Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 27, 2014

Tak Habis Lagi Buat Gila Rupanya!

Harap Azmin tidak jadi bingung kerana kerenah ulat taik mereka ni....
Aku yang kat luar ni pun dah naik meluat daaa.....

PAS S'gor nafi bersetuju pengurangan kuota exco
mk - 10:35PM - 26 Sep 2014

Majlis angkat sumpah anggota Exco baru kerajaan negeri Selangor hari ini telah gagal menamatkan pertikaian politik Selangor.

Walaupun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pengurangan kuota exco PAS - daripada empat kepada tiga orang - adalah satu "pengorbanan" yang perlu dilakukannya, tetapi PAS Selangor kini berkata parti itu tidak pernah bersetuju.

Ini bercanggah dengan dakwaan Menteri Besar Azmin Ali bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Mustafa sendiri telah memberikan persetujuan berhubung penyusunan barisan exco baru.

"PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa PAS telah bersetuju agar bilangan Exco PAS dikurangkan dari empat kepada tiga.
"Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini," kata setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (kanan) dalam satu kenyataan lewat hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Ab Samad dan ADUN PAS Sijangkang Dr Yunus Hairi dikekalkan dalam barisan exco, dan disertai muka baru, ADUN PAS Taman Templer, Mohd Zaidy Abdul Talib.

Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi, yang telah berkhidmat dalam pentadbiran lalu, telah digugurkan.

"Kami juga berpandangan penguguran Dr Halimah Ali dan Ustaz Sallehin Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, PAS mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

"Sebelum ini Exco-Exco PAS telah kekal  di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

"Oleh yang demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," tambahnya.

21 comments:

  1. Geng UG ni pernah tahu tentang cerita Lebai Malang atau tak?

    ReplyDelete
  2. Perangai tak berubah........PAS ni.
    Pas satu, satu hal berbangkit. PAS ni bila nak sedar dari lena pun tak tahu le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Presiden Pas kata mereka tak kebulur dan kemaruk nak kan jawatan jadi apa nak bising bising lg. Parti Islam tak percaya qado' dan qadar Allah ke?

      Delete
  3. Pooorahhhh ...... ulasan retorik .... rakyat Selangor tau .... PAS adalah pengkhianat dan tikam belakang rakan PR. Kalau PAS tak sokong , dah lama TSKI berundur , disebabkan kebengongan PAS dengan menyokong TSKI , ini lah kemelut berlaku .... rupa-rupa nya nak jaga hak-hak kroni PAS dalam GLC Selangor .

    ReplyDelete
  4. Kalau ikutkan perbuatan dan sikap PAS dalam menyulitkan PKR dalam isu menggantikan TSKI sebagai MB @ PAS sengaja ambil kesempatan demi menjaga kepentingan pemimpin PAS dalam GLC Kerajaan negeri @ PAS cuba jadi broker kuasa.... memang PAS tak patut dapat jawatan exco pun...

    ReplyDelete
  5. Maasih belum puas,Pas selangor belajar dari Peminpin tertinggi.Seharusnya iskandar tidak menerima perlantikan Exco sebab ketika Khalid berkuasa dialah yang nampak lebih menyokong Khalid.Muka tak malu.Mungkin diosebabkan dia sebagai YDP selangor,itu sebab dia dilantik.

    ReplyDelete
  6. Dengan Nama Allah SWT
    Kepada ADUN dan Pemimpin PAS " USAH DI RAYU PADA YANG TAK SUDI" bertawakal kepada Allah SWT.
    Inilah risiko jika kita berkawan dengan manusia berbanding dengan bertemankan Allah SWT. Bila kita serah kuasa kat bekas (Ex)ahli UMNO untuk menjadi Khalifah ( Ketua)di Negeri Selangor. Akan tetapi ada baik nya trajedi kemelut pentakbiran di Negeri Selangor dimana Parti PAS terlepas dengan tuduhan menjadi barua kepada Parti DAP . Sekarang SAHIH siapa atau parti mana yang menjadi barua parti DAP sekarang ini. Parti dan ahli ahli PAS kena lah bersabar sehingga Pilihan Raya Umum yang ke 14 yang akan datang , usahlah berkabung lagi dengan parti Ex Umno dan Parti DAP lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haji

      Bagaimana dengan cerita kerajaan PAS sepenggal di Terengganu yang dipimpin oleh khalifah besar dari PAS sendiri. Kelantan yang diperintah oleh TGNA tanpa campurtangan khalifah besar boleh pula bertahan selama 24 tahun n counting - sedangkan keadaan ekonomi dan pendapatan hasil negeri Terengganu masa khalifah besar jadi MB JAUH LEBIH BAIK BERBANDING DENGAN KELANTAN SEMASA TGNA AMBIL ALIH.

      MENGAPA KHALIFAH BESAR PAS HANYA MAMPU MENJADI MB SEPENGGAL SAHAJA SEDANGKAN KHALIFAH BESAR SARAT DENGAN ILMU DARI ALQURAAN, SUNNAH,IJMAK DAN QIAS.

      AWAT KERAJAAN TGNA YANG MEMPUNYSI ILMU YANG SAMA BOLEH BOLEH BERTAHAN SAMPAI HARI NI.

      HAJI TOKSAH DOK KALUT PASAI KHALIFAH EX UMNO- DIA XDAK ILMU MACAM KHALIFAH BESAR PAS. BIASA LA KALAU MERAOU DAN MERABAN....SOP DIA!

      NI CERITA KHALIFAH BESAR PAS YANG HEBAT NI YANG KITA PATUT TUMPU. AWAT SEPENGGAL JE MEMERINTAH TERENGGANU. LEPAS TU RAKYAT TERENGGANU HUMBAN KELUAQ!

      Delete
    2. Abe

      Pertama kita tanya jawatan siapa lebih besar dan autoratif untuk mengumum sebarang dasar rasmi PAS Pusat - SU PAS Selangor ke SUA PAS PUSAT?

      2. SAPA DUDUK DIBAWAH KAWALAN SIAPA ( untuk menentukan siapa kena dengar dan wala kepada siapa) - PAS SELANGOR BERADA DIATAS PAS PUSAT ATAU PAS PUSAT BERADA DIATAS PAS Selangor?

      3. Apa makna jika yang dibawah( PAS Selangor) membantah,melawan dan menentang keputusan yang diatas (PAS PUSAT) melalui cara selain yang dibenarkan oleh peraturan parti seperti yang dibuat oleh SU PAS Selangor ini? - Adakah tindakan ini wala kepada jamaah atau engkar kepada jamaah?

      4. Dengan menjawab soalan2 diatas kita akan faham perangai PAS Selangor terutama SU nya.

      5. Inilah contoh yang PAS adalah parti haru biru. Kita tak tahu siapa yang berhak mengumumkan keputusan rasmi PAS Pusat. Semua rasa dia Presideng, dia MSU. PAS ni parti Islam bukan parti kapir!Parti kapir lagi berhemah dan berdisiplin. Patuh kepada peraturan parti.

      sedih sungguh melihat keadaan PAS hari ini. Apa yang berlaku hari ini tidak pernah berlaku dizaman Almarhum Usraz Fadhil Noor menjadi Presiden. Inilah bahana menpunyai Presideng yabg lemah, satu hal, kepimpinan pulak hancur lebur!

      Delete
  7. Dulu aku cukup benci dengan UMNO,tapi sekarang aku sudah tak benci lagi.PAS=UMNO.Kalau PAS menang semua 66 kerusi dari 222 kerusi Parlimen,dia maseh tak boleh jalan hukum hudud.Islam dalam diri sendiri tak tegakan bila nak tegak hukum hudud.Kalau ketuanya penoh dengan sifat munafik dan ubut donya,apa cerita?

    ReplyDelete
  8. He he he.....Pas tk kemaruk jawatan atau pangkat krana Pasmemperjuangkn agama.
    Jadi yang dunia ni semua Pas tk hairan ......CUMA pemimpin Pas saja yang dah jadi ulaRma nk kan yang keduniaan.
    Untuk itu Pas sanggup pegang prinsip jika kami tk dpt biar hancur pesepakatan.

    ReplyDelete
  9. pas lonin x payah ler bagi nasihat pd org lain , spt ketam menyuruh anknya brjalan betul. di kelantan pun dah ramai org mulai menjauhi pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih.kih.kih.kih.admin...tak nak ulas ker naper dswa tak jadi exco dan nape tetiba nuar plak tak hadir ke majlis perlantikan mb.kih.kih.kih.something wrong somewhere.

      Delete
  10. Woit, hari dah petang dah. Orang dah nak tutup kedai mula kira duit dia baru nak bukak. Pelangan pun dah balik...

    ReplyDelete
  11. Masuklah BN cepat-cepat wahai PAS. UMNO menanti kamu di sana. Jangan malu-malu.

    ReplyDelete
  12. PAs FOR PAs Not FOR ALL. Bye2 PAs!!!

    ReplyDelete
  13. Awat dok buat kalut? Pintu tak tutup. Nak keluaq tak sapa nak larang. Dari awai lg kalau akoq dgn PR kan tak jd masalah?

    ReplyDelete
  14. Mamat Jamaludin Ariffin.....

    PAS pong ex UMNO juga..... (tak pernah baca sejarah ke? Harap usia aje yang bertambah - knowledge yelek!

    ReplyDelete
  15. Anon 11:09 AM

    Tak ker bodoh namanya bila nak ulas tentang kenapa dswa tidak dilantik exco. Kankah PKR dah berikan kuasa kepada Azmin di dalam perlantikan exco selangor?

    Taklah macam PAS, dah tahu ini dalam bidang kuasa Azmin, tapi dok bising jugak. Takkah banghal namanya?

    ReplyDelete
  16. Amat betul tu Admin. Tak kan Azmin nak lantik Wan Azizah sebagai exco beliau sedangkan Wan Azizah adalah Presiden PKR dan beliau (Azmin) adalah Timbalan Presiden.... Begitu mudah pun penyokong PAS tak boleh nak faham, patutlah lebih 50 tahun PAS dok tarbiah ahli tapi masih dungu dan masih tak boleh menang besar lagi di setiap PRU tanpa bantuan rakan.

    OOOPs....terlupa pula, PAS bukannya mahukan kemenangan atau kuasa dan berjuang ikhlas hanya untuk Islam. Yang mempertahankan menantu dengan saham hampir setengah juta itu adalah Presideng UMNO, yang gila nak bisnes dan pakai kereta mewah itu juga Pemuda UMNO, PAS hidup bersederhana dan berjuang dengan wang hasil derma rakyat sahaja, PAS parti cukup tarbiah dan hanya mereka sahaja dikasihi dan diredhai Tuhan (Langkah Kajang telah menunjukkan wajah PAS dan penyokong otak kemetot mereka 100%).

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa