Tiba masa bagi PM dari Malaysia Timur dipilih
Pasukan theantdaily
KOMEN PEMBACA: Saya fikir beberapa komen di sini tersasar dan tidak berasaskan rencana yang ditulis. Kita berbincang tentang polarisasi di antara Malaysia Timur dan Barat, BUKAN perkauman sepertimana komen yang dibuat pembaca.
Sebagai orang Sarawak yang tinggal di Kuala Lumpur selama 20 tahun, saya masih mendengar orang berkata, “Awak dari Sarawak? Saya ke KK minggu lepas”, “Anda perlukan paspot untuk bekerja di KL?”, “Diorang bukan orang Malaysia, tetapi orang Sarawak”.
Selepas 51 tahun, masih tak faham lagi? – Linna Chin
Sungkhen Liew: Saya setuju dengan awak. Saya masih ingat ketika saya ke KL tahun lalu. Seorang lelaki memberitahu saya dia pernah ke Sandakan, tetapi belum sampai ke SABAH!
Annette Grace: Jangan lupa soalan “tinggal atas pokok”. Ya, masih berlaku selepas 51 tahun.
Wilson Chang: Kita berbeza daripada mereka. Mungkin sudah sampai masa seorang Perdana Menteri dipilih dari warga Sabah. Kita boleh saksikan hasilnya. Masa bagi Malaysia Timur mempengaruhi lanskap politik Malaysia.
Patrick Kennedy Barker: Pemimpin hari ini naif dan tidak tahu apa-apa, itu sebab kita bermasalah. Kita bumiputera di Sarawak saja.
Hock Teck Lee: Pengagihan kekayaan negara yang berat sebelah menghasilkan rasa kurang senang. Lebih elok parti yang memerintah sedar perkara ini dan membetulkan keadaan sambil meredakan ketegangan di antara Timur dan Barat.
Kai Lun Shim: Jika Sabah dan Sarawak tidak menghasilkan minyak, kita tidak dipandang Malaya. Warga Sabah perlu sedar adat dan tanah kita hanya bagi orang Sabah. Saya orang Sabah. Saya ingat lagi Tun Fuad Stephens berkata “Sabah untuk orang Sabah”.
Dom Mesa: Kita tidak gembira. Ada yang gembira kerana mereka meraih keuntungan tetapi yang lain tidak mendapat apa-apa.
Komen pembaca ini terhasil bagi rencana “50 years plus, East is east and West is west”.
PR di malaya menyokong anda.....namun pihak anda sendiri menolak kami. Munkin sudah sampai masanya anda sendiri PERLU menolak BN.........anda boleh!
ReplyDeleteSemua komen dari orang mata sepet patut laa
ReplyDelete