TUMPAT – Kempen pasang bendera di PRK Dun Pengkalan Kubor kecoh hampir dua jam apabila penyokong parti ingkar turunkan bendera yang menghalang lalu lintas di simpang tiga Geting malam tadi.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kelantan, Asisten Komisioner Dahlan Mohd Nor berkata, kekecohan itu berlaku apabila penyokong Pas dan BN ingkar arahan pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya.
Bagaimana pun katanya, kekecohan itu dapat diselesaikan apabila pihak polis datang membantu meredakan keadaan.
“Kedua–dua belah pihak akhirnya akur untuk menurunkan bendera mereka dan kadaan kembali tenang pada jam 2 pagi,” katanya.
Menurutnya, tiada tangkapan dan laporan polis dibuat berhubung insiden kekecohan tersebut.
Dahlan menegaskan, penyokong parti perlu mematuhi arahan agar tidak meletakkan atau pun menggantung bendera parti masing-masing di tempat yang dilarang terutamanya di kawasan yang menggangu orang awam.
Dalam pada itu, Dahlan menasihatkan agar penyokong parti tidak membantah arahan pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya kerana wakil parti mereka ada di dalam pasukan itu.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa