Cuma tak pasti Imam terkentut dan terbatal atau tidak?
Atau jemaah yang terbau kentut kena mufarakah?
Ahli PAS tolak ‘politik mencipta hantu’ pada muktamar, lapor akhbar
Published: 21 September 2014 - TMI
Pengarang kanan Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar berkata politik mencipta hantu menjadi punca pergelutan dalaman PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 September, 2014.
Muktamar PAS yang berakhir semalam menyaksikan penolakan ahli dan perwakilan parti itu terhadap "politik mencipta hantu" yang diwujudkan golongan yang dilihat memihak kepada rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Mingguan Malaysia hari ini.
Pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar, berkata, politik "mencipta hantu yang tidak wujud" itu menjadi punca kepada pergelutan dalaman parti Islam itu sehingga menyanggah pendirian presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan keputusannya menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"'Politik mencipta hantu' ini kesudahannya meletakkan Pas dalam keadaan sekarang, pemimpin bertelagah sesama sendiri dan ahli berbalah antara satu sama lain. Manakala PKR dan DAP hanya memerhati sahaja gelagat PAS yang terpaksa memikul beban terhadap satu masalah yang dicipta orang lain.
"Malah ada antara mereka 'tumpang semangkuk' mengecam pemimpin PAS seperti mana yang dialami Hadi apabila beliau menjelaskan kenapa Dr Wan Azizah tidak layak menjadi menteri besar," katanya menurut laporan akhbar itu.
Pengarang itu berkata, apabila Pemuda PAS mengingatkan parti supaya tidak terlalu mengagungkan Ketua Pembangkang itu, parti Islam itu dikecam PKR.
"Mereka (PKR) mempersoalkan bagaimana PAS boleh membiarkan perbuatan itu dilakukan tetapi mereka tidak pula berkata apa-apa apabila pemimpin PKR dan DAP memperlekeh pemimpin PAS.
"Mereka bersikap demikian kerana tahu 'ada kaki dan kepala' PKR dan DAP dalam PAS. Sebab itulah seorang perwakilan memberi peringatan, "Jangan ada tangan PAS yang mengikut kepala DAP," katanya.
Selain itu, Zulkiflee turut mengakui Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 ini "panas" kerana pengaruh politik luar kini menular ke dalam parti itu.
Katanya, muktamar itu juga menyaksikan sebahagian pemimpin Pas sudah terpengaruh dengan politik mencari kemenangan dalam pilihan raya semata- mata akibat teruja dengan impian yang diuar-uarkan Anwar untuk menawan Putrajaya.
"Sepanjang membuat liputan muktamar PAS sejak 1992, penulis tidak pernah menyaksikan muktamar 'sepanas' ini. Segalanya berlaku kerana pengaruh politik luar yang sebelum ini dilihat begitu asing kepada ahli PAS sudah menyerap masuk ke dalam parti tersebut.
"Penulis mengakui misi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno, serta mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum, menjadi matlamat utama ahli-ahli PAS, tetapi mereka mahu melakukan dengan cara yang betul dan bukannya menggadaikan segala-galanya bagi tujuan itu."
Katanya, keadaan itu menyebabkan ahli PAS dalam muktamar kali ini membantah kelompok pemimpin yang dilihat cuba merendahkan golongan ulama dan majlis syura.
"Kesimpulannya, ahli PAS mahu supaya 'politik mencipta hantu' dihapuskan kerana bak kata Hadi dalam ucapan penggulungannya, "Kalau tidak boleh ikut imam solat berjemaah, carilah tanah dan buat masjid lain," katanya. – 21 September, 2014.
"Kalau tidak boleh ikut imam solat berjemaah, carilah tanah dan buat masjid lain," Kata Hj Hadi Awang. Nescaya jika Rasulullah yang berkata sedemikian, maka umat baginda mungkin tidak akan menjadi seramai dan seteguh ini. Tapi sayangnya kata-kata tersebut yang datangnya dari mulut seorang lebai kampong yang dilantik menerajui sebuah parti (kerana menang tanpa bertanding), kini mahu berubah menjadi diktaktor pula.
ReplyDeleteNak ikut imam macaman sekiranya imam pada mulanya imam baca fatihah belum habis fatihah dia sambung baca yasin,kemudian tukar pulak baca doa,kemudian baca talkin.Nak ikut macamana.?Imam tadi yang patut keluar masjid sebab jemaah dah menyampah.
ReplyDeleteEn. Admin......
ReplyDeleteSetuju tak? Kalu kapal senget nak karam, kita campak nakhoda kapal ngan awak2 yg mabok pil kuda masuk dalam laut?
Setuju tak? Kalu imam solat masa imamkan solat dah banyak kali kentut dan busuk bau ayam satu masjid, kita tendang imam tu masuk jamban dan lantik imam baru.
Aku setuju kalu ada orang kata, kalu tak nak ikan yg kita beli terus busuk dan tak bole makan, kita buang kepala dia dlm tong sampah. Sebab kalu kokpit MH rosak, satu MH boleh terhempas dan berkecai.
Pokok pangkalnya kereta kalu enjin dah Kong, baik tukar enjin baru. Tak guna repair sbb kejap lagi rosak balik.
Apa dia ingat tanah dan masjid itu milik din ayam?
ReplyDeleteBila pemimpin Islam yg tidak mengikut sifat dan tindakan sebagaimana Rasul SAW, maka perbuatan amalanya tidak jadi ibadah tetapi jadi fitnah yg amat dilarang oleh Allah Azawajala. Wallahualam!
ReplyDeleteHadi....maksudnya pemimpin. Tapi pemimpin lebai kampung atau khalifah yassin makan kenduri bukan untuk parti pas. Segala hormatnya hadi letak jawatan adalah lebih baik orang tak mengumpat.....bodo sungguh haji hadi ni...
ReplyDeletesedih...mcm tak percaya perkataan yg keluar dari seorang yg dinobatkan sebagai ulama...Ya Allah lindungilah kami semua dari fitnah akhir zaman ini
ReplyDeletesungguh bagus budi bahasa seorang yang bergelar ulama
ReplyDeleteAlhamdullillah
ReplyDeleteALLAH SWT telah menunjukkan betapa seorang Ulamak yang berselindung dengan secoit pendidikan agama dan serban , hanya lah manusia biasa menongkat langit dengan nafsu besar bak Dato Seri.
PAS sudah juga membuktikan dengan Pemimpin yang Bodoh tidak dapat memberi manfaat positif kepada rakyatnya melainkan kemudharatan yang amat hina.
Apa apa pun , orang Melayu lah yang rugi besar akibat pemikiran singkat dengan mempercayai buta buta seseorang sebagai pemimpin walau pun beliau hanya mamat yang cari makan seperti mamatmamat lain.
Eh!!!! Orang Orang Melayu pandai pandai ke ????
Luas bumi tuhan ini...lagi luas rahmat tuhan bukan setakat dalam pas sahaja.
ReplyDeleteSemua perkara yang berlaku dalam muktamar Pas tahun ini master mindnya adalah hj hadi. Dan ini membuktikan bahawa yang layak jadi pemimpin dalam pas hanyalah golongan yang konon2nya ada gelar ulamak. Dengan kata lain orang lain yang tidak diiktiraf oleh pas serupa zionis hanya untuk yahudi... bangsa lain...serupa tiada
ReplyDeletePergghhhh.cmaner tetiba jer pengarang dlm utusex bole sblh ulamak PAS.dulu kemain lg balun sampai hina tahap kucing kurap.hairan bin ajaib sungguh.hehehe.
ReplyDelete