Adakah Rasulallah dan para sahabatnya (khulafa urrasyidin) membina agama dan seterusnya membentuk kerajaan dengan cara dan kaedah yahudi sebagaimana amalan kita kini?
Pesan Ulama dulu-dulu “Jangan Dekati Pintu Penguasa!” (Politik)
Jangan pulak nanti orang kata belit sama panjang dengan serban!
VP PAS: 'Broker' bukan jual beli dengan wang
mk - 12:36PM - 22 Sep 2014
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkataan "broker" yang disebut Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungannya di muktamar kelmarin tidak merujuk urusan "jual beli yang menggunakan wang".
Bercakap kepada pemberita di markas PAS di Pengkalan Kubor, Tuan Ibrahim sebaliknya berkata ucapan itu merujuk kepada maruah yang mudah untuk dijual beli."Ucapan itu bukan bermakna beli dengan duit. Beli itu bermakna maruah diri. Harga diri kita jangan mudah dibeli. Itu saya rasa apa yang dimaksudkan presiden," katanya.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar dua ADUN berkenaan berjumpa dengan Hadi bagi menyelesaikan perselisihan faham berkenaan.
"Saya fikir, sebagai ahli parti dan wakil rakyat yang daripada parti mereka perlu bertemu dengan presiden itu jalan terbaik. Saya fikir jalan terbaik juga jangan menggunakan media," katanya lagi.
Tuan Ibrahim menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan ADUN PAS Saari Sungib yang mencabar Abdul Hadi mengemukakan bukti beliau “dibeli” oleh PKR kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar.
Sambil menjelaskan panggilan itu tidak merujuk kepada PKR, Tuan Ibrahim berkata ia sebagai "kritikan" terhadap dua wakil rakyatnya yang perlu taat kepada pemimpin parti.
"Tak tuju pada PKR. Itu kritikan pada calon kita. Dua ADUN tersebut. Bukan pada PKR. Saya fikir itu luahan hati seorang presiden parti yang melihat bahawa seorang ahli perlu taat pada parti.
"Bila diluar daripada kebenaran parti, seorang ayah akan tegur anaknya. Jadi presiden parti ada hak untuk tegur. (Mereka) perlu berlapang dada dengan teguran. Ia demi kebaikkan," katanya.
Aku tambah santai sikit: Tergelak aku dengan tajuk sinis pada N3 di blog Helen Ang ni
Photos: How a PAS man got porky fried
Korang nak baca korang pergilah ke link kat atas ni
Sebenarnya aku pun tak tahu Helen mengadap kiblat mana sebab aku tengok semua dia hentam tapi paling teruk DAP
Korang nak baca korang pergilah ke link kat atas ni
Sebenarnya aku pun tak tahu Helen mengadap kiblat mana sebab aku tengok semua dia hentam tapi paling teruk DAP
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteinilah bahana mulut jd binasa...ucapan menjatuhkan maruah dan keaiban kepada mereka sendiri...ulama terus dipandang hina diseluruh pelosok dunia gara2 tindakan paling bodoh dimainkan oleh mereka yang mengaku alim ulama faqeh...emosi menjadi sandaran...ingatlah kamu semua bukan maksum...ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah..dah kutuk dan label orang tu khianat barua broker baru nak suruh jumpa...nampak sangat tuduhan desparado tanpa bukti hanya nafsu amarah jadi fatwa dan sandaran...ajaran apakah ini????
ReplyDeleteSesungguh nya rugi lah orang orang yang hidup menongkat langit , menjaja ayat ayat Quran untuk membuat ke untungan yang sedikit.
ReplyDeleteKalau sudah munafik menipu sekali , sampai bila bila tetap menipu. Bak kata Tok Guru Nik Aziz , di patuk sekali boleh di terima tetapi bodoh lah jika di patuk kali kedua oleh orang yang sama....
PAS Parti Munafik ke tidak , Tuan Haji sendiri tahu kan.....????
Hihihi..lawak2..
ReplyDeleteNk tye skit je,dulu2 mak n bpk dorg biase pggl dorg ni barua n broker kot..
Kemon la ustazzzz,mne ade mak n bpk pggil ank2 cmtu..nk bg perumpamaan pn biar lah lojik skit..
x tau la kot org ganu pgglan manje utk ank2 mcm tuu..
Presiden tegur kena brlapang dada. Kita tegur presiden..presiden sempit dada...PAs parti lawak...!!
ReplyDeletePresideng bukan tegur... tapi maki hamun kerana tak dapat kawal marah keran 2 ADUN gagalkan PAS dari bercengkerama dengam HAMNO..hahaha
DeleteKalau dibiarkan sekularisma je berpolitik, lagi bertambah sasau le. Pemimpin tertinggi UMNO x de seorang pun yg ulamak, bolehke nak jadi pejuang Islam. Yg pasti mereka itu beriman dgn sekularisma. Tentu Islam yg sebenar dan ulamak menjadi halangan utk mereka berkuasa sewenang wenangnya, lantas ulamak mesti diganyang secukupnya bila ada peluang. Na'zubillah.
ReplyDeleteyahudi pun kalah dgn puakx serban dlm pas nih. betoix malu...
ReplyDeleteSalam Mountweller
ReplyDeleteOmputih kata "Look before you leap." Tapi ramai di antara kita lompat dulu. Sedor2 dah jatuh ke dalam lubang.
Penjelasan langsung tak masuk akal.
Tak payah nak jelaskan...
Kenapa pulak Barua tu melatah/meroyan pulaknya.Kata Orang tua2 'siapa makan cili dialah yg terasa pedasnya'. Bangkali lada burong agaknya..pedas pelik nah ni!
ReplyDeleteaznan eusoff
ReplyDeleteItulah sebenarnya beban berat bagi seorang pemimpin - pakailah kasut nanti terkena duri!
Anon 3:03 PM
ReplyDeleteMemang PAS tidak munafiq kerana PAS hanyalah sebua pertubuhan dan setakat ini belum lagi di bawa ke jurang itu oleh pemimpin sebelum ini!
W'salam Yong Intan Noor
ReplyDeleteBetul Yong
Penjelasan yang tidak ada klas langsung!
"Look before you leap." itu orang puteh kata. Macam saya pesan kat geng-geng rekreasi pula "Sebelum langkah kayu tumbang intai dulu takut ada ular atau penyengat di sebelah sana"
Itulah Yong, kalau dah terperosok ke dalam lubang susahlah. Kalau lubang berair limbah ok lagi tapi kalau berduri dan berkaca, kankah naya?
Tak pernah dengar plak BROKER tak nak duit. tapi sebagai orang tengah menyelesaikan perbalahan tu adalah dengar, tu buat kerja ikhlas.
ReplyDeleteHarap2 IbuBapa generasi akan datang janganlah buat edisi Broker dan Barua sebagai kata ganti diri untuk keturunan.
Nasihatkan Tuan Brahim ni supaya muhasabah diri dahulu sebelum nak mempertahankan Presideng yang dah "lalok" (kena sihir UMNO). Sudah 2 penggal kalah kat Jengka Pusat walaupun promosi PAS macam nak gila kepada beliau (maklumlah bekas Pensyarah UiTM konon...). Mendengar rungutan daripada penduduk serta jiran lama beliau menceritakan bahawa perangai individu ini dan keluarganya tidak ubah seperti Menteri dan Ketua Bahagian UMNO, tukar kereta setiap bulan - gaya hidup yang bermewah-mewah kalah Syed Mokhtar Al-Bukhori lagi. Kalau sesiapa yang pernah berurusan dengan beliau maka cukup tahu bahawa individu inilah yang cukup susah menepati janji (bukan fitnah), ini memang realiti... Individu ini langsung tidak prihatin terhadap orang bawahannya tetapi hanya kuat mengipas dan mengampu orang atasannya sahaja tak lain adalah untuk berkuasa (berstatus Ulama tetapi lebih sesuai menjadi Ketua Bahagian UMNO). Tuan Guru Nik Abd Aziz adalah ulama yang amat dihormati dan disegani di negara ini, tetapi kenapa anak dan anak saudara beliau ini cukup kuat sikap "munafik-nya"? Realitinya semua boleh ditutup dengan "nyiru" bila berserban dan bernaung di bawah parti berjenama Islam.
ReplyDeleteTerlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya. Pandai putar jugak PAS ni. Menyesal aku undi..
ReplyDeleteUstaz ni pun satu, komen macam orang di bawah ni semua orang bodoh-bodoh belaka dan pandang rendah macam kiasan pak cik yang bertanya tentang nama MB. Tolonglah... ustaz jangan ingat kamu tu saja pandai. Yang menjual candol ke, yang jual kacang putih ke, yang pak cik yang mana-mana bertanya tentang nama MB ke, tolong jangan pandang rendah dan anggap mereka tu bodoh. Mereka bertanya sebab mereka mengundi dan tahu siapa mahu dijadikan MB dan mahu Pakatan Rakyat terus memerintah. Jangan bodohkan semua orang yang di akar umbi ni kononnya tak faham beli tu bukan duit saja dan bermaksud harga diri dan maruah diri. Dia juga boleh bermakna jawatan-jawatan yang melantik kaum kerabat dan agihan jumlah saham-saham yang banyak diberikan tanpa sebab munasabah. Teror ustaz-ustaz ni boleh tau ikut siapa masuk neraka. Akhir-akhir zaman ni PENDAKWAH-PENDAKWAH yang akan duduk dekat pintu neraka dan yang akan tipu dan heret orang ramai masuk neraka kerana mempersonakan.
ReplyDeleteDah jumpa 2 org " broker & barua" pas utk pkr. Brapa org pulak " broker n barua" pas utk umno ???
ReplyDeleteTak baik buruk sangka, haji hadi sudah sampai ke tahap sufi, tunggu nak melangkah masuk ke syurga aje. Apa yg diungkapkan penuh dgn hikmah dan memerlukan kefahaman bahasa melayu dan arab yang amat baik untuk mentafsirkan kata-kata keramat beliau. Tafsiran broker,barua, dibeli, kalau dihurai oleh golongan pak lebai kopiah longgar UG parti islam mahu boleh dapat 2-3 lori kitab yang ditulis. Tunggulah kitab tafsir berkenaan broker & barua yg bakal dikeluarkan. Sesiapa yg menyanggah, alamat burutlah dia punya....
ReplyDeleteada jugak dlm pas spesis hasang malik..
ReplyDeletePirahhh Tuan Man
ReplyDeleteHj Hadi jiwanya serta maruaj diri hanya dibeli oleh TSKI demfan menawarkan Din Ayam suatu jawatan yang tak sebesarmana pun dalam Kumpulan Peransang, cuma adalah peruntukan saham specisl sebsgai imbuhan duniawi.
Akibatnya sampai punah ranah lingkop PAS dek barua barua ni.
Masih lagi nak mmbela tauke yang menyeleweng...buang la serban tu tuan man....pakai topi koboi pulak pastu hang cakap la apa nak cakap
Mengapa Hadi Awang tak pernah jawab cabaran? Kenapa Tuan Ibrahjm pulak tolong jawab? Hadi Awang tak faham soalan ke? Atau dah tersalah cakap kerana nafsu menguasai akal? Feel khuda dan kominih pung orang lain tolong jawab.... tolonglah Hadi Awang jangan wat malu kompeni....
ReplyDeletepresiden parti didahulukan atau kepentingan rakyat selangor dahulu. orang yang mengaku partinya islam mesti tahu bila nak kata tegas bila nak berlembut , bercakap di hadapan orang awam menggunakan perkataan yang sesuai. bila perlu mintak maaf, maka katakanlah seikhlas hati. ingat kita bukan maksum. al quran dan hadis pakaian orang islam.
ReplyDeleteMenagpa tiba-tiba tuan man ni membela Hj.hadi dan memberi pengertian sendiri.Ustaz fikir masyarakat sekarang ni buta ilmu ke.tak faham apa Hj.hadi tuduh ornag.Biarkan Hj.Hadi sendir yang menjelaskan kepada Saari Sungip.Sengaja cari hal untuk orang kutuk ustaz pulak,kalau ustad diam taklah kena basuh macam ni.tapi dah kena ni terimalah dengan hati terbua.Itu belum lagi terbuka apa cerita smpai ke Mancester.Lain kali ustaz kena ingat pesanan ustaz sendiri,kalau nak tukar tayar kereta bila jack kereta biar tayar je boleh cabut jangan jack sampai kereta terbalik.tiba ustaz pulak jack smpai terbalik kereta,ha.terimalah padahnya.
ReplyDeleteUG dah makin hari makin nyanyuk:
ReplyDeletePAS perlu reformasi.
Hari 2 tambah dosa ,
Takyah ikut sesat , tak rugi pun tolak
Golongan2 tak boleh pakai langsung
Idea mereka,
Cuma selalu ambil idea org