OLEH MD IZWAN
Published: 17 September 2014
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib bercakap pada forum anjuran Sinar Harian mengenai isu menteri besar Selangor di Karangkraf, Shah Alam, hari ini. Beliau mengingatkan PAS jangan mengambil ringan terhadap sokongan bukan Melayu yang diberi kepada mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 17 September, 2014
Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan PAS supaya jangan korbankan sokongan bukan Melayu dan terlalu bergantung kepada sokongan kaum Melayu beragama Islam.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata, parti Islam itu sudah mendapat kepercayaan bukan Melayu, khususnya Cina dan India tetapi tidak boleh mengambil ringan terhadap sokongan yang diberi kepada mereka.
"Kita dalam pilihan raya, Cina yang pakai skirt pendek pun mengibarkan bendera PAS. Tahap sudah capai macam itu.
"Kepercayaan mereka kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR), mereka menghormati Nik Aziz kerana seorang yang baik dan imej Islam yang adil," kata Muhammad semasa wacana Sinar Harian di Shah Alam hari ini merujuk kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Muhammad berkata, penting bagi PAS menjaga sokongan bukan Melayu serta membayangkan parti Islam itu akan tewas dalam pilihan raya umum nanti.
"Kalau hilang sokongan mereka, PAS akan kalah kerana undi datang daripada Cina dan India," kata beliau yang juga ahli PAS.
Menurutnya, PAS perlu menjadi praktikal kerana kejayaan mereka dalam dua pilihan raya umum lepas bukan semata-mata kerana pengundi Melayu-Islam.
"Kita kena jadi praktikal, kalau sekali bukan Melayu buat keputusan lain, habis nanti," katanya.
Malah Muhammad juga berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pun pernah tewas kerana hilang sokongan pengundi bukan Melayu.
"Dr Mahathir pun pernah tewas pada tahun 1969 semasa bertanding di Kota Setar," kata Muhammad yang baru menyertai PAS sebelum Pilihan rRya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Kebelakangan ini, beberapa kenyataan pimpinan PAS khususnya menyerang rakan mereka DAP memberikan persepsi tidak baik khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu.
Beberapa siri kenyataan kontroversi pemimpin PAS mengundang rasa kurang senang di kalangan pengundi bukan Melayu, ditambah dengan cara parti Islam itu mengendalikan krisis menteri besar Selangor.
Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan baru-baru ini diugut saman oleh DAP kerana kenyataan tidak berasas berkenaan terowong bawah laut Pulau Pinang.
Selain insiden tersebut, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki juga dikecam susulan kenyataan perkauman yang didedahkan menerusi ruang perbualan WhatsApp. – 17 September, 2014.
p/s Kepada yang menganggap aku salah seorang dari kononnya 'Task force' (entah mentang apa?) yang kononnya dibayar.....maaflah aku nak cakap yang aku ni hidup dengan pencen aku yang lebih dari cukup. Dicampur lagi dengan sumbangan dari anak-anak aku setiap bulan. Bini aku pun seorang pengurus negeri sebuah syarikat besar yang teguh. Jadi aku tak perlu ambil upah dari mana-mana pihak yang berkepentingan. Aku dan isteri tidak perlukan hidup mewah macam jutawan. Aku bebas!
Seingat aku, aku tidak pernah mengambil apa-apa maklumat dari sumber yang tidak sahih. Aku dapatkan maklumat bersumberkan rujukan beberapa akhbar. Kalau tak betul kenapa mereka yang berkenaan tidak saman akhbar itu sebagaimana yang telah Najib lakukan?
Kalau nak berhujah, berhujahlah dengan dengan cerdik dan berpengetahuan dengan membuat homework sendiri. Jangan berhujah dengan hujah yang bebal serta ikut perasaan dan pandangan yang cetek!
Sebenarnya ramai lagi diluar sini yang masih sayangkan PAS. Tujuan mereka adalah untuk menegur bukan buat fitnah. Mereka bimbang PAS akan layu dan kecundang oleh kerana dipimpin oleh golongan yang tidak berkredibiliti

Betul tu tuan... cukuplah tulang besi je yang dok makan kiri kanan dan menggigit telur tuannya bila tak cukup makan
ReplyDeleteIngat pas ni cerdik dr bn... Tp ada jugak jenis bongok yg dok bawa perangai amno,... Baik masuk amno berjuang kot amno...sene sikit kita buang dia awal awal... Aku sokong pasma...
ReplyDeleteDalam Admin dok siarkan cerita yang berfakta lagi berbukti, masih ramai lagi pengunjung blog yang "berkepala anjing", Bukannya apa, penyokong tegar PAS ini tidak masuk di kepala mereka pencerahan terutama muda mudi (anjing muda) kerana perangai anjing memang setia kepada tuan, walaupun tuan mereka suruh mengigit orang yang lalu lalang depan rumah mereka dengan pantas mereka mengejar dan menyalak seperti anon 9:57 PM (Anjing Rusila).
ReplyDelete