Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 22, 2014

Kalau Aku Jadi 'Dia', Demi Parti Dan Maruah Aku Letak Jawatan!

Aku kata: Pil kuda dan komunis belum lagi berjawab
Ini broker dan barua pula!

Haji Hadi Wajib Sahut Cabaran Shaari

Sesiapa pun yang melihat wajah Presiden Pas, Haji Hadi Awang ketika menggulung Muktamar Pas semalam, tentunya dapat merasakan api kemarahan yang sedang marak dan meluap-luap dalam dadanya. Wajah, mata, air muka dan gerak tangannya ketika menyampaikan ucapan jelas menggambarkan beliau sedang marah dan panas hati ketika itu.

Malangnya, kemarahan itu tidak ditujukan kepada UMNO dan para pemimpinnya yang memang menjadi musuh Pas selama ini. Bahkan dalam muktamar kali ini, UMNO paling beruntung kerana tidak menjadi serangan dan belasahan Pas sepertimana selalunya.

Dalam muktamar kali ini, tiada sentuhan yang pedih dan menyakitkan hati daripada Pas terhadap UMNO. Daripada perasmian, perbahasan oleh perwakilan sehinggalah kepada ucapan penutup, UMNO terkecuali daripada sasaran kecaman. Sasaran lebih ditumpukan kepada rakan-rakan sendiri dalam PR, terutamanya PKR, golongan profesional termasuk Mohamad Sabu dan tidak terkecuali dua Adun dari Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin.

Dalam ucapan penggulungan yang penuh kemarahan itu, Haji Hadi juga turut membuat dakwaan bahawa kedua-dua Adun berkenaan dibeli untuk memberi sokongan dan manandatangai akaun bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Dalam tindakannya yang disifatkannya sebagai "mencuri" itu, beliau juga menuduh ada yang menjadi "broker" dan "barua" kepada kedua-dua Adun berkenaan.

Bagaimanpun hari ini, salah seorang daripada dua Adun berkenaan iaitu Shaari Sungib bingkas mencabar Haji Hadi agar mengemukakan bukti atas dakwaan yang dibuatnya itu.

Tindakan Shaari sebagai Adun Pas mencabar Presiden partinya sendiri mengenai sesuatu dakwaan memang dianggap luar biasa dan jarang-jarang berlaku, lebih-lebih lagi memandangkan Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Tetapi di sudut yang lain, ia menyerlahkan kewajaran Haji Hadi untuk menyahut cabaran tersebut, jika beliau benar-benar mempunyai bukti. Apatah lagi dakwaan bahawa Shaari dibeli itu merupakan tuduhan yang berat yang melibatkan wibawa dan intergritinya.

Membuat dakwaan yang berunsur rasuah tetapi tanpa bukti adalah tidak wajar sama-sekali dan menjejaskan wibawa seseorang yang bertaraf Tuan Guru atau Presiden parti. Dakwaan tanpa bukti biasanya hanya dilakukan oleh pencacai atau macai politik yang banyak berkeliaran di lobi hotel dan kedai-kedai kopi tengah malam saja.

Namun Haji Hadi bukanlah pencacai atau macai. Tarafnya dalam masyarakat begitu tinggi. Beliau adalah ketua parti yang bertaraf ulama. Apabila beliau membuat dakwaan bahawa dua Adun berkenaan dibeli, tentunya anggapan ramai beliau mempunyai bukti mengenainya berasaskan bahawa seorang yang alim dan warak tidak mungkin membuat tuduhan tanpa bukti.

Oleh itu, apabila Shaari sudah melakukan cabaran, menjadi tanggungjawab Haji Hadi untuk menyahutnya. Beliau perlu kemukakan bukti-bukti yang beliau ada, bukan saja untuk mengesahkan dakwaannya tetapu juga memastikan Shaari dan Hasnul dikenakan tindakan oleh Pas. Seterusnya bukti itu boleh pula dibawa kepada SPRM agar tindakan sewajarnya dari segi undang-undang dapat diambil.

Ini kerana jika benar Shaari dan Hasnul telah dibeli, tiada sesiapa pun merestui dan menghalalkan permainan politik seumpama itu.

Dalam hal ini, Haji Hadi tidak perlu berlengah dengan masa untuk segera mengemukakan bukti mengenai wujudnya pembelian dan unsur rasuah itu. Semuanya kini terletak di tangan Haji Hadi untuk melonjakkan kembali imej dan reputasinya jika benar apa yang diperkatakannya itu adalah benar dan ada buktinya sekali.

Dalam masa yang sama, dakwaan Haji Hadi mengenai hal ini juga pantas mengingatkan orangramai kepada tuduhannya berkaitan pil kuda dan fahaman komunis terhadap calon PKR di Terengganu dan Selangor sebelum pilihanraya lalu yang sehingga ini masih gagal dibuktikannya.

Kedua-dua tuduhan berkaitan pil kuda dan fahaman komunis itu ialah untuk mewajarkan Pas ketika itu meletakkan calon bertindih daripada partinya, walaupun sudah ada persetujuan ia ditandingi oleh parti rakannya sendiri iaitu PKR.

Dalam isu pil kuda, Haji Hadi telah pun disaman dan perbicaraan awal telah dimenangi oleh calon PKR itu dan kini masih lagi dalam proses rayuan lagi. Mengenai dakwaan calon PKR berfahaman komunis pula, ia senyap begitu saja.

Apakah mungkin dakwaan wujudnya pembelian terhadap Shaari dan Hasnul juga bakal senyap sama? Atau mungkinkah setelah Shaari mencabar ini dan jika masih tiada bukti dikemukakan, beliau juga akan turut mengemukakan saman malu bernilai jutaan ringgit kepada Haji Hadi?

Apa pun alasannya, oleh kerana Haji Hadi membuat dakwaan itu di atas pentas rasmi parti, beliau secara moralnya wajib menyahut cabaran Shaari itu? Noktah. Berdiam diri atau memberi pelbagai alasan lain bukan lagi pilihan.

Tetapi jika beliau hanya mendengar desas-desus, khabar angin atau cakap-cakap orang saja mengenainya, amatlah memalukan sekali tindakan itu dilakukannya ketika ucapan penggulungan itu. Tidak wajar seorang presiden parti yang bertaraf ulama berbuat demikian.

Jika beliau sekadar mendengar desas-desus atau khabar angin mengenainya, beliau sepatutnya hanya menyebarkannya kepada pencacai atau macai untuk dijadikan tajuk perbualan di warung-warung kopi saja, bukannya diluahkan di muktamar parti. - SH 21/09/2014.

20 comments:

  1. Hadi tu Bahalol.

    Tak perlu di bincang lagi , buat mslu mak bspak saja.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt..
    wahai mata yg melihat, telinga yg mendengar & mulut yg berkata2..
    kali ni aku bercakap dgn pemahaman korang supaya segalanya lebih jelas & mudah difahami.. kenapa aku menulis madah..? supaya ianya menjadi perhatian.. aku kaitkan segala watak yg ada dalam nusantara ni utk aku tahu sejauh mana kepercayaan korang dlm hal2 yg ghaib milik Allah swt.. aku sendiri pun tak tahu cerita yg ghaib melainkan yg nyata je.. ghopenye sah, korang lagi extreme drpd aku.. sampai ada yg siap mengaku susuk sseorg dan akhirnya, ke mana..? apa..? jokowi, kamal atartuk, imam mahdi, nabi khidir as..? oh no.. aduyai.. sbb tu aku cakap jgn bodohkan aku, dengar dulu.. macam mana korang boleh sampai hingga ke tahap tu..? takut betul kuasa korang lesap ye, mashaAllah.. kalau aku buat karangan, org akan tido.. so aku buat madah setelah aku kaji madah ni medium yg paling berkesan utk melembutkan hati.. nak masuk pilihanraya, sorry la beb.. dan segala kejadian di luar sana termasuk panggilan jihad tu, fikirkanlah semasak-masaknya.. senang tak orang nak manupulasi pemikiran kita..? itu point aku.. seikhlas hati aku..
    “ampun tuanku kerana terpaksa memilih jalan berliku untuk menyampaikan hasrat di hati”..
    ibarat jajaran bukit-bukau & gunung-ganang yg kehijauan dr kejauhan mata yg memandang.. damai je.. pe tetiba ada satu bukit berwarna merah sure kita akn cepat terpegun sbb ngape jd gitu.. if i’m rite..? aku tersangat hormat pd raja & sultan sbb korang kene tahu bahawa tanpa mereka, siapalah kita ni..mengenai tingkah laku, sebelum korang nak aibkan orang, tengok diri sendiri dulu.. aku bukan org jawa, aku anak jati PERAK, understand..!!! IC pun ada bro.. Raja Nazrin, Sultan yg aku kasihi.. mna yg rasa nak hilang kuasa kerana agak aku ni nak rampas kuasa, boleh menarik nafas lega.. aku tak kepoh mcm korang apalagi nak gelojoh.. cukup duit aku nak sara keluarga walaupun kais pagi makan pagi, kais petang makan esok pagi.. takde aku terdesak nak kaya tiba2 ni.. tu yg aku cakap, akhir zaman akal memang kena tajam wahai saudara-saudaraku.. selain dari itu memang kuasa dan kehendak Allah swt jua seadanya.. Hidayah Allah, Allah lah menentukan.. tak payah kenal aku pun, mmg sangatlah tak penting.. doakan je aku menjadi org yg beriman & bertakwa bukan seorg yg sesat lg menyesatkan, seorg ayah yg penyayang & ketua keluarga yg beramanah.. kpd yg memberi kata semangat, alhamdulillah & smoga Allah swt merahmati anda semua.. kpd yg mengeji sampai siap mengkafirkan aku tu, ntahlah.. aku sentiasa memaafkan korang walaupun aku tak tahu mcm mna nak kata.. hanya kerana sebuah madah.. patutnya korang kene bagi aku “phd” tu dlm bab saiko ni.. biarkanlah.. semua ni sejarah bagi aku dan aku akan tersenyum bila mengenangkannya.. but, this is not the ending of the true story.. cakap omputih jap.. mmg aku berguru dgn kitab iaitu Al Quranulkarim.. stakat nak tau hal 5 perkara tu, cd, buku pn dh ada.. online lg.. buat aje.. bab yg berat2 mmg kene brguru.. di dalam surah al kahfi ada ayat menceritakan hal Nabi Musa as pergi berguru.. semua perkara yg berlaku boleh dikatakan terbalik dan bayangan mimpi aku tentang negara kita pun lebih kurang gitu.. dan akhirnya ada pesan sebelum perpisahan antara lain brmaksud tiap2 ilmu yg kita buka, kita mesti tahu menutupnya.. bab lain korang fikirlah sendiri tentang perpaduan tu, ni aku cite bab ilmu.. korang nak ambil, ambil, tak nak, sudah.. kalau ada pulak nas yg kata tak boleh, ikutlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bang
      Betul...kslau abang tulis karangan memang orang tertido sebelum habis membacanya. Tak payah berkias bang...ini bukan zaman hang tuah tun teja. Cakap saja rerus terang apa yang abang mahu sampaikan....jangan biarksn kami yang kurang pengetahuan ini terabaraba mencari tafsiran. Cakap saja abang percaya gila dan wala' habis sama itu hj hadi atau abang rasa tuang presideng dah dirasuk sysitan

      Delete
  3. haram is haram.. jgn cite bende lain, we straight to the point, riba.. ni yg paling teruk balasannya.. mcm mna nk encounter..? kalo aku buat sorang mmg sampai kiamat takkan jadi.. apa kata kita ikut cara Rasulullah saw iaitu dermakan seberapa yg mampu ke baitul mal termasuk zakat.. dgn syarat amil yg diamanahkan itu mmg yg amanah.. buat dana islam utk perbankan berlandaskan syariah yg memang tak membebankan.. pinjam 10k, bayar 10k, caj perkhidmatan lain.. surat perjanjian jual beli kan dah ada, nape nak peguam bagai.. kalau tak ikut janji, dah takde jln lain barulah kita refer peguam.. takdelah caj berganda.. ansuran mengikut kemampuan hamba Allah itu juga..boleh tetapkan jangkamasa bayaran.. kalo susah hidup, bagi kelonggaran.. bagi masa.. kalau daif juga, sedekah.. mngkin boleh dibuat lebih kurang sistem ccriss utk monitor mereka yg terlibat.. amil tu kira pekerja bank yg masih bekerja skrg ni.. diorg pun slamat dunia akhirat.. lagi takyah buat sales macam org gila, siap expert lagi akal mereka sbb slalu adjust kertas kerja, hehehe.. perhubungan bebas dapat dikawal dan diminimumkan.. setiap masa kita sedekah jd dana pun bertambah.. peminjam bayar balik, dana pun bertambah juga.. byklah MUSLIM yg boleh pinjam beli kereta, rumah dll janji jangan berlebihan je.. bila semua org cukup keperluan, takkan nak berebut harta melainkan diorg beli cash, no hutang pada produk yg sama melainkan treler ada 4.. jadi harga hartanah dapat dikawal.. takkan teraniaya harta-benda.. maka org lain yg bukan saudara pasti akn bersaudara bila tgk kita hidup aman bahagia.. bincanglah, kalau boleh bincang utk kesejahteraan muslim yg semakin nazak sekarang ni..
    pendidikan.. skrg waktu balik prskolahan mmbuatkan ramai ibubapa terencat talipusat sampai ada yg mengidap penyakit kencing manis berdarah, bahasa saintifiknya isketambola.. virus yg dicipta oleh pesakit sendiri.. mengapa kita tak selaraskan pendidikan ni..? mulakan dari pra skolah (6 tahun spt yg ada skrg).. masuk je drjh satu sampai drjh 5 diorg belajar pasal alquran & terjemahan dulu selain abc dgn mnggunakn teknologi canggih sediada secara bersepadu.. taklah anak2 akan terbahagi kpd bbrp fahaman atau golongan.. utk agama lain, yg tu trletak pd budibicara pemegang kanun undang2 negara.. kita bina moral & roh diorg dgn agama spaya bila smakin mmbesar diorg dh ada pemahaman yg jitu.. tak semestinya diorg semua nk jd ustaz dan ustazah.. tak payah lagi kafa ke apa ke sebab anak2 akan terkeliru.. drjh 6 baru masuk bab dunia skit2.. so ibubapa leh duduk lebih tenang, tak terkejar2 dgn dunia semata2.. cukup masa bekerja, semua balik.. ujung mnggu leh bawa family bersantai.. takde yg tido kat opis, tu yg jd cite mcm2.. form 1 sampai form 5 baru bab2 heavy duty yg mana diorg boleh terima slaras dgn pemikiran tahap diorg tu baik segi agama mahupun hal dunia, sastera jgn skali2 lupa.. jgn cakap akal diorg mentah, pe tgk apa diorg dh buat skrg.. mna yg nak pilih bidang pengkhususan sendiri, boleh continue di U.. keluar U, perform solid group, boleh mohon dana islam utk buka bisnes, byk peluang kerja utk org lain yg abis form 5 & dah tak nak skolah dah.. bisnes ada masalah bagi masa utk recover bukan menekan sampai lingkup.. taklah diorg merempit dan jd peragut atau pembunuh upahan utk keuntungan jangkamasa singkat.. dana islam boleh melabur di situ utk cover kos pengurusan.. ekonomi pasti rancak dan banyaklah penciptaan baru.. slowkan sikit movie bab kongsi gelap ni wahai bro2 pengeluar filem.. pe buat cite ala2 teknologi skit, bosanlah dok gaduh je.. imej baru, imej baru.. bila org beli cetak rompak, marah.. bukanlah dgn islam ini kita menjadi mundur & lemah.. korang pun boleh berjihad dgn cara korang iaitu movie 6 jahanam.. jgn skali2 bagi penjahat menang, sentiasa inspektor sahab je menang..

    ReplyDelete
  4. Presiden PAS Tghh = Papagomo
    Papagomo = Presiden PAS Tghh
    Mcm sama je perangai nye..

    ReplyDelete
  5. Presiden PAS Tghh = Papagomo
    Papagomo = Presiden PAS Tghh
    Mcm sama je perangai nye..

    ReplyDelete
  6. petrol.. harga naik rm3 seliter tapi bg sesiapa yg ada mykad & berumur 16 tahun ke atas separuh harga.. passport tidak dilayan.. otomatik akn ada skit efek pd penurunan hrga brg.. apa ke namanya, defisit, pelesit..? gitulah lebih kurang.. sapa yg jual mykad dia maka dialah pengkhianat negara.. brim sbnarnya tak brp sesuai memandangkan rm100 di bandar dgn rm100 di pedalaman mmg ada beza.. so duit brim boleh jimat dan bantu bangsa2 lain yg sangat2 memerlukan.. negara makmur, rakyat jugalah yg merasa.. berbagai bangsa berjiwa sama, berlainan agama bertuhan sama namun akhirnya yg benar menjadi nyata.. para perwakilan dan penguasa jugalah namanya akan terpahat dilipatan sejarah.. aku..? biarlah aku begini aja.. kenapa glc nak untung sampai berbilion ringgit sedangkan masih ada lagi siri realiti tv bersamamu..? meh sedekah sikit kat baitul mal..
    sebelum pergi lebih jauh ke perundangan syariah, mengapa tidak dilancarkan dulu wajib pemakaian menutup aurat di khalayak ramai bagi wanita islam.. kita test tgk, ramai tak yg TIDAK bersetuju.. dr situ kita boleh buat analisa..
    banyak lagi tapi takpelah, suruh wakil rakyat berfikir pulak.. so dgn kenyataan ini maka hilangkanlah segala kerunsingan dan keresahan hati korang semua buat masa inilah.. mmg ada yg benar dalam yg benar dan pemimpin yg benar itu ada di antara kita semua di dlm dunia ni.. janji jgn lupa kpd agama dan rukun negara.. agaknya kalau aku buat madah org minyak, ramai yg akan jd org minyak & siap mengaku pulak.. ampun dan maaf jualah yg ku pinta kerana bermain kata.. power tak bahasa ibunda kita..? sayangilah ia, peliharalah ia selama-lamanya.. memang kiamat dah dekat dan ikut pada zaman Rasulullah saw pun dh antara 2 jari.. kene kita masih dalam sistem kewangan yg sama di saat terjadi, terlambatlah kita.. kenapa korang gaduh kerana kuasa..? berbaloi ke..? ntahlah.. biar aku menjadi al mahdi bagi diri aku sendiri, penegak kebenaran bagi aku utk teruskan hidup di muka bumi Allah swt ini.. setiap kali aku cuba bercakap benar, aku sendiri akn memaksa diri aku utk menerima kebenaran itu supaya jgn cakap tak serupa bikin.. alhamdulillah, aku lebih baik dr semalam begitu juga dengan family aku.. aku akan terus jd tukang sapu di tepi2 jalan yg direct panas matahari ni asalkan jihad aku diterima oleh Allah swt.. mereka berkata kalau “bodo” tanyalah, bacalah.. so bila aku baca kitab dan cuba share apa yg aku tahu, korang tengoklah apa yg aku dapat.. semua ada..paling banyak cacian rasanya.. takpe, no hal bro.. hehehe.. aku senyum jelah.. malas nak cite apa dh.. aku teringat satu kisah yg sentiasa mmberi semangat kpd aku utk terus mmberi kebaikan walaupun di mata orang akn mendatangkn kejian, maki hamun malah..entahlah, semua kuasa Tuhan.. kisah seorang wanita yg bekerja dlm keadaan hina namun atas prihatinnya dia kpd seekor anjing maka Allah swt mmberi balasan syurga.. biarlah setaraf hotel bajet pun janji di syurga..

    ReplyDelete
  7. dulu mmg raja berkuasa mutlak.. bila lupa segala2nya maka datang penjajah yg lebih lg lupa dirinya lalu membahagi kuasa antara raja dan rakyat melalui demokrasi.. kita tetap juga negara yg ada khalifah iaitu raja yg beragama islam.. yg takda undang2 je lg.. lagi setapak je kita lupa, bencana.. akan terbahagi tiga.. ramai ilmuwan yg cukup bijak segala segi boleh membincang kaedah utk memperlahankan semua rentak di semua sektor agar tak berlebihan.. baiklah korang semua memberi idea2 yg berguna utk membangunkan negara kita kerana apabila persekitaran berubah, kita juga akan berubah.. nak berubah sorang2 alamatnya payah.. kita org melayu kene tukar dah segala bentuk tahyul kpd yg nyata.. mana yg ghaib tu jgn dok gelisah memikirkannya.. macam main bola di pdg becak, sape baju bersih dia gerenti curi ayam.. kita main dulu bagi sama2 becak supaya bila pdg kering, kita main di pdg yg bersih dan baju pun bersih.. begini je aku sampailah ke akhir hayat aku ni asalkan aku dpt tarbiah diri aku, anak bini aku dulu.. apa cerita kalau yg dikendong tak dapat, yg dikejar berciciran..? “di sini lahirnya sebuah cinta..” jom sama-sama kita baca doa ni, mudah-mudahan kita semua selamat & sejahtera.. ni bukan doa laknat tapi doa minta rahmat sbg penutup prbahasan usul aku dr parti bebas, parlimen rakyat.. parti cap tombak serampang tiga.. sekali lempar 3 kene.. ni mesti korang akan cakap lagi jokowi.. hahaha.. suka hatilah.. tapi apa salah cuba usul aku tu..? jgn kerana pakaian aku korang tolak usul aku.. biar ada hujah.. hujah dibalas hujah, ada berani..? menadah tanganlah ketika membaca doa ini, sedikitpun tidak merugikan kita.. hanya doa.. tak perlu pergi mesin atm keluar duit.. wassalam.. wallahua’lam..
    al- fatihah..
    Ya Allah, bukakanlah pintu rahmatMu kepada kami di negara yang sangat kami sayangi ini semoga persaudaraan yang jitu dapat segera terjalin demi kesejahteraan warisan kami di masa akan datang..
    Ya Allah, satukanlah hati kami semua di negara ini agar sentiasa bermuafakat dan tidak menumpahkan darah saudara-saudara kami mahupun rakan-rakan kami ke jalan yang sia-sia serta kurniakanlah kami masa yang tersisa agar kami dapat membetulkan segala kesilapan dan kesalahan lalu yang telah kami lakukan secara kami sedari mahupun yang tidak kami sedari..
    Ya Allah, ampunilah kami di atas segala tindakan kami yang tergesa-gesa dan berikanlah petunjukMu agar kami senantiasa berada di jalan yang lurus lagi Engkau redhai dan berikanlah kesudahan mati kami di dalam keadaan beriman..
    Ya Allah, selamatkanlah negara kami dari sebarang bala bencana, fitnah sesama manusia dan berlaku zalim kepada yang lemah.. Limpahkanlah rezeki kepada kami dan kurniakanlah keadilan di dalam pemerintahan raja, sultan dan penguasa kami semoga keamanan senantiasa melingkari kehidupan kami semua di negara ini dan juga hambaMu yg lainnya di bumi yg Engkau miliki..
    Ya Allah, sampaikanlah salam kami kepada Muhammad saw serta para sahabat baginda, segala para nabi dan rasul, para wali dan anbia, para syuhada, para malaikat dan yg ghaib serta sekelian keturunan kami yg telah pergi menemuiMu, mudah-mudahan mereka beroleh setinggi-tinggi rahmat dariMu dan kekal di dalam nikmatMu yang kekal abadi..
    Kabulkanlah doa kami ini Ya Rahman.. Ya Rahim..
    Amin, amin, amin.. Ya Rabbal Alamin..

    ReplyDelete
  8. Malang sungguhlah parti yg berteraskan Islam boleh ada amirul yg begini ghaiarah melemparkan fitnah depan khalayak ramai. Betul ke tuan guru Hadi ni layak dinobat sebagai ulama? Minta Allah bimbing dan pelihara kami dari dipedayakan oleh ilmuan-ilmuan yg merosakkan umah. Amin.

    ReplyDelete
  9. Aduhaiii..apo dah jadi.pandai2 la cari jln nak lepas.jgn kluar fatwa baru plak udah laaa.tgok apa plak lps neh.mgkin sgala jenis u turn koner baring terjun tiruk balik kuang merafak sembah dll.bila dah start neraka syurga neh x taw la ape plak lps neh.ade mimpi jumpa nabi plak kot

    ReplyDelete
  10. Hehehe ulamak mulut longkang terpedaya lagi dgn menantu. Letak jawatn je laa. Fokus mengajar kitab atau jadi nelayan lgi berfaedah kot.

    ReplyDelete
  11. Politik suku...ugama suku...last2 jadi 3suku

    ReplyDelete
  12. Shaari dan Hasnul menyokong itk menguatkan pakatan dianggap barua.
    Macamana pulak pemimpin yg bersekongkol dgn musuh politik utk melemahkan pakatan?
    Bukankah itu barua paling besar...?

    ReplyDelete
  13. Presiden pil kuda. Huhuuu...

    ReplyDelete
  14. tok guru hj hadi macam jurucakap tak resmi gerombolan umporno daa ! lingkop segala wala & ilmu demi mulut merapu kolom tanpa akal berfikir ! ABU & tentang geng pro-'UG' sampai mati ! Allahu Akhbar !

    ReplyDelete
  15. Anonymous 12.38.12.40.1242 ni merepaek apa.tak payah tulis panjang berjela tetapi lari dari apa yang di bahaskan.

    ReplyDelete
  16. Amuraria

    Bukan saja Hj. Hadi sorang bercakap semacam agen UMNO tetapi beberapa orang lagi yang berada di dalam 'ring'nya. Tapi masalahnya ahli-ahli Pas takut untuk mnyentuhnya sebab kononnya mereka bertaraf ulama

    ReplyDelete
  17. Ingatlah bahawa orang yg menghina ulamak secara menggila, seumpama yahudi dan nasrani yg tidak akan reda dgn Islam. Parti yg bertopengkan Islam sepert UMNO adalah umpama Kamal Attartuk yg bertopengkan Islam utk merosakan Islam.

    ReplyDelete
  18. sedih betui..taraf presiden pas diletak setaraf nala karupan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa