PAS rasanya tidak ada masalah kerana yang mereka tidak mahu hanya Wan Azizah
Azmin MB baru, dapat restu PKR
mk - 10:35AM - 22 Sep 2014
Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan surat pelantikan itu telah dihantar kepada Azmin hari ini.
Ketika ditanya mengenai surat pelantikan itu yang tersebar di media
sosial, Mohamad Munir berkata perkara itu berada di luar kawalan pihaknya.
Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar hari ini.
Petang tadi, Khalid diraikan dalam majlis perpisahan yang dihadiri lebih 200 kakitangan.
Azmin kemudiannya pemberita bahawa pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara parti.
Ini sekaligus melabuhkan tabir krisis pelantikan menteri besar Selangor.
Azmin mengesahkan kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Tropicana bahawa kepimpinan parti itu telah bersetuju untuk menyokong beliau sebagai MB selepas bermesyuarat dua jam dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin parti lain.
Katanya, beliau bersyukur bahawa baginda sultan telah memperkenan pelantikannya sebagai menteri besar dan pihak parti telah sebulat suara merestuinya.
Apabila ditanya sama ada dia tahu sebab mengpa pencalonan Wan Azizah ditolak, Azmin hanya berkata: "Tiada sebab diberikan."
Surat pelantikannya diterima petang ini dan ADUN Bukit Antarabangsa itu mengesahkan beliau akan mengangkat sumpah-pagi esok.
Sebelum itu, mesyuarat Azmin dengan Anwar dan Wan Azizah selesai pada kira-kira jam 7.30 malam.
Anwar dan Wan Azizah meninggalkan ibu pejabat untuk menghadiri mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.
Ketiga-tiga mereka tersenyum ketika mereka keluar dari bilik mesyuarat.
Sementara itu, PAS mengucapkan tahniah kepada Azmin Ali ekoran pelantikannya sebagai menteri besar Selangor yang baru.
Menulis dalam facebook, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semoga Pakatan Rakyat terus utuh.
Biar apa pun,wan azizah tetap mb pilihan.
ReplyDeleteTeam force tak buat kerja la tu.tu la dok sebok kecoh hal PAS,la nie dswa dah melepas.apa citer nie.duit dah ambil tapi kerja tak jalan.baloq betul force team nie.mesti anwar dan lge frust menonggeng.kah.kah.kah.kah.mana dia yg dok bising bising bahawa dswa tetap satu nama kami calunkan.per citer....harap sembang jer lebey.last last azmin juga kenyang.
ReplyDeleteAku harap MB baru nanti apabila hendak melantik exconya dari Pas pilahlah yang berwibawa dan memahami siap kawan dan siap lawan,tolong jangan lantik 4 adun pas bekas exco tu.Jangan lupa lantik 2 pejuang yang menyelamatkan PR.
ReplyDeleteHaji Hadi Awang sebenarnya tak peduli siapa sekalipun menjadi MB, baginya kalau menantunya Din Ayam boleh dikekalkan di Peransang dengan gaji RM15,000 (sebulan), maka lantiklah Ramachandran sebagai MB pun Hadi Awang pastinya setuju....
ReplyDeleteMoga Moga Lahanat Lahanat yang membeban kan rakyat Selangor di beri Hidayah untuk tidak membeban kan Rakyat Selangor di masa depan.
ReplyDeleteKesian pada Pembayar Pembayar Cukai tau....