Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 21, 2014

Berita buruk buat Pakatan

Ucapan penggulungan Hadi berita buruk buat Pakatan
ANALISIS BERITA OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Published: 21 September 2014
Ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar PAS semalam 'seolah-olah selama ini beliau memendam rasa di dalam dan akhirnya ia pecah keluar tiba-tiba', kata seorang pemimpin PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 September, 2014. 

Pemerhati dan pihak media pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-60 semalam dikejutkan dengan kemarahan yang ditunjukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungannya.
Kemarahan itu, seperti juga isi kandungan ucapannya, bukan petanda baik untuk PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Tiga hari lepas, ucapan dasar Hadi penuh dengan keterbukaan dan belas ehsan terhadap semua, baik penyokong mahu pun pengkritik.
Sebaliknya, kenyataannya pada hari terakhir muktamar yang penuh dengan rungutan dan kemarahan itu ialah tentang bagaimana beliau akan memastikan PAS ikut rentaknya sendiri apabila berhadapan isu dasar dan tadbir urus, walaupun ia sebahagian daripada sebuah gabungan.
Beliau tidak cuba membentuk kesepakatan antara dua puak bersaing dalam PAS, iaitu golongan konservatif dan golongan progresif. Sebaliknya, Hadi mempertahankan puritanisme yang mempengaruhi cara puak konservatif dalam partinya beroperasi.
"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan. Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan.
"Ahli PAS mesti faham ada perbezaan. PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti," katanya dalam ucapan penggulungannya.
Walaupun beliau tidak menyatakannya secara khusus, Hadi sudah cukup membayangkan yang PAS akan menerima jawatan menteri besar Selangor sekiranya dipilih Sultan.
"PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar. Walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar, walaupun tiada perjanjian bertulis, tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja.
"Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri."
Hadi merujuk keputusan yang dibuatnya menghantar tiga nama ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor ke istana, salah seorangnya Adun PAS.
Keputusan itu disokong Majlis Syura Ulama yang besar kuasanya, tetapi tidak dipersetujui Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.
AJK PAS Pusat memihak kepada rakan dalam Pakatan, iaitu PKR, dan mahu nama presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dihantar kepada Sultan bersama dengan timbalannya Mohamed Azmin Ali.
Hadi pernah menyebut sebelum ini yang PAS akan akur dengan apa saja keputusan Sultan Selangor.
"Ucapannya agak beremosi. Seolah-olah selama ini beliau memendam rasa di dalam dan akhirnya ia pecah keluar tiba-tiba," kata seorang AJK PAS Pusat selepas muktamar berakhir.
Menurut pemimpin PAS yang tidak mahu dinamakan itu, tidak seperti ucapan dasar Hadi, ucapan penggulungannya seperti melepaskan kemarahan kepada pengkritiknya dalam AJK Pusat.
"Beliau tidak langsung mengiktiraf sesiapa pun di antara kami, kecuali mungkin seorang," katanya.
Ucapan presiden semalam dikatakan tidak cuba mendekatkan ahli PAS dari golongan konservatif dan golongan progresif. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 September, 2014.Hadi secara jelas menyatakan dia berhak membuat keputusan sebelah pihak yang difikirkannya sendiri walaupun bertentangan dengan kemahuan AJK Pusat.


Beliau juga menekankan parti itu mesti dipandu ajaran Al-Quran dan Sunnah mengikut tafsiran Majlis Syura.
Ini bertentangan dengan pendirian AJK Pusat yang mengatakan hujah agama mesti diseimbangkan dengan fikiran yang logik dan rasional.
Bagaimanapun, sesetengah pemimpin PAS seperti Nasrudin Hassan dari golongan "ulama" mengalu-alukan ucapan Hadi.
"Tujuannya ialah untuk memperkuatkan kita dari dalam, supaya kita ada pendirian sendiri apabila berurusan dengan Pakatan.
"Ini akan bantu kita mempertahankan diri dari tuduhan yang PAS hanya menjadi pak turut kepada rakan parti dalam Pakatan."
Seorang lagi pemimpin kanan PAS berkata, nada ucapan presiden membawa maksud pertelingkahan akibat krisis menteri besar Selangor tidak selesai dalam masa terdekat.
"Ia boleh berlanjutan hingga tahun depan dan mempengaruhi pemilihan parti kita," kata pemimpin itu yang juga tidak mahu dikenali.
Tetapi, pada jangka sederhananya, sekiranya Hadi berpegang teguh kepada keputusannya menerima menteri besar dari PAS, ia bakal memecahkan Pakatan.
"Jika menteri besar dari PAS, sudah tentu beliau akan menghadapi undi tidak percaya dari PKR dan DAP," kata seorang pemimpin DAP yang enggan mendedahkan identitinya.
Hal ini keranaia bertentangan dengan kesefahaman yang dicapai Majlis Presiden Pakatan dalam memutuskan kerusi menteri besar Selangor adalah milik PKR.
Sekiranya menteri besar dari PAS itu menerima usul undi tidak percaya dalam sidang DUN pada November, ia mungkin menyebabkan pilihan raya negeri.
Dan PAS dijangka menerima kesan paling besar, sesuatu yang disedari kepimpinan parti.
Dalam ucapannya, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata daripada 15 kerusi DUN Selangor dimiliki PAS, 9 daripadanya dimenangi dengan majoriti kecil.
Husam memberi amaran pilihan raya negeri pada ketika ini bakal memusnahkan parti.
Lapan daripada kerusi PAS itu mempunyai populasi bukan Islam yang sangat besar. Tanpa sokongan DAP dan PKR, PAS bakal berhadapan dengan kehilangan undi yang besar.
"PAS mungkin tidak sedar bahawa rakyat yang meletakkan Pakatan di mana ia berada sekarang. Mereka percayakan PAS kerana sangka PAS dapat memberikan sesuatu yang lebih baik.
"Namun jika ia (pilihan raya negeri) berlaku, kepercayaan itu akan hilang," kata pemimpin DAP itu. – 21 September, 2014.

22 comments:

  1. Ternyata Hadi inginkan Pas berkubur selamanya.insyallah atas keupayaan peminpin tersayang TGNA Pas akan di selamatkan dan insyallah PR akan berpadu kuat semula.Kalau sekiranya tidak peminpin yang memulihkan keadaan ini Pas akan runtuh.

    ReplyDelete
  2. Aku bersumpah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Mulai hari ini aku tidak akan sanjung nama ulama munafik TGHH. Selagi TGHH sebagai Presiden PAS, aku haramkan tangan aku, isteri aku dan anak-anak aku mengundi PAS

    ReplyDelete
  3. Hj Hadi sudah merobekkan isi perutnya sendiri supaya semua orang tahu siapakah Presiden PAS yang sebenar. Selama ini yang mempertahankan imej dan kehormatan parti bukan lah barua ini. Kalau tak ada TGNA PAS sudah lama sasau. Tapi walau bagai mana pun, masih ramai lagi balaci2 dalam PAS yang separuh masak masih tetap walak kepada barua ini. Semua orang tahu sebelum ini pun si Hj Hadi ni telah banyak buat kenyataan2 bodoh. Si luncai terjun dengan labu2nya.

    ReplyDelete
  4. no more vote for PAS, that's it..Fullstop!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Jangan lah gitu saudara...sabar dan lihat dulu..ada hikmah disebalik konflik ini.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah berlaku baiklah kpd hambaMu yg bersumpah dan menghina ulama ini.. atau berilah petunjuk agar mrk memahami ayatMu sesiapa yg memusuhi ulama maka Engkau istihar perang atas mrk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan pahat

      Jangan mengeluh bila kena batang tengkok sendiri. Orang PAS pun xkurang juga m3nghina orang lain terutama pemimpin UMNO.

      Kedua, memang sedih melihat TGHH kena belasah. Tetapi kita kena selidiki juga, atas asas apa TGHH dibelasah. Adakah dalam bab ugama atau bab bukan ugama. Memang tak patut dan jahil sungguh la bagi sesiapa yang menghina TGHH dalam bab ugama yang memang dia diakui memang seorang ulamak besar.
      Kita tengok rata-rata mengkritik TGHH atas dasar beliau p3mimpin politik. Samakan dengan dengan perbuatan pemimpin PAS dok menghina p3mimpin UMNO.TGHH pun buat juga dalam ceramah sampai holeh keluar amanat!

      Kalau Tuan Pahat tak mahu TGHH dikritik atas dasar dia pemimpin politik, MSU kena keluarlah fatwa mengharamkan semua pemimpin PAS jangan mengkritik pemimpin UMNO atas apa jua alasannya tak kira betapa besarnya kesalahan dilakukan. Kita jangan buat perangai Yahudi - orang semua takboleh. Yahudi semua boleh.

      Ada satu lagi jalan keluar untuk mengelak Presiden PAS yang faqeh ugama dari dikritik sebagai pemimpin politik iaitu UBAH PERLEMBAGAAN PAS. PRESIDEN PAS HENDAKLAH BUKAN DARI KALANGAN ULAMAK! Apa macam?

      Dengan cara ini ulamak-ulamak didalam PAS bebas dari s3barang kritikan untuk menjaga taraf keulamakannya. PALING-PALING BAIK SEKALI - ULAMAK-ULAMAK BESAR INI JANGAN MASUK POLITIKKKKKK....habis cerita!

      Delete
  8. parti islam kalu ada ulama atau pmimpin mmacam ni pakai dengak la ! ABU !

    ReplyDelete
  9. Emosinye komen pejuang islam di sini. Patutla parti islam belum berpeluang perintah malaysia. Bukan seb ulama,tapi ahli yg gelojoh dan xcukup tarbiah

    ReplyDelete
  10. bila sultan jaga agama di malaysia...mimpi ke hj hadi ni....

    ReplyDelete
  11. Tuan Guru Barua Broker...Dewan Ulamak Barua....Broker Majlis Syura Ulamak Barua....Yg Barua Hassan Tantawi Ulamak Broker

    ReplyDelete
  12. Hadi dan Hassan...dua orang ulamak broker barua yang kebelakangan ni bila bercakap macam tahi keluar dari lubang taik Umno

    ReplyDelete
  13. kalau tak sebut pil kuda juga percakapan negatif semasa dah dekat sangat hari nak mengundi, aku dok rasa PR boleh menang degan selesa, lepas tu InsyaAllah aku rasakan ramai orang yang berbondong bondong masuk pas, tinggalkan umno dan pkr.Inilah masa kekuatan sokongan pada pas. beginilah keadaannya, lebih baik orang pas tinggal dan ikut Tabligh, baru betul tabligh x cakap nak berebut kuasa, cakap atas dari langit dan bawah dari 6 kaki dalam tanah - Allah bagi kemenangan.Sorrylah! peluang terakhir dah habis punah ranah ngan perkataan barua!

    ReplyDelete
  14. Tinggalkan perkataan barua utk dibincangkan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  15. Betul tu, Pahat itu memang tiada kemaluan dan kejantanan (terlalu jahil) - Sudahlah pimpinan Ular Mamak PAS buat doa laknat kepada jemaah sendiri sekarang sudah jangkit kat Pahat pula..... Banyakkan membaca atau berusaha cari maklumat Pahat, jangan asyik mohon Allah menurunkan bala kepada makhluknya sahaja. Silap haribulan Pahat yang akan dibalai oleh Penukul pulak, amacam?

    ReplyDelete
  16. Mmg sesuai pahat sllu kne ketuk ngn penukul..hihihi
    Nama pn dh melambang kn tahap pemikiran dia..haha

    ReplyDelete
  17. Wahai pahat pusako,kelualah dari kepompom yang melingkungi kau tu.tengok duania luar.apa yang sedang berlaku.siapa menghina dan menyumpah ulamak?Sepatut kau mohon kepada allah agr ulamak muhasabah diri.supay tidak dtang kepadnya fitnah dan hmburan oarng kepadanya.Tapi Pahat ni bolih pulak baca blog.maknay dia tahu apa yang sedang terjadi.oo.mungkin pahat ni jenis pak angguk apa kata ulamak.tak kira salah atau tak.yang pasti mesti angguk.

    ReplyDelete
  18. Ulamak, doktor, jurutera atau guru dan siapa saja sama sahaja apabila menceburi politik pilihan raya tajaan demokrasi. Hal ini mendedahkan sesiapa sahaja kepada kritikan, tomahan dsb. Dan jauh sekali dia termasuk ulamak pewaris nabi.

    ReplyDelete
  19. Pemimpin yang kuat EMOSI adalah se orang yang Bahalol ; tak layak jadi Pemimpin.

    Lim Kit Siang ketawa saja tengok si Bahalol memimpin jutaan tuk jadi benggap bahalol gaya ketam dalam bakul.

    Wan Azizah jadi Presiden PAS mungkin lebih baik dari yang sedia ada.

    Kesian Tok Guru Nik Aziz tengok PAS tengelam di alaf politik intelektualisma yang mana PAS amat kurang ahli ahli intelektual dan ber pendidikan serta professional dalam tata cara hidup.

    ReplyDelete
  20. Jahiliah kian bertapak. Jika Nabi saw pèrnah digelar majnun, kini ulama pula digelar dgn pelbagai gelaran. Roda terus berpusing, jahiliah kembali mengukuhkan kedudukannya.

    ReplyDelete
  21. Adakah bermakna sultan perak dulu tak jaga agama? Sedih raja nazrin dengar. apakah pas double std juga?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa