Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 25, 2014

PAS Mahu 4 Exco: Tapi Siapa?

Anwar kata itu hak dan kuasa MB dengan perkenan Sultan, titik!
Kita tengok kebijaksanaan Azmin menangani 'setia kawan stail PAS' ni pulak

PAS bertegas mahu 4 exco di S'gor
mk - 11:29PM - 24 Sep 2014

PAS Selangor bertegas akan mempertahankan komposisi empat orang exconya dalam pentadbiran Selangor.

Pengerusinya Iskandar Ab Samad berkata adalah tidak patut meminta PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengurangkan kuota empat orang exconya.

"Kita pertahan (empat orang Exco). Itu jelas.

"Kita dah buat keputusan keputusan itu kita dah bagi kepada PAS Pusat untuk direstui terlebih dulu," kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Selangor hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin sebelum ini menyatakan kuota exco Pakatan Rakyat seharusnya dikaji semula kerana PAS sebelum ini tidak menyokong calon menteri besar dari PKR dan DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut melabel empat exco PAS - salah satunya Iskandar – sebagai pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan selepas mantan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat enam exco lain dari PKR dan partinya.

Iskandar sebelum ini menyatakan tujuan empat exco PAS tidak meletakkan jawatan adalah untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sementara itu Iskandar berkata PAS Selangor telah memutuskan cadangan nama exco kepada PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama Exco terbabit sama ada kekal atau ada perubahan.

"Sekarang ini kita perlu beri kepada PAS pusat statementtersebut. Tak boleh keluarkan senarai nama sekarang.

Menteri Besar Azmin Ali menyatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mengemukakan nama 10 orang exco negeri.

Iskandar bagaimanapun menyatakan tiada lagi perbincangan antara pihak PAS Selangor dan Azmin berkaitan perkara tersebut.

"Belum ada lagi perbincangan (dengan menteri besar)," kata beliau.

10 comments:

  1. Kalau rasa nak lihat Haji Hadi melompat dan membaruakan dan membroker orang, cubalah jangan lantik lagi EXCO dari PAS kecuali dua orang yang konon 'dibeli' tu.

    Maka akan mengamuklah UG al Boo Boo tuntut pertimbangkan semula peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.

    Selain akan dikuat dan digarangkan doa laknat kepada Pakatan Rakyat. Maka akan beratiblah mereka bahawa Haji Hadi berkuasa 'veto'.

    ReplyDelete
  2. "Pas tk pelahap jawatan......",tapi tamakan pangkat dan kenamaan.
    Kan Pas parti Islam?
    Pemimpin Pas kena lah dimewahkn keduniaan,kan?

    ReplyDelete
  3. azmin wajib lantik 2 adun pas yg setia kpd pakatan sbg exco. tindakan mereka telah meletakkan azmin dikerusi mb. lebih2 mereka mungkin dipecat kerana ancaman hadi yang tidak mengambil ringan tindakan mereka itu.

    adun pas yg lain tu tak perlulah minta jawatan apapun. takkan nak jadi BARUA pkr n dap plak. presideng kan marah kalau jadi barua!

    azming jgn beri sbrg jawatan pada adun pas yg lain. buang pengaruh klhadi dan pas yg sedia ada dlm pentadbiran dan glc.

    ReplyDelete
  4. Aku menyokong penuh sekiranay Mb Azmin mengekalkan 4 orang exco dari Pas agar terubat pengikut Pas.TAPI jangan di lantik Iskandar samad dan Salehen Muhyi.nanati buat masalah dalm PR.

    ReplyDelete
  5. Kih.kih.kih.kih.....baghal sungguh kepimpinan pkr berserta pencacai nya.tanya pada mak lampir sekali,ada ker nama azmin tu pkr yg calunkan.cer tanya s/u pkr....siapa yg dipertahankan utk jawatan mb.bukan ker PAS yg calunkan nama azmin.mcm sial jer orang pkr nie ataupun sememang nya sial.akal pendek.jika pkr yg calunkan azmin ok ler jika mal lampir tu nak buat statement.bodoh nya ketua wanita keadilan nie.ops.....sori lupa ler plak.org pkr nie memang bodoh sebab dna sama cam umno.itu hakikat nya.

    ReplyDelete
  6. Aku setuju kekalkan quota pas..dap pun..qouta pkr mngkn bole timbanng utk reduce sbb tski dh bkn pkr...so kerusi pkr jd 13 je...

    ReplyDelete
  7. tak payah bagi lagi bagus sebab presiden pas macam taik.

    ReplyDelete
  8. Rakyat Selangor mahu kan pemimpin dan exco wibawa yang ada nilai ekonomi bagi membawa Selangor maji ke hadapan.

    Azmin sebagai CEO /MB mesti dapat kan yang ter baik dan bukan tangkap muat ter masok mengambil bahalol bahalol dalsm pentadbiran nya.

    PAS hanya lah orang orang GAGAL baik Tok Guru Presiden nya mau pun majlis majlis pil keldai nya.

    Biar lah dapat exco buta mata , dari dapat exco kuat agama tetapi buta hati.

    Kalau tidak sudah jadi bodoh , apa kah kita nak anak cucu kita pun jadi bahalol.

    Common Sense kan.

    ReplyDelete
  9. PAS ada 15?. Nak kira juga ke yg di panggil barua dan pengkhianat tu ?. Time camni pandai lak nak guna yg 2 org tu ye

    ReplyDelete
  10. Anon 7:41 AM

    PAS pun ex UMNO juga (kamu tak reti membaca kah? Tak sekolah? Siapa yang menghantar nama Azmin? jawapannya adalah "arwah bapak kau".(jawapan bodoh untuk soalan atau orang yang bodoh).

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa