Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 24, 2014

Dah Mendung Tapi Masih Panas: Nasi Tambah Dari Mahfuz Pula Dah!

Memang alasan yang agak sukar untuk diterima rakyat banyak
Pokoknya adakah benar DUN akan terbubar sekiranya mereka juga meletak jawatan dan Khalid tergugur sendiri kerana tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN?

Untuk ingatan kepada pengunjung blog ini, isu ini bukannya sengaja saya panjangkan tetapi hanya mengikut rentak mereka di dalam politik yang mulutnya tak boleh diam itu

Kalau mereka tidak panjangkan, isu ini akan lenyap sendiri. Jadi soalanya 'apa lagi yang mereka mahu?'

4 exco PAS Selangor bukan pengkhianat tetapi penyelamat, kata Mahfuz 
Published: 23 September 2014
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyerang empat exco Selangor yang tidak meletakkan jawatan semasa pentadbiran Tan Sti Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak wajar. – Gambar The Malaysian Insider. 

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sikap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang masih menyerang PAS dan menuduh empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka sebagai pengkhianat kerana kekal mentadbir Selangor bersama bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mahfuz berkata, Lim perlu faham tindakan PAS Pusat mengarahkan exconya tidak meletakkan jawatan kerana mahu menyelamatkan Selangor daripada risiko pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) akibat ketiadaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk menjalankan fungsi eksekutif negeri.
"Menuduh exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau percaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu sedar wujudnya peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan terdapat sekurang-kurangnya empat orang exco bagi memastikan kerajaan negeri terus dapat berfungsi seperti biasa.
"Kepimpinan PAS sebelum ini beberapa kali memberikan penjelasan di atas tindakan tersebut yang dibuat, namun kelihatan Setiausaha Agung DAP memilih untuk terus menyerang PAS di khalayak ramai," katanya.
Beliau mengulas tentang kenyataan Lim semalam yang menyifatkan empat exco PAS melakukan pengkhianatan terhadap prinsip solidariti dan setiakawan bersama dengan enam lagi bekas exco DAP dan PKR.
Empat exco terbabit; Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi mematuhi arahan PAS Pusat untuk tidak meletakkan jawatan selepas exco lain dipecat Khalid pada 12 Ogos lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menggesa Lim supaya menghentikan serangan sesama sendiri yang tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.
Katanya, sebarang perbezaan dan persengketaan yang wujud terutamnaya membabitkan kemelut politik Selangor mestilah diselesaikan menurut kaedah yang harmoni agar keyakinan rakyat tidak terus tergugat.
"Dengan pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang turut disokong sepenuhnya oleh semua parti komponen PR, maka kerajaan Selangor dan seluruh jentera PR wajib bergerak ke hadapan bagi memastikan agenda pembelaan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya.
Sementara itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, disebalik tuduhan pengkhianat yang dilemparkan Lim, mereka sebaliknya mempertahankan kepentingan PR dalam kerajaan sepanjang tempoh krisis.
"Contohnya mereka memastikan perkhidmatan Ahli Majlis PKR dan DAP diteruskan dan semua program yang dirancang oleh exco yang diberhentikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar.
"Empat orang exco ini juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno apabila menyatakan akan meletakkan jawatan jika Umno dibawa masuk ke dalam kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.
Namun menurut Iskandar, sekarang bukanlah masanya untuk memandang ke belakang tetapi untuk melangkah ke hadapan dan berusaha untuk mengembalikan keyakinan penuh rakyat terhadap PR.
Mengulas pelantikan Azmin, Iskandar berkata ini masanya untuk kembali meletakkan perjuangan memartabatkan rakyat di pentas utama dan berharap prestasi cemerlang yang dicapai di bawah pentadbiran Khalid akan dapat diteruskan.
"Bagi pihak empat exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak," katanya. – 23 September, 2014.

22 comments:

  1. Alahai x abis2 lg korg nk hentam pas..?dh dpt jd mb pn nk bising lg..apa punya sial la korg nie...smua tindakan yg pas bt korg nk komen..x kan pemimpin2 pas nk diam dan angguk je bila exco diaorg dihina dan di maki x abis2...? Klu smua exco pas 4 org tue letak jawatan agak2 blh settle mcmtue jer ke sultan nk lantik kak wan jd mb? Tetap sama jugak la ngok kompom sultan x lantik kak wan punya jd mb jugak...exco 4 org tue ikut apa yg parti dia suruh buat..mcmtue la jgk yb Kajang ikot apa yg parti dia arahkan suruh bt...x kan exco tue partinya pas nak ikot apa yg parti org lain suruh????

    Walaupn 2 org yb dari pas sokong kak wan itu pendapat diaorg..x apa la...x salah jgk..Setiap org ada pendapat dan pandangannya msing2...ckup2 la asyik nk menyalahkan org saja...smua peluru menghala pd rakan sndiri..bila peluru tue ditangkis dan kdg2 di balas bom pula yg korg bg pd pas...sudah la...ckup la..dgn politik yg x berkesudahan..x ada manfaat apa2 pon...!nk tukar mb pn dah dpt...nk jd mb pn dh dpt..nak apa lg di maki2 pas tue..? Buat dosa je...pemimpin2 pas pn ada hak jugak mempertahankan maruah diaorg..Walaupn ada juga yg salah dan silap..Walaupn ada yg x btl..Walaupn ada yg tidak enak...tp bila lama2 korg asyik hentam pas je..aku pn naik meluat dan jd mnyampah dgn korg blogger2 pasan bgs nie...stakat menulis je la yg korg pandai...padahal habuk apa pn taraakkk...duk dpn komputer hentam org itu org ini....

    ReplyDelete
  2. Bubar DUN lebih baik daripada 4 Exco PAS ini bermuka-muka dengan Khalid yang bercadang mendapatkan sokongan 12 ADUN UMNO (seperti di rancangkan dengan Muhyiden Yasin). 4 Exco PAS ini juga berasa bangga berkerja dengan ADUN Bebas (Khalid) yang telah memecat rakan-rakan Exco mereka dalam PR. Tok sah dok kira cakap Mahfuz tu, dia tu macam burung kaka tua aje, bukan pandai nak cari hujah sendiri cuma pandai ulang apa yang orang lain cakap sahaja (copy and paste), tapi bila kita hujahkan dia dengan fakta tetap maka terkunci terus mulut dia ini(bahasa Inggeris pun tahap budak Tadika). Jumpakan dia dengan Saifuddin Nasution atau Ismadi, biar berbuih mulut Mahfuz ini nak menjawap....Cubalah tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..nk lawan mahfuz konon...dia xyah bg hujah pun pkr dh kalah...

      Delete
  3. Penyelamat sebenar PR Selangor ialah 2 adun yg sokong WAWI. Yg 4 exco ni umpama tersepit telor, tak dapat nak agak mainan TGHH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut ler wawi jadi mb.kah.kah.kah.asalpkr dari umno.sama dna.makna nya sama sama bahlol.

      Delete
  4. Mamfus ni pun bengong, exco PKR dan Dap di pecat lah barua........kenapa exco pas tak letak jawatan......kata dalam PR.......masa tu khalid tak da parti ngong? Bangkai gajah Pun nak tutup ka.? Sudahlah Pas........barua lah nko semua macamana haji membarua kan sahabat kita semua! PR14 tak jauh untuk pas taubat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih.kih.kih.kih.baruadgn dna umno membahlolkan diri.sedor ler diri sendiri bahlolbarua oi.azmin tu pun PAS yg calunkan.jika tiada pencalunan dari PAS,jgn mimpi ler azmin tu mb.nak tunggu pkr calunkan,sori ler.bangang sungguh bebahlol dari pkr nie.

      Delete
  5. SAYONARA buat PAS di Pengkalan Kubor...kerana pulut santan binasa...kerana mulut fullamak binasa...

    ReplyDelete
  6. cukup lh maki hamun itu ini lah masing masing dgn pandagan dan idea yg hanya bersandarkan surat kabar Internet..yg belum pasti kebenarannya...

    Untuk apa lagi MB dah dapat.,x kira lah siapa yg penting PR tetap memerintah Selangor..Alhamdullilah.

    Skg mari kita fikirkan...

    Mengapa ruang Solat di Masjid Surau..pada tiap tiap waktu masih kosong..

    Utk dpat dua tiga saf pun payah..terutama waktu Subuh n Asar....

    Cer kita perah kepala atau akal kita kenapa jadi macam tue dan apa yang telah kita lakukan utk menjadikan Masjid Surau senantiasa penuh atau ramai..pada setiap waktu..

    Cakap pasal Politik Hebat ngpe x ajak kawan kawan kenalan jiran seperti org Tablig buat(Bukan ikut Tablig)...sekurang kurang nya kita berusaha ke arah memakmurkan Masjid n Surau...

    Ini yang jadi kebiasaan ..bila solat org yg sama saja muka muka tur lah yg senantiasa ada...

    Yg hebat becakap belum tentu ada usaha nk buat perkara ini walhal ini lebih Afdal..dari kutuk Haji Hadi..PAS lah..PKR lah..UMNO lah..DAP lah..

    Esok bila Roh di angkat ke langit Allah x tanya..siapa Pemimpin PAS,UMNO,PKR,DAP..Allah akan tanya tentang solat kita..

    So...cukup cukup lah ..hal MB...dwang dah dapat apa yg mereka mahu..Kita?esok kita ,mcm tue gek pegi keje,,,kena isi minyak sendiri,bayar Tol sendiri,makan pun kena kelue duit poket sendiri...

    hihi

    Jgn Mareee ek..

    ReplyDelete
  7. Itu lah menunjukkan PAS ni tiada solidariti dengan PR ..... nak memperbodohkan rakyat , agak-agaklah .
    Kami setuju yang 2 ADUN tu adalah wira sejati yang memperkukuhkan PR .

    ReplyDelete
  8. Fadzil mohd.beginikah cara tok guru kau mengajar?tak seampai 10 ayat kau tulis perkataan SIAL dah keluar.kau maki semua orang selain dari Pas,kesian mak ayah kau ajar dari kecik dan tok guru kau ajar supaya mengeluarkan perkataan yang elok.kalau begini sikap orang pas sorrryyyyyyy lah pas nak dapat sokongan orang lain selain kau dan peminpin ulamak jumud kau.

    ReplyDelete
  9. Mahfusssssss. janagan tidur di siang hari.bila bangun nanti dah mamai.septutnya bila bangun basuh muka tengok cermin dulu.aku ni dah sedar ke belum.kemudian baru buat ulasan di atas fkiran yang matang,samada unutng tak kalau aku ulas atau akan terkena batang hidung aku.ni tak terus je komen.terima padah

    ReplyDelete
  10. Undi saya tetap ABU dan ABUg.

    Terima kaseh pada 2 adun penyelamat Selangorku.

    ABU ABUg.

    ReplyDelete
  11. temberang lebih..penyelamat kerajaan pr konon. pembuburan adun dengan perletakan jawatan exco..senang kalau macam tu nak bubar adun..alasan yg dangkal

    ReplyDelete
  12. Anon mana ko tau aku org pas..?? Aku komen sbb aku ksian memanjang korg maki pas..amboi aku baru ckp sial...yg korg mcm2 bahasa lebih kesat xpa plak...haha..bila org ckp bhs ka sat skit tau plak ko mrh...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memalukan aje.mb dari pkr yg mana bukan pkr calunkan.nasib baik PAS yg calunkan.tu pun pencacai pkr yg haprak tak sedor diri.bangang lagi sial pemimpin pkr nie.azmin pun depa tak calunkan sebagai mb.bila dah dilantik,melompat sakan para pencacai nie,kunun nya mb dari pkr.mcm sial pkr nir.

      Delete
  13. Dlm UMNO,kejujuran dan keikhlasan ialah bila pemimpin melakukan penipuan dan tidak dapat dibuktikan, maka itulah kejujuran. Sementara amanah pula ialah beri habuan kepada rakyat, dan ada bahagian untuk pemimpin, dan biasanya lebih besar bahagian itu berbanding bahagian utk rakyat, maka ini pengertian UMNO ttg amanah. Sementara keberanian versi UMNO ialah menghentam pembangkang di media arus perdana, dan pembangkang x diberi ruang utk menjawab menggunakan media yg sama.

    ReplyDelete
  14. PAS Parti Politik Bahalol.

    Rakyat Selangor rata rata lebih mahu kan Pilihan Raya baru daripada dapat pemimpin MB dan Exco kualiti otak yang benggap.

    Sudah pasti rakyat waras , bijak lagi ber pendidikan tidak mahu orang orang munafik ala barua makan duit cukai rakyat selangor.

    Biar lah yang bahalol ber tapak ber kumpul di tepian laut china selatan tangkap udang.

    Buat habis beras saja , rakyat mahu kan Wan Azizah itu Doktor betul , lebih bijak walau pompuan. Tengok saja German dengan Angela Merkel lebih baik beribu ribu kali dari Najis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angela Merkel bukan sebarang wanita. Beliau adalah chancellor German aka PM wanita pertama. Beliau menjadi PM wanita pertama kepada german yang merupakan ekonomi terbesar dan terkukuh di Eropah.

      Beliau mempunyai Phd dalam fizik dari Universitu lipzig. Beliau bukan orang lama dalam politik. Sebelum in beliau bekerja quantum chemist sebelum memasuki politik pada tahun 1989, ia itu selepas penyatuan German Barat dan German Timur.

      Jadi, jangan pandang rendah kepada kemampuan DSWAWI. Beliau juga mempunyai kelayakan akademik yang jauh lebih baik dari kebanyakan ahli-ahli politik yang ada. Kelayakan akademik dibidang perubatan, fizik dsbnya melambangkan kemampuan berfikir yang tinggi. Kita tengok ramai ahli2 politik yang tidak mampu berfikir seperti Bung Mokhtar.

      Bagi p3ncemuh DSWAWI, apa pencapaian akademik anda? Kemampuan berfikir seperti Bung Mokhtar ini kita boleh lihat dari idea dan tindakan. Orang kata berbeza orang yang IQ rendah dengan orang yang mempunyai IQ yang tinggi.

      Wallahualam

      Delete
  15. org marah tandanya sayang.

    ReplyDelete
  16. Baguslah ambil "statement" tu bahawa Azmin Ali telah dipilih oleh PAS melalui mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan pada 17 dan 25 Ogos. Memang PAS dan Sultan amat...amat...amat berjasa kepada Azmin Ali dan rakyat Selangor. Seandainya selepas ini jika Azmin sama macam Khalid Brahim atau lebih korupsi dari Khalid Brahim, maka ibu-ibu, bapak-bapak, kakak-kakak, adik-adik semuanya tolong jangan salahkan Anwar atau PKR ye...... Politik adalah persepsi dan semuanya berkemungkinan dan tiada yang mustahil dalam politik. Maka tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  17. Ha ha semua dah kena main ngan DSAI & Rafizi. Langkah Kajang sebenarnya nak jadikan Azmin Ali jadi MB. Kalau tukar TSKI ngan Azmin agak agaknya Rakyat terima? Ahli PKR pun tak nak terima. Rafizi org paling vokal nak naikkan Azmin jadi MB. Tapi dia mulakan langkah kajang kononnya nak naikkan DSAI jadi MB. Tak dpt DSAI ganti DSWA. Semua org tahu Sultan tak akan terima mereka berdua jadi MB. Tapi diteruskan. PAS takkan terima DSWA jadi MB, DSAI harap mereka akan calun Azmin bagi pihak PKR. DSAI percaya Baginda Sultan takkan terima PAS jadi MB. Azmin jadi MB Pas tak boleh tolak sebab mereka yang cadang, ahli pkr tak boleh tolak sebab bukan PKR yg cadang. .....................langkah kajang berjaya............. ART OF WAR / 36 STRATAGEM.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa