Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 20, 2014

Calon MB Ditemuduga Oleh SUK?

Pada pandangan aku tidak kisahlah sape jadi MB asalkan dapat sokongan majoriti ADUN dan berkelayakan akademik

Istana tolak Wan Azizah?
mk - 12:56PM - 20 Sep 2014

Istana Selangor dilaporkan sudahpun menemuduga tiga orang calon – dua anggota Exco dari PAS dan seorang ADUN PKR – untuk dilantik sebagai menteri besar yang baru.

Laporan The Star Online hari ini menyebut, Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Azmin Ali hadir dalam sesi temuduga berasingan yang diadakan dalam tempoh seminggu lalu.

Laporan yang memetik sumber tidak dinamakan itu turut menyenaraikan nama anggota panel temuduga berkenaan - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman serta dua anggota Majlis DiRaja.

Menurut portal itu lagi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dimaklumkan mengenai temuduga tersebut oleh timbalan presidennya, Azmin Ali.

6 comments:

  1. Mb selangor kerusi pkr...kalo istana tolak azizah & pilih azmin, terima aje lah kalo pun azizah ade sokongan majoriti...adun2 yg sokong siap sd pun terpaksa...kalo x sain sd, kena kutuk kaw kaw punya mcm adun pas tu...lu pikiaq la sendiri....negeri ada tuan nye sultan...kalo sultan nak yg lain, hang nak buat pe....kalo sultan bubarkan dun, aku yakin pr kalah...dah tu hang pa la peranap duit rakyat sbb prun terpaksa diadakan...

    ReplyDelete
  2. Xpernah jumpa satu dunia jawatan politik ada temuduga..Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  3. Anon 6:32 PM

    Terima kasih kerana sdr. faham maksud yang gunakan untuk N3 ini.

    Cuma mungkin satu perkara lagi yang sdr. mungkin tertinggal!

    ReplyDelete
  4. Anon 6:32 PM
    Maksud saya ialah tajuk N3 ini

    ReplyDelete
  5. Apa kah MB Selangor untuk si bahalol perlu di temuduga oleh si lembap yang mskan gaji buta.... Yang MB di beri tanggung jawab cari ksn cuksi rakyat tuk bsyar gaji si lembap ?

    Mamak , hantar sini botol besar OK !!!

    ReplyDelete
  6. tajuk n3 nie : sangat baik & rakyat faham sesangat .. mcm lah bodoh sangat rakyat selangor utk memahami lakon layar ni .. main wayang kulit kot - takkanlah nak jawat jawatan (gb) guru besar contohnya di temuduga oleh kerani dan pembantu makmal sekolah !! aneh & memalukan ●●

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa