang malu jika presiden orang yang tertinggi dalam parti berperangai macam ahli pak turut macam kami diakar umbi ini,tunggulah kejatuhan PAS jika terus menyokong mAknusia yang sudah kehilangan kuasa.

    ReplyDelete
  11. Bhai MountDweller...

    Tue la pasai.... payah kalu dapat pimpinan yang "bengkeng" ... hahaha

    ReplyDelete
  12. mmg hadi awang layak d kritik
    tak layak jd presiden PAS
    nafas dia ada bau UMPORNO daa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis yg anwar lama dlm umno apa cerita.darah dia pun ada tulis umno.malu lah sikit.berbillion nafas disedut lambang umno.

      Delete
    2. Anon 7:47

      Aik tu modal mat sabu dalam ceramah-ceramah dia sekitar 20 tahun dulu. Dia cerita betapa UMNOnya Almarhum Tun Ghaffar Baba berbanding dengan pemimpin UMNO spt TDM dll.

      Mat Sabu cakap kalau duduk dekat Almarhum, bila beliau tarik nafas, bole dengar bunyi " UMMMMM". Bila lepas nafas, boleh dengar bunyi " NOOOO".

      Kalau letak darah Almarhum bawah mikroskop, boleh nampak keris-keris kecik dalam darah Almarhum. HAHAHA.....

      Sekadar berkongsi nostalgia lama utk santai2

      Delete
  13. Pendirian yg patutnya dipuji/
    Tak perlu mengalah Kalu diri dah yakin.
    Pemimpin serong perlu dilutuskan.

    Kepimpinan muda baru , jgn cepat dinilai,beri lah peluang , insyaallah
    Perubahan ke arah kebaikan dpt terlaksana/bersuaralah jika org tua
    Silap,jgn ikut atau diam aje.
    Islam agama mudah
    Cuma manusia yg susah kan .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa