Ini Husam berikan ingatan dan teguran
Silap-silap dia akan dicemuh juga
Memang sebelum ini dia dah pun dicop segolongan dengan Mujahid
PAS akui sukar berdakwah di Selangor jika kemelut MB berlarutan
TMI - Published: 20 September 2014
September, 2014.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa melahirkan kebimbangan parti itu bakal berdepan kesukaran menyebarkan dakwahnya di Selangor jika kemelut jawatan menteri besar negeri berkenaan berlarutan sehingga memaksa pilihan raya negeri diadakan.
Husam berkata beliau bimbang penyebaran dakwah di Selangor tidak dapat diteruskan jika kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan kerusi di negeri itu."Apa jadi kalau kemelut tidak berkesudahan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor terbubar? Adakah PAS pada masa itu boleh menanggung beban? Adakah kita mampu mengekalkan 15 kerusi, menambah atau kerusi akan berkurangan.
"Sekarang ini, sembilan kerusi kita menang dengan tipis, kita bimbang takut-takut hilang kerusi itu. Kalau kita kehilangan kerajaan Selangor, maka kita akan kehilangan dakwah dan bukannya pangkat," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja hari ini.
Oleh itu, beliau berkata kemelut berhubung isu menteri besar Selangor amat penting untuk diselesaikan demi menjaga hati dan harapan pengundi di negeri berkenaan yang menyokong PAS selama ini.
Seorang lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula meminta seluruh anggota parti tidak terlalu memikirkan kemelut jawatan menteri besar Selangor sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan tertinggi parti untuk diselesaikan.
Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menggunakan medium yang betul untuk membuat sebarang teguran, termasuk kepimpinan tertinggi PAS, kerana langkah itu bukan sahaja dapat memelihara parti malah memperkukuh ukhwah dalam kalangan anggota parti berkenaan.
"Apa yang kita alami pada hari ini bukanlah perkara baharu. Kita mungkin berniat baik tetapi gunalah saluran yang betul," katanya sambil menambah PAS juga perlu mempergiat program tidak formal bagi menjalin ukhwah dalam kalangan ahli parti.
Sementara itu, Salahudin Ayub, yang juga naib presiden PAS, meminta semua anggota parti tidak lagi memfitnah atau memperlekeh Datuk Seri Abdul Hadi Awang seiring kematangan parti yang mencecah usia 60 tahun. – Bernama, 20 September, 2014.
nak dakwah ni setau aku yg jahil ni tak perlu pun pada mengejari@menggantungkan agama kepada kuasa..(apatah lagi kuasa demokrasi)..
ReplyDeletekita x payah la tengok pada ruang yg luas sgt nanti kita sama2 konfius..ok kita tengok ruang yg kecik dulu..setiap kita ialah abg2 yg berkuasa atas adik2 kita kan..?so kita tengok diri kita dan kawan2, dh tertegak ke agama atas adik2 kita...
ok kalo konfius lagi kita kecikkan lagi ruang dia..
kita berkuasa atas diri sendiri kan?..so kita tengok diri kita dan kawan2..dah tertegak ke agama ke atas diri sendiri?..
kuasa itu ialah 1 kurnia ke atas berjayanya agama didalam diri dan berjaya menyampaikannya pula..
kuasa tu kurnia..kalo betul kuasa itu tempat bergantungnya agama,apa salahnya nabi saw amek kuasa yg di ofer kafir dulu..dah dapat dia mainkan la kafir tu balik(stratergy politik)...nabi tolak..nabi menyampaikan agama..sehingga di kurniakan kuasa(bukan sistem seperti demokrasi)..so kita sekarang dh terbalik..kita kejar kurnia.(sistem demokrasi pulak tu)..kurnia kan dtg setelah berjayanya objektif..bukan kejar2 kurnia untuk objektif..(ini bukankah tertipu namanya?berlapis2 kita tertipu)..tapi apa nak buat,org politik demokrasi dah ajar kita mcm2..kita pun telan je la..x gitu?ye la kita pun sekolah x tggi..ikut je la..
(kalo x setuju x yah la melompat..pndngan peribadi je ni..)
Adalah lebih tak payah komen kalau cara kau tulis seolah2 kau tidak memahami politik.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteDengan bahasa yang mudah dengan kuasa atau wujudnya pemerintahan kerajaan pakatan sekarang, masjid makmur dan berimarah dengan pesat dan meriah kalau sebelum ini jangan harap semua ustaz boleh berceramah.Tazkirah dibulan Ramadhanpun tak boleh.
nazi kelawar,syarat wajib kepada sahnya agama ialah keyakinan(tempat agama bergantung) terhadap kuasa pemerintahan ke?(apatah lagi demokrasi)...apa syarat agama itu jadi sah dan bagaimana dia boleh jadi "debu" jika x sah?kuasa pemerintahan ke syarat wajib agama jadi sah?abis kalo ko duk kat negara cina..ko jadi kafir la hehe?abis nabi2 yg xda kuasa pemerintahan tu semua x berjaya la dlm definasi berjaya yg sebenarnya?nabi2 ni dia maju lagi dari kita,mereka menyampaikan agama...ibarat ambulan kejar pesakit..manada pesakit kejar ambulan..ko cerita pasal kuasa pemerintahan utk meriahkan tazkirah?ko boleh buat lebih maju dari tu pun tanpa mengejar2 kuasa(apatah kuasa demokrasi)..ko kejar la pesakit ramai2,nabi semua sorang2 je kejar pesakit...ko ramai2 tapi kejar kerusi demokrasi..apa yg aku nak sampaikan diatas tu ialah kita yg dah tentu2 berkuasa atas diri pun x dapat tegakkan agama dlm diri maknanya sama la kuasa pemerintahan pun bukan la 1 kuasa yg kuat dan diyakini dgn jitu untuk agama digantungkan..ko kejar kerusi demokrasi..kan bagus ko kejar pesakit berpeluh2 mcm ko kejar kerusi..
ReplyDelete..anon 10.12..aku x sokong parti ape pun,jika aku dah sokong mana2 nanti aku berguru ngan ko la..wat masa skrg ni simpan la "faham" ko tu dulu..hehe
Terima kasih anon 5.15PM.Tazkirah tuan saya hargai.Cumanya kurang dari segi tuntutan Islam berdasarkan jika ingin bermujadalah.Agama itu adalah hujah.Kita dilarang bermujadah dengan akhlak yang buruk.Berhujahlah untuk mencari kebenaran bukan kemenangan.Jika engkau ikut orang yang banyak pasti engkau akan sesat.Tiga ciri berhujah seperti mana yang disebut al-Quran; mauizah hasanah, hikmah dan akhlak yang baik.Anon 5.15, selamat berjuang.Terima kasih.
ReplyDeletekamu pkr/umno/pas la org yg "banyak/mahsyur/popular" di arus perdana..x gitu?dan terikat pula dgn undang2 sistem arus perdana kerana telah diregisterkan disana..tuntutan islam kena ikut jalan islam la kan?takkan kamu kata kamu menjuari agama sedang kamu pun ikut jalan yg umno dan pkr guna?dah duduk 1 jalan baik jadi kawan je, buat pe la yg gaduh hari2 tu?selamat berjuang utk kamu juga..terima kasih kembali..
DeletePerlu tuan ketahui maksud saya; "Jika engkau ikut orang yang banyak pasti kamu akan sesat".ini adalah petikan ayat al Quran.Kerana ikutan orang Islam adalah Allah dan Rasul yakni Quran dan Hadis.Bukan seperti yang tuan dakwakan itu.Berhujahlah untuk mencari kebenaran bukannya kemenangan, jika untuk menang mereka yang kuat dan ramailah yang menang.Terima kasih.
ReplyDeletekeyakinan bahawa "kemenangan itu letaknya pada yg ramai dan yg kuat"..itu la keyakinan yg diajar/di laung2kan kepartian demokrasi kepada pendukung2nya/pentaksub2nya..terutama bila nak dptkan kuasa pemerintahan..
Deletetopik kita kan pasal kuasa pemerintahan kepartian demokrasi?bukan cerita pasal kemenangan dlm berdebat kan?adakah kamu tuduh aku xnak cari kebenaran tapi nak menang berdebat?. .tak baik la tuduh2..kena demam muktamar ke?
lgpun apa yg aku cerita kat atas tu tentang kesedaran bagaimana mana cara nabi2 "membina" agama,aku bukan cerita pasal kesedaran tentang "kuasa pemerintahan" kepartian demokrasi ..sila baca balik lg sekali..
ok la..oleh kerana dah terlanjur kamu "berupaya" nampak isi hati manusia lain dan berupaya pula "tahu" aku mengomen bukan pasal kebenaran tapi nak menang..aku bagi la kamu menang sebelum kamu lebih melarikan tajuk..
dan aku mintak maaf la pada kamu jika aku telah bersalah pada kamu atau buat kamu tersinggung..