Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 17, 2014

Haron Din Minta Kaji Semula Kerjasama Dalam Pakatan: Muktamarlah Buat Keputusan!

Haron Din: Kaji semula kerjasama dalam Pakatan
mk - 11:00AM - 17 Sep 2014

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

Beliau yang menyifatkan PAS menghadapi "suasana politik yang gawat" pada ketika ini berkata, PAS perlu mengambil jalan terakhir dengan keluar dari Pakatan sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

"Tahaluf (kerjasama) dibina atas nasihat ulama yang mempunyai syarat dan rukun yang perlu dipenuhi. Sekiranya semuanya dipenuhi, ulama mempertahan tahaluf demi kepentingan Islam dan jemaah, bukan untuk kepentingan individu.

"Sekiranya syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan (atau tidak).

"(Jika) syarat-syarat dirobohkan ulama perlu memperbaiki balik, memperbaiki balik, memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah konsep talak dalam perkahwinan, walaupun ia dibenci," katanya.

"Saya meminta tahaluf diperhalusi semula, dalam suasana politik hari ini, tiap-tiap hari ada fitnah kepada Majlis Syura, presiden dan semua kena fitnah," katanya.

Menurutnya lagi, bagi anggota PAS yang memperjuangkan reda Allah, maka sepatutnya mereka tidak bersengketa sesama sendiri bagi mengelakkan kekuatan mereka hilang.

"Kalau kita tidak kuat, kita akan hilang segala-galanya. Sebab itu kita perlu berada dalam jemaah,"katanya.


# Pada aku kalau fitnah (kalau tuduhan tak betul), fitnah itu diundang oleh individu itu sendiri kerana tingkah laku dan tutur katanya bukan hatinya - mana ada manusia boleh menilai kata hati seseorang? 
Rakyat dan penyokong berhak menilai dan menterjemahkan di media

Teruskan tahaluf atau tidak itu hak PAS dan ahlinya 
Yang jadi penyokong dan pengundi memang tidak berhak bersuara tetapi hak hakiki jatuh bangun sesebuah parti yang bertanding di dalam pilihanraya ialah undi. - undi hak kita!

11 comments:

  1. Abe,

    Inilah orang yang boleh membantu menyelesaikan kemelut PAS.Saya rasa inilah salah seorang ulamak utama yang dirujuk untuk menyiapkan rukun-rukun tahaluf siyasi dengan PR dan antara orang utama yang menjadi rujukan untuk PAS bekerjasama dengan UMNO.

    Jadi, dia kena senaraikan apadia rukun-rukun tahaluf siyasi dengan PR. Apadia perlanggaran2 kepada rukun-rukun ini. Kita juga s3bagai p3ngundi mereka yang berada diluar juga mahu tahu kerana tindakan mereka juga m3njejaskan kepentingan kita yang mahu membina Malaysia yang lebih baik.

    B3liau juga kena bagitahu kita rukun-rukun PAS h3ndak bekerjasama dengan UMNO. Mana tahu didalam PRU 14 nanti kita bol3h sokong pula jika ia adalah pilihan yang terbaik.Orang dah cerdik Tok Guru, tektik ini dah biasa sangat.

    Tak guna cakap kabur-kabur s3bagai strategi nak mempegaruhi perwakilan ke Muktamar ke 60 ini dengan t3ktik sorok punca. Itu dah tak Islamik.

    ReplyDelete
  2. setuju ! ABU & lawan gerombolan 'UG' !

    ReplyDelete
  3. keputusan PRU 13 membuktikan tahalluf siasi telah memenangkan 89 kerusi parlimen dan kerusi dun 230 kerusi...kalau pas bergerak bersendirian Allah sahaja yang maha mengetahui berapa kerusi yang pas akan dapat...bak kata tok guru nik abdul aziz umpama mencampakkan pelampung kepada umno yang sedang lemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. X perlu compare dgn kemenangan dulu klu ianya akn mengundang kejatuhan & kebodohan yg dahsyat. PAS jua ditubuhkan bkn utk jadikan menang tujuan utama so x perlu takut@risau

      Delete
    2. Kalu mcm tuh x yah tadah tin milo utk tabung pilihanraya.ngabis masa dan duit jer.kira tipu la mcm tuh.apa parti islam tipu n ckp nerbelit neh.sy rasa tuan adika sendiri x fhm apa itu parti islam semalaysia(PAS)Cara sdra tulis tu mcm PAS ni jemaah tabligh or ARQAM jer.

      Delete
  4. Cakap ajelah terus terang yg MSU, presiden dan geng UG nak bawa PAS keluar dari PR kan senang. Ahli PAs peringkat bawah dan perwakilan boleh tentukan kemana arah PAS nak dibawa. Jika ahli dan pewakilan tolak kerjasama dgn umno geng UG ni sila keluar dari PAS kan mudah bergitu juga sebaliknya.

    Cakap tak payah berbelit-belit kan mudah. Kami pengundi dan penyokong PR mahukan kerajaan baru selain umno, ada faham!!!

    Jgn jadi anai2 dlm PAS utk rosakan PR. Siapa yg nak bersama umno silakan. Tak payahlah nak kaji pelbagai konon, cakap ulama tetapi perangai macam org munafik.

    Jgn jadikan PAS parti org munafik.

    ReplyDelete
  5. Tok guru harun din.Tak perlu kaji-kaji lagi,MSU teruskan buat keputusan PAS kaluar sahaja dari PR.Tak guna lagi ada dalam PR kalau menimbulkan masaaalh yang tak selesai.Arahkan Pas keluar PR habis cerita,Berjuang sendir atau bergabung dengan Parti lain.apa masalalah nya,ini tidak dekali kata begitu sekali kata begini.ni apap ni? Biol ke.kalau berani cepat keluar dari PR

    ReplyDelete
  6. Ulama korporat yang kaya-raya seperti Dato Harun Din ini bukannya nak hirau sangat tentang perjuangan, sebaliknya lebih kepada "ulamak menjaga projek dan menjaga menantu". Sama sahaja sikap Munafiknya dengan Hj Hadi Awang. Syukur Allah SNT telah menunjukkan wajah sebenar Iblis-Iblis yang sentiasa memegang buah tasbih ini, jika tidak susah untuk mengenali yang mana satu iblis dan pewaris nabi.

    ReplyDelete
  7. Keluar dr pakatan adalah agenda BN. Pecah dan perintah adalah objektif musuh. Utk pastikan perpe ahan, pendekatan fitnah adalah senjata utama BN. Pakatan harus istiqamah dgn tindakan.

    ReplyDelete
  8. Jelas dan nyata sudah tidak payah lagi berdalih dalih. Jarum UMNO sudah masuk... pecah dan perintah. Daftarkan saja PasMa jadi parti dan bergabung dalam PAKATAN.

    ReplyDelete
  9. Abe,

    Ini satu lagi cubaan untuk mempegaruhi perwakilan agar menyokong PAS k3luar dari PR untuk bekerjasama dengan UMNO. Dalam muktamar lepas, t3ktik ini digunakan juga untuk test market. DUP telah meluluskan usul muktamar DUP untuk mengkaji tahaluf siyasi dengan PKR.

    Bila respon tidak mendapat sambutan, DUP tak berani nak bawa usul itu ke Muktamar PAS. Jangan tertipu dengan kenyataan Dato Haron Din kali ini. Ini cerita lama yang dihangatkan kembali.

    Nak tak nak puak UG ini kena bawa usul ke Muktamar ke 60 ini jika mahu keliar dari PR. Realiti yang ada mereka adalah golongan minoriti. Pemimpin UG hanya beberapa kerat sahaja. 20 orang pun tak sampai pada pandangan saya.10 orang adalah p3mimpin UG harecore. Yang tumpang semangkok pun tak ramai.

    Yang nampak ramai itu sebab mereka sering menggunakan jawatan2 didalam PAS yang mereka hijack untuk mengambarkan puak mereka berprofil tinggi. Itu j3. Tengok sokongan puak hardcore ini di Muktamar Pemuda. Hardcore yang keluar Dewan semasa Mat Sabu berucap hanyalah 50 orang( majoriti puak Ganu) dari 547 orang perwakilan. Tak sampai 10%. Jadi jika kita lihat dari angka ini, kita boleh buat andaian bahawa penyokong t3gar didalam PAS amat kecil, dibawah 10%.

    Itu pasai depa tak berani nak bawa usul ke Muktamar khas atau Muktamar2 lain selepas Muktamar Ipoh 2008. Tu pasailah mereka buat pelbagai tektik diluar amalan Islam supaya PAS ditendang keluar dari Pakatan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa