Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 29, 2014

Nik Aziz: Walau Pun Uzur, Fikiranya Masih Utuh Dan Tajam

Cuma tak tahulah Utusan menulis benar-benar seratus peratus apa yang keluar dari mulut Nik Aziz

Rasa kecewa itu ada - Nik Aziz
Banyak pihak yang melihat kemelut politik di Selangor meletakkan Pas dalam situasi rugi apabila hubungan parti itu dengan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikatakan mula retak. Konflik tersebut juga dikatakan meretakkan anggota dalaman Pas sendiri. Jika tidak dibendung ia mampu memecahbelahkan parti itu memandangkan perselisihan pendapat beberapa kelompok yang wujud dalam Pas semakin ketara.

Paling ketara dengan kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), sebuah badan yang disebut-sebut bakal menjadi ‘Pas baharu’.

Sebagai Mursyidul Am Pas, pasti ramai yang mahu mendengar pendapat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang konflik yang melanda parti Islam itu terutama selepas berakhirnya Muktamar Tahunan Pas Ke-60 yang mencipta pelbagai kejutan baru-baru ini.

Justeru, wartawan Mingguan Malaysia, ZAAIN ZIN dan jurugambar ROSNI MASRI menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu untuk mendapatkan pandangan beliau tentang konflik yang melanda Pas.

Dalam ruang pertemuan yang ringkas di rumahnya, Nik Aziz yang sinonim dengan panggilan ‘Tok Guru’ secara terbuka berkongsi beberapa pandangan yang tidak pernah disampaikan kepada umum sebelum ini.

Antaranya pertembungan golongan profesional dan ulama dalam Pas, kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, kebimbangan beliau terhadap kewujudan ‘broker dan barua’ serta kekecewaannya terhadap Pasma.

MINGGUAN: Apa pandangan Tok Guru apabila Pas sekarang dikatakan berdepan dengan krisis kepemimpinan sehingga membawa kepada perpecahan memandangkan sudah ada pihak mula berani mempersoalkan kredibiliti golongan ulama secara terbuka?

NIK AZIZ: Politik Islam mula dikenali di Tanah Melayu pada tahun 1950-an. Sebelum ini tidak ada politik Islam. Yang ada demokrasi, komunis, sosialis dan sebagainya. Oleh yang demikian, bila politik Islam diperkenalkan di Tanah Melayu dulu, mulalah orang kritik. Yang kritik itu bukan Cina atau kaum lain, tetapi Melayu sendiri. Melayu golongan Eropah, Yahudi (berpendidikan sekular). Bagaimanapun, itu pada awal dan sekarang ini politik Islam telah dipimpin oleh ulama. Golongan ulama ini ialah orang yang berilmu Islam.

Sekarang ini semakin ramai golongan intelektual menyertai Pas. Pada waktu saya mula-mula masuk Pas tahun 1967, ada seorang sahaja intelektual atau orang universiti yang menyokong parti Islam. Keadaan sekarang jauh berbeza kerana sudah ada pensyarah dan doktor, baik doktor perubatan mahupun Ph.D (doktor falsafah) menyokong parti Islam.

Selepas Nabi Muhammad SAW meninggal dunia, di tengah-tengah itu bermacam-macam timbul masalah kepada Islam. Ada sunnah, sunni dan syiah. Di Timur Tengah, ada macam-macam gerakan baik yang benar-benar Islam atau menjadi ejen kepada Amerika untuk timbulkan pecah-belah. Jadi tak pelik kalau perkara sama berlaku di Malaysia.

Apabila berlaku krisis dalaman, individu yang disalahkan ialah Presiden Pas iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau dikatakan pemimpin yang lemah dan perlu diganti, malah pendapat dan keputusan beliau disanggah ahli sendiri. Mungkin sudah sampai masa beliau diganti?

NIK AZIZ: Tok Guru Haji Hadi lemah atau tidak, itu bukan persoalannya. Cuba orang lain ambil alih pucuk pimpinan, macam itu juga jadinya. Akan ada orang tuduh juga. Kalau Hadi undur, mari orang lain (gantikan beliau) kena tuduh juga. Macam-macam tuduhan akan tetap timbul.

Sejak kebelakangan ini, suara ulama terutama Majlis Syura dilihat seakan-akan semakin terpinggir manakala suara profesional semakin didengari dalam Pas. Apa pendapat Tok Guru?

NIK AZIZ: Tidak terpinggir, cuma sebab dia (ulama dan profesional) semakin bersatu. Dia jadi orang sama, yakni ulama itu adalah profesional, profesional itu adalah ulama.

Kalau kita lihat sekarang, perasaan prejudis terhadap kepemimpinan ulama semakin ditunjukkan apabila keputusan dibuat dibantah secara terbuka. Sepatutnya ahli parti menghormati dan mengangkat golongan itu pada tahap sepatutnya dalam parti. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

NIK AZIZ: Tidak, tak betul.

Bagaimana Tok Guru melihat masa depan Pas dan kepimpinan ulama, adakah parti ini akan terus dipimpin oleh ulama atau mungkin berlaku suatu hari nanti situasi di mana kumpulan profesional diangkat sebagai pemimpin tertinggi?

NIK AZIZ: Sekarang ini golongan profesional semakin ramai dalam Pas dan sedikit masa lagi, saya harap orang yang mengajar Matematik (profesional) ialah orang yang sama mengajar agama. Boleh dua-dua.

Saya memang harap boleh jadi macam itu, yang mengajar agama ialah golongan profesional, yang mengajar Matematik ialah ustaz. Ini kerana ustaz dan profesional itu orang sama dalam Islam.

Muktamar Tahunan Pas baru-baru ini menjadi medan kepada akar umbi meluahkan perasaan sedih dan kecewa terhadap pendekatan pemimpin tertentu Pas yang cenderung mengikut telunjuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sejauh mana Tok Guru melihat kebenaran dakwaan mereka itu?

NIK AZIZ: Tak ada sampai macam itu, nak ikut telunjuk macam mana. Pas (ditubuhkan) dulu, Pas wujud tahun 1951, PKR dan DAP tahun berapa? Pas cuma tak banyak bercakap. Lagi pun mahu bercakap banyak buat apa, kita ini sebagai abang. Dua lagi iaitu PKR dan DAP ialah adik. Yang menumpang ialah dua parti itu kerana Pas yang wujud dulu, tahun 1951 lagi.

Dalam tahaluf siyasi, tiada mana-mana parti lebih tinggi atau rendah kedudukannya. Namun apa yang berlaku sekarang, Pas sering diketepikan. Malah Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sudah mengeluarkan kenyataan tahaluf siyasi perlu dikaji semula. Perlukah Pas berbuat demikian termasuk mempertimbangkan cadangan meninggalkan pakatan?

NIK AZIZ: Nak kaji semula tahaluf tidak apa, tetapi nak tinggalkan tahaluf, tidak. Islam sendiri mahukan tahaluf. Pada zaman Nabi Muhammad SAW pun ada tahaluf macam ini. Tahaluf itu diambil daripada baginda sendiri.

Dalam muktamar, Presiden Pas ada sebut tentang golongan ‘broker dan barua’ yang wujud dalam Pas sehingga menjadi musuh dalam selimut yang membahayakan Pas. Adakah benar wujud golongan ini dalam Pas?

NIK AZIZ: Saya tak campur. Dalam mana-mana organisasi pun ada benda tu (broker dan barua). ‘Broker’ ini dalam Islam kita panggil munafik. Golongan munafik inilah ‘broker’. Dalam Islam ada sebut (kewujudan) tiga golongan iaitu mukmin, kafir dan munafik. Tiga kumpulan ini mana-mana pun ada. Jadi dalam mana-mana pertubuhan, tak kira parti ke, korporat ke, semua ada ‘broker’.

Jadi bagaimana Pas mahu memastikan parti bersih daripada golongan ini?

NIK AZIZ: Itu terletak pada iltizam masing-masing. Sama ada mempunyai iltizam atau tidak iltizam.

Selepas ada krisis dalam Pas, sekarang wujud pula badan yang menggelar diri mereka Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma). Pasma ini mendakwa sebagai organisasi yang mahu mengukuhkan hubungan Pas dengan PKR dan DAP. Cara dia adalah cuba mencorak semula pemikiran politik Pas yang dikatakan jumud dan ketinggalan akibat diterajui golongan ulama. Pendek kata, Pasma ini dikatakan bakal jadi Pas ‘baharu’.

NIK AZIZ: Pasma yang timbul ini tidak tahu boleh kata Pas baharu atau tidak, itu dia punya pasal. Saya masuk Pas ketika zaman Datuk Mohd. Asri Muda. Bila UMNO ajak Pas masuk Barisan Nasional (BN), Pas berpecah belah kepada empat. Ada Hamim, Berjasa, Bebas Bersatu dan Pas. Saya antara orang yang menyokong Pas masuk BN, maka saya berada di pihak yang melawan Hamim, Berjasa dan Bebas Bersatu.

Bagaimanapun Alhamdulillah, orang itu semua sudah tidak ada sekarang. Ini semua kerana iltizam, yang kita sebut juga sebagai istiqamah. Pas yang ada sekarang istiqamah dengan perjuangan Islam. Saya tak nampak Pasma boleh gantikan Pas, apatah lagi UMNO, jauh sekali. UMNO yang bawa kebangsaan tidak akan dapat menyelamatkan orang Melayu daripada akhirat. Saya tak bimbang dengan Pasma, tetapi kecewa itu ada.

utusan.com.

15 comments:

  1. betul ke cakap orang tua ni, kalau melayu menentang islam tak da lah cerdik pandai melayu dalam bidang professional doctor, jurutera, juruukur, dan lain lain..tahu atok ni main politik, melayu cuma setakat belajar di pondok, takut belajar sekolah secular jadi kafir..boleh bukti ke sekolah secular jadi kafir, melayu yang celik zaman dia tahu penting nya belajar ugama dan ilmu moden, science, mathematic, English, dsbnya..pelajaran ugama masa atok tu setakat ugama semata mata..soal hidup mati, tapi bukan soal hidup yang di minta oleh ugama..memuliakan islam melayu pelajaran science,mathematic, kejuruteraan, dan lain lain..adakah orang zaman atok ni yang pergi sekolah pondok, ulang orang zaman atok yang pergi sekolah pondok ugama jadi doctor, scientist, jurutera dan sebagai nya..atok ni dah nyanyok..ramai melayu yang maju dalam science, teknologi sebab perjuangan melayu yang sedar untuk survival melayu akan dating..cukup cukup lah memburuk buruk kan melayu atok ooii..jangan lah nyanyok sangat menghentam melayu..

    ReplyDelete
  2. susah nak dapat pengganti macam nik aziz lepas ni, walaupun anak dia sendiri

    ReplyDelete
  3. "UMNO yang bawa kebangsaan tidak akan dapat menyelamatkan orang Melayu daripada akhirat".

    Komen apa dari seorang tok guru yang menganggap UMNO boleh selamatkan melayu.. adakah PAS juga boleh selamatkan melayu di akhirat...adakah PAS sekarang ini yang merosakkan aqidah umat islam dengan ajaran mengkafirkan islam umno,sembahyang dua imam, sembelihan umno islam tak sah, berkawan dengan setan boleh sedangkan jelas allah kata setan adalah musuh yang nyata dan macam macam lagi ajaran PAS boleh selamatkan Melayu..cakap tak boleh pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno memang tak mampu selamatkan melayu diakhirat.ko tu yg tak faham.yg mampu selamat melayu diakhirat adalah iman.tidak pula dinyatakan oleh TGNA pas mampu selamatkan melayu diakhirat.ko yg besarkan isu nie demi kepuasan ko saja.jelas ketololan ko.

      Delete
  4. Soalan-soalan yang dikemukakan berat sebelah....memancing jawapan supaya golongan progresif dalam PAS disalahkan dalam krisis dalaman yang berlaku sekarang. Tapi TGNA bukanlah sehari dua berpolitik....pasti kecewa wartawan belaan hamngok tersebut dengan jawapan secara am oleh TGNA.

    Siap tanya bagaimanakah cara nak bersihkan parti dari golongan penentang UG. Bersihksn hamngok dari perasuah tegar dulu la....sejak bila kau orang sanjung kepimpinan ulamak

    ReplyDelete
  5. Tok guru bijak menjawab soalan provokasi yg digubah sedemikian rupa.
    Cuba lihat kembali kebanyakan yang dipusing-pusing kalimat'ulama dan profesional' yang tidak seiring!Tapi bijaknya TGNA tidak terperangkap dengan soalan tersebut!

    ReplyDelete
  6. soal rasuah berlaku di mana mana, adakah memberi Tanah kepada DAP untuk kompromi MB perak tidak rasuah, adakah zaman hadi memberi Tanah kepada kerabat semasa mentadbir trengganu bukan rasuah..siapa yang tidak ikhlas menjalankan amanah allah sebab kedudukan adalah rasuah...rasuah politik tak Nampak tapi rasuah adalah rasuah..

    ReplyDelete
  7. MALANG SEKALI NASIB ORANG MELAYU DAPAT PEMIMPIN MACAM NIK AZIZ. SAMPAI SEKARANG KELANTAN TAK MAJU2.HARI NI PAS PULA DILANDA BENCANA, DIHINA DAN DIJADIKAN KALDAI DAN ANJING DAP DAN PKR.HUKUM HUDUD SAMPAI SEKARNG TAK BERANI DILAKSANAKAN. KALAU MENGHUKUM UMNO CUKUP HEBAT. PAS DIHUJUNG ZAMAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:03

      Tak adil kata Kelantan tak maju2. Kita kena tahu sejarah sedikit untuk berlaku adil.

      Kelantan pernah diperintah oleh UMNO dari 1978 - 1990, selama 12 tahun. Sebelum itu PAS memerintah Kelantan dari tahun 1959 - 1978, selama 19 tahun.

      Pemerintahan UMNO selama 12 tahun itu merangkumi hampir 3 RMK. Jika UMNO betul ikhlas dan adil didalam membangun negeri Kelsntan, mereka sepatutnya sudah berjaya membangun Kelantan. Hakikatnya UMNO juga tidak membangun Kelantan.

      P3mbangunan 3konomi di kelantan seperti di Terengganu sukar dilakukan tanpa melibatkan kos yang tinggi dan jangkamasa yang panjang. Salah satu adalah masaalah sistem pengangkutan berdaya komersial hampir tidak ada. Pasarana seperti pelabuhan juga tiada. Modal insan memang tinggi tetapi faktor2 3konomi yang lain m3ny3babkan pembangunan jangka pendek sukar. Ini realiti.Bukan sahaja PAS GAGAL. UMNO JUGA GAGAL MEMBANGUNKAN NEGERI KELANTAN. ITU HAKIKAT YANG ADA.

      Satu lagi kekangan yang dihadapi oleh kerajaan negeri yang dipimpin baik oleh PAS dan UMNO di Kelantan ialah hasil pendapatan negeri yang terlalu kecil yang mengikat sejauh mana pembangunan bol3h dibuat. Hasil utama negeri Kelantan kalau tidak silap saya ialah dari balak. Berapa banyak balak ditebang setahun? N3gara kita ada polisi dimana setiap negeri mempunyai kuota untuk m3mbalak.

      Sebenarnya jika royalti minyak diberi k3pada kerajaan n3geri Kelantan saya p3rcaya kerajaan TGNA mampu m3mbangunkan negeri Kelantan dengan l3bih baik. Saya tak jamin kerajaan Nik Amar/Ahmad Yaakob mampu s3baik kerajaan TGNA.

      Dalam keadaan p3ndapatan negeri yang amat terhad, kerajaan TGNA berjaya membawa perubahan kepada negeri Kelantan. Dalam 15 tahun terakhir, kitq lihat banyak pusat-pusat komersil dibangunkan dimerata daerah menggunakan dasar PFI. Antara pusat komersil ini yang kita s3mua tahu ialah KAWASAN WAKAF CHE Y3H.

      Betul kerajaan TGNA tidak be4jaya membina LOT 10 atau KLCC di Kelantan. Tetapi usaha yang kecil ini sedikit sebanyak membuka satu lorong ekonomi bagi negeri Kelantan. Lihat sahaja perniagaan-pe4niagaan yang tumbuh di Wakaf Che Y3h. Sebahagian besar peniaga2 disini terdiri dari orang melayu. Mereka m3ndominasi pe4niagaan disini dan mampu bersaing dengan peniaga cina.

      Now perk3mbangan ini kita tidak lihat di Ter3ngganu sedangkan kerajaan negeri Terengganu mempunyai kedudukan kewangan yang l3bih baik.

      Delete
  8. Sudah tentulah nik aziz bagi komen secara am sajaaa....takkan la dia nak bagi peluru pada musuh politik !

    ReplyDelete
  9. "Tok Guru Haji Hadi lemah atau tidak, itu bukan persoalannya".

    Kalau bukan itu persoalannya, adakah kemelut parti daripada ahli akar umbi PAS yang lemah dan membuat keputusan flip-flop dan U-turn yang menyusahkan semua ahli dan rakyat? Tak ubah juga perangai TGNA ini dengan pemimpin UMNO yang selalu mempertahankan menteri mereka walaupun membuat perkara zalim dan korupsi terhadap rakyat dan negara, maka tetap dipertahankan oleh mereka, maka apa bezanya pemimpin dari kalangan UMNO dan Ulama PAS?

    "Pas wujud tahun 1951, PKR dan DAP tahun berapa? Pas cuma tak banyak bercakap. Lagi pun mahu bercakap banyak buat apa, kita ini sebagai abang. Dua lagi iaitu PKR dan DAP ialah adik. Yang menumpang ialah dua parti itu kerana Pas yang wujud dulu, tahun 1951 lagi".

    PKR dan DAP tak minta duit poket dan beras pun kat PAS - Yang banyak cakap adalah dari PAS, TGNA oiiiii! Bukannya dari PKR dan DAP. Lihatlah betapa egonya Ulama nak berkawan dengan pemimpin lain rupanya. bercakap meninggi diri dan macam tak perlukan rakan lagi. Asyik dok pukul belakang sahaja tetapi kata nak berkawan? Kalau PAS rasa dah lama dan yang lama itu betul dan kuat, maka buat apa kita sokong PAS lagi? Sokonglah UMNO kerana UMNO lebih lama ditubuhkan dari PAS dan berjaya berunding bagi kemerdekaan Tanah Melayu, PAS ada jasa kah? PAS pun bukannya Agama, tetapi hanya sebuah parti politik di bawah Suruhanjaya Lord Reid (berbangsa Yahudi). Pimpinan Ulama hanyalah retorik dari revolusi Iran - Adakah dalam Islam wajib melantik yang bertitle Ulama menjadi pemimpin?

    ReplyDelete
  10. soalan dari barua & broker umporno kah kah kah ! ABU !

    ReplyDelete
  11. PAS adalah Jenama Nik Aziz.

    Tanpa Nik Aziz , PAS akan hilang di bumi bila ramai melayu melayu jadi drebar , pak guard , nelayan daratan , dan pengemis.

    Teringat pulak pada Tuan Guru Dato Seri Pil Pil Kuda tu.....

    ReplyDelete
  12. Pas PKR dan DAP akan kuat bersatu apabila dlm situasi kekalahan tetapi akan terus berkelahi jika dapat menikmati sedikit kemenangan. Perselisihan akan lebih memuncak jika mencapai kemenangan diperingkat Putrajaya. Adalah lebih baik PR senantiasa berada dlm kekalahan demi keutuhan perpaduan ketiga2 parti.

    ReplyDelete
  13. Anon 8.35am, are you OK?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa