Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 21, 2014

Mampuihlah Kalau Macam Ni.........!

Kalau semua tak layak.....macam mana?
Nak angkat siapa?
Kalau Wan Azizah Istana tolak
Azmin pihak lain pula tolak........nak jadi apa?

Kalau Hadi ADUN kat Selangor, boleh juga lantik Hadi!
Masalah timbul bila semua pihak nak berpolitik......
Aku tidak berpihak belah mana-mana, cuma aku kesihankan rakyat Selangor yang memberi mandat kepada PAS, PKR dan DAP.........mereka tentu kecewa!

'Azmin tidak layak jadi MB Selangor'
SHAH ALAM - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Jingga 13' berpendapat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak wajar dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berikutan tidak mendapat kepercayaan dan mandat daripada parti berkenaan.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, kemelut jawatan tertinggi dalam pentadbiran negeri Selangor itu akan berpanjangan sekiranya mana-mana calon selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik untuk mengisi jawatan tersebut.  

"Jingga 13 tetap berpendirian menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu kerana (beliau) telah pun memenuhi segala syarat yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor termasuk mendapat sokongan majoriti 30 Adun Selangor," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Fariz yang juga bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR berkata demikian ketika mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin; Pesuruhjaya Pas, Iskandar Abdul Samad dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada Pas, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan pada awal minggu ini.

Akhbar itu melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian mereka untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Abdul Khalid.

Nama Mohamed Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dan Iskandar yang juga Adun Cempaka disebut-sebut sebagai calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang ke-15 itu.

Ini susulan pengesahan daripada pihak Istana Selangor pada Khamis lepas, bahawa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani semalam dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya Isnin ini bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin. - Bernama

1 comment:

  1. Ikut ajer la perlembagaan yg dok jenuh n ngabis duit cukai utk gubalnya.sape yg dpt majority angkat jerla jd mb.soltan pun x yah letih2 wat kerja org politik.bnyk lg hutang soltan dgn rakyat yg x pernah selesai2.kalo azmin dpt majority lantik la.bgtu jge iskandar or yunus or elizabeth or xavier saper2 la adun kat s'gor neh.kalo dah ramai sokong noh udang jd mb dia pon layak.hadoi.btul2 ngabis masa jer.setau aku soltan ni kerja dia terima jer nama yg dpt sokongan majority.lps tu chop jari abis la kerjanya.sistem mana ntah yg boley dia seniri pilih mb.tak yah ngundi la senang.celaru sgguh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa