Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 23, 2014

Kupasan Menarik: Perlantikan Azmin Sebagai MB Selangor

Walaupun Kemelut Berakhir, Pas Tetap Rugi
Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali akhirnya sah menjadi Menteri Besar yang baru bagi negeri Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Beliau telah pun menerima surat perlantikannya dari Istana Selangor petang tadi dan akan mengangkat sumpah jam 10.30 pagi esok.

Perlantikan Azmin juga akhirnya diterima sebulat suara oleh PKR yang bermesyuarat petang tadi dan Majlis Pimpinan PR yang bermesyuarat malam ini juga menerima perlantikan itu, seiring dengan pengumuman Dr Wan Azizah untuk menarik diri daripada pencalonan. Ini bermakna sokongan 30 Adun juga turut berpindah kepada Azmin.

Dengan ini, berakhirnya kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu. Penerimaan PR terhadap perlantikan yang dibuat oleh Sultan Selangor ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu agar mereka selepas ini boleh terus melangkah ke hadapan menunaikan janji-janji yang masih banyak tertunggak dan juga memajukan lagi negeri itu.

Walaupun Azmin bukanlah calon pilihan PR yang utama, tetapi dari segi kebolehan dan kemampuan menggerakkan lagi jentera parti serta pentadbiran negeri ke arah yang lebih mantap, beliau sebenarnya tidak perlu diragui. Pengalamannya dalam kerajaan sebelum ini dan kesetiaan dalam gerakan reformasi sejak 1998 adalah bekalan terpentingnya untuk terus melangkah ke hadapan selepas ini.

Setelah semua pihak menerima perlantikan Azmin ini, PR juga tentunya akan bersatu kembali selepas ini. PKR dan DAP memang tiada masalah kerana mereka sejak awal lagi bersatu hati dan konsisten dalam isu ini.

Namun yang paling rugi sekali ialah Pas. Walaupun mereka juga menerima perlantikan Azmin ini dan seolah-olah kembali bersatu tetapi kesannya tidaklah begitu. Bukan saja imej Pas terjejas dengan teruk di mata umum berikutan pendiriannya yang tidak konsisten, malah perpecahan sesama sendiri juga akan memakan masa untuk dipulihkan.

Puak "taliban" dan "erdogan" dalam parti itu semakin terserlah permusuhannya dek isu Menteri Besar Selangor ini. Disebabkan kemelut yang sama juga, Pas turut "kehilangan" dua Adunnya sendiri di Selangor iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang sanggup bersikap lebih wala' kepada pihak lain berbanding parti sendiri.

Tetapi mereka terpaksa mengambil tindakan berani itu kerana letih dengan sikap dolak-dalik dan lambatnya Pas dalam membuat keputusan untuk menyelamatkan keadaan. Berjayanya Azmin menjadi Menteri Besar mulai esok sebahagiannya adalah kerana pengorbanan kedua-dua Adun berkenaan, bersama Adun-Adun daripada PKR dan DAP.

13 lagi Adun Pas boleh dikatakan tiada saham dalam perlantikan Azmin ini. Tanpa keberanian Shaari dan Hasnul, mungkin Khalid masih kekal bersilat sekarang ini atau suatu bentuk kerajaan campuran telah pun berjaya diwujudkan di Selangor.

Lebih malang bagi Pas ialah isu Menteri Besar ini telah menjadikan Haji Hadi Awang sebagai bahan cemuhan dan kritikan banyak pihak. Bukan saja masyarakat umum dapat melihat wajah sebenarnya sebagai pemimpin yang selama ini dihormati kerana ilmu agamanya, malah dalam mesyuarat Pas sendiri beliau turut dikritik dan disanggah. Kuasa dan haknya sebagai presiden juga sudah mula menjadi bahan jajaan dan perbualan.

Secara umumnya Haji Hadi tidak lagi dihormati seperti dulu. Kebolehan ulama dalam berpolitik dan mentadbir negara juga turut diragui.

Berbanding dengan PKR yang mendapat kembali kerusi Menteri Besar dan DAP yang tidak rugi apa-apa, Pas ternyata lebih banyak rugi dari untungnya. Bagi PKR, walaupun bukan Dr Wan Azizah yang menjadi Menteri Besar tetapi kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden yang menjadi gantinya, ia tidak mendatangkan banyak perbezaan bagi mereka.

Tetapi selain Pas belum tentu dapat apa-apa, kerugian yang nyata telah pun ada. Di samping perpecahan dalamannya makin ketara, penerimaan umum terhadapnya dan pimpinan ulamanya tidak lagi sama seperti dulu. Pengundi bukan Melayu juga mungkin terpaksa diyakinkan semula untuk terus menyokongnya.

Pepatah biduk lalu, kiambang bertaut seperti memakan masa atau tidak mungkin berlaku terus dalam Pas selepas ini.

Jika tewas di Pengkalan Kubor pada 25 September nanti, lagilah berat beban Pas selepas ini. SH 22/09/2014.


18 comments:

  1. Kupasan menarik????? Ceh tak faham2 apa yang tersirat....ingat Hj Hadi tu bodoh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih.kih.kih.langkah kajang yg tempang.penat para pencacai dendangkan Wan Azizah.penat force team berstatement.lastly azmin gak yg jd mb.jgn lupa kata keramat....Kami tetap pada satu nama sebagai mb.kih.kih.kih.kih.kih.bang nuar jgn lupa pada satu nama tu yea.

      Delete
  2. kerana pulut santan binasa....kerana mulut badan merasa...

    ReplyDelete
  3. Dengan Nama Allah SWT
    Ha...Ha...Ha..PKR cakap tak serupa bikin... Saat akhir bermatian matian kata hanya nama nenek kipas DS Wan Azizah sahja yang di hantar kat Sultan Selangor ? Kenapa pulak nenek kipas tiba tiba sokong Azmin Ali untuk di tabal jadi MB Selangor yang baharu ? Nenek kipas dan suaminya sah memang bebel , kalau dari awal ikut cakat TG Haji Hadi kan senang beri dua nama berbanding satu nama . Sah memang bebel pasangan suami isteri ni , buat rakyat negeri Selangor menyampah.

    ReplyDelete
  4. Hidup lagi Haji "kayu" ini...? Siap dengan mukadimmah Allah.... Tapi tak lebih macam Tuang Presideng juga. Kena main dengan Anwar sahaja.....

    ReplyDelete
  5. Memang tak pandai pun dia tu. Dia buat2 bodoh supaya semua orang percaya kat dia yang dia bodoh. Sebenarnya dia belakon aja supaya semua ahli percaya. Sebenarnya dia dah terikat dengan pemimpin UMNO untuk kepentingan dia sendiri. Pada dia biar Parti atau ahli hancur asalkan kehidupan dia tidak hancur dan dapat hidup senang. Tengok nanti Pilihan Raya Kecil Pangkalan Kubor parti PAS akan diberi kemenangan supaya menambahkan lagi perpecahan dalam PR kerana PAS akan mendabik dada bahawa dengan tiada bantuan dari rakan PR pun dia menang mudah. Sebenarnya itu adalah perancangan UMNO sebagai membalas budi kpd TGHA kerana jasanya telah dapat mengkucarkacirkan PR dari dalam

    ReplyDelete
  6. degil sangat,dari awal hj hadi nk cadangkan azmin jd mb nk kak wan juga...akhirnya,hj hadi juga yg teruk kena balun..

    itu tanda hj hadi terus diuji oleh kawan dan lawan semenjak jd tim pengerusi ulama sedunia...kau ada?

    ReplyDelete
  7. Apa ker hodoh nya budak nie.kih.kih.kih.ingat pkr nak berdemo sebab kak wan tak jd mb.rupa rupa gebang pkr ngan dap nie jer lebey.mangkaq punya lawak dr anwar.mcm.peliaq jer

    ReplyDelete
  8. Tugas anwar memperbetul apa yang tak betul dalam pakatan. Kalau Isterinya menjadi MB tidak menjadi masaalah baginya apa saja yang nak dilakukan atau diubah atau untuk mendapat persetujuan dalam apa hal sekalipun senang tak perlu meminta. Lihat saja apa terjadi kepada TSKI tu.... bila dilarang tak mengindahkan...ikut suka hatinya nak buat apa....nak tunjuk yang dia tahu mentadbir....sedangkan rtanp[a sedar dia telah diperalatkan oleh UMNO.....itulah yang dipanggil bodoh sombong... Lagi pun, kalau anwar yang jadi MB sudah pasti BN tidak akan duduk diam....pasti esok lusa ada tangkapan dibuat untuk percepatkan perbicaraan suapaya anwar dipenjarakan....so disyorkan isterinya..... dia tahu kalau dihantar nama isterinya sudah pasti tak akan diterima umum..tup-tup esok lusa bicara dicepatkan... nak masukkan anwar kepenjara.....so dengan taktik ini... tanpa sedar....Azmin akan dipilih......kerana kerusi pasti untuk PKR jadi siapa yang lebih layak kalau bukan Azmin....akhirnya, tidak ada persoalan lagi yang timbul.... kerana memang Anwar sudah berusaha keras untuk menaikkan Azmin menjadi MB......... Tanpa sedar jugak kita boleh lihat bagaimana kebodohan PAS akhirnya terserlah....Sekarang kita tahu para pemimpin yang ada sekarang dalam PAS rupanya tidak tahu berpolitik langsung..yang ada hanyalah lagak sisamseng...kampungan.....nak tunjukj hebat yang merekalah ulama sebenarnya..

    Diperingatkan kepada PAS supaya tukar pemimpin-pwemimpin lama dengan yang baru, orang yang lebih bijak, lebih tahu dan lebih ilmu pengetahuan t3ntang berpolitik mengikut politik Islam yang sebenarnya bukan hanya tahu dalam beragama saja.

    ReplyDelete
  9. Tugas anwar memperbetul apa yang tak betul dalam pakatan. Kalau Isterinya menjadi MB tidak menjadi masaalah baginya apa saja yang nak dilakukan atau diubah atau untuk mendapat persetujuan dalam apa hal sekalipun senang tak perlu meminta. Lihat saja apa terjadi kepada TSKI tu.... bila dilarang tak mengindahkan...ikut suka hatinya nak buat apa....nak tunjuk yang dia tahu mentadbir....sedangkan rtanp[a sedar dia telah diperalatkan oleh UMNO.....itulah yang dipanggil bodoh sombong... Lagi pun, kalau anwar yang jadi MB sudah pasti BN tidak akan duduk diam....pasti esok lusa ada tangkapan dibuat untuk percepatkan perbicaraan suapaya anwar dipenjarakan....so disyorkan isterinya..... dia tahu kalau dihantar nama isterinya sudah pasti tak akan diterima umum..tup-tup esok lusa bicara dicepatkan... nak masukkan anwar kepenjara.....so dengan taktik ini... tanpa sedar....Azmin akan dipilih......kerana kerusi pasti untuk PKR jadi siapa yang lebih layak kalau bukan Azmin....akhirnya, tidak ada persoalan lagi yang timbul.... kerana memang Anwar sudah berusaha keras untuk menaikkan Azmin menjadi MB......... Tanpa sedar jugak kita boleh lihat bagaimana kebodohan PAS akhirnya terserlah....Sekarang kita tahu para pemimpin yang ada sekarang dalam PAS rupanya tidak tahu berpolitik langsung..yang ada hanyalah lagak sisamseng...kampungan.....nak tunjukj hebat yang merekalah ulama sebenarnya..

    Diperingatkan kepada PAS supaya tukar pemimpin-pwemimpin lama dengan yang baru, orang yang lebih bijak, lebih tahu dan lebih ilmu pengetahuan t3ntang berpolitik mengikut politik Islam yang sebenarnya bukan hanya tahu dalam beragama saja.

    ReplyDelete
  10. Tugas anwar memperbetul apa yang tak betul dalam pakatan. Kalau Isterinya menjadi MB tidak menjadi masaalah baginya apa saja yang nak dilakukan atau diubah atau untuk mendapat persetujuan dalam apa hal sekalipun senang tak perlu meminta. Lihat saja apa terjadi kepada TSKI tu.... bila dilarang tak mengindahkan...ikut suka hatinya nak buat apa....nak tunjuk yang dia tahu mentadbir....sedangkan rtanp[a sedar dia telah diperalatkan oleh UMNO.....itulah yang dipanggil bodoh sombong... Lagi pun, kalau anwar yang jadi MB sudah pasti BN tidak akan duduk diam....pasti esok lusa ada tangkapan dibuat untuk percepatkan perbicaraan suapaya anwar dipenjarakan....so disyorkan isterinya..... dia tahu kalau dihantar nama isterinya sudah pasti tak akan diterima umum..tup-tup esok lusa bicara dicepatkan... nak masukkan anwar kepenjara.....so dengan taktik ini... tanpa sedar....Azmin akan dipilih......kerana kerusi pasti untuk PKR jadi siapa yang lebih layak kalau bukan Azmin....akhirnya, tidak ada persoalan lagi yang timbul.... kerana memang Anwar sudah berusaha keras untuk menaikkan Azmin menjadi MB......... Tanpa sedar jugak kita boleh lihat bagaimana kebodohan PAS akhirnya terserlah....Sekarang kita tahu para pemimpin yang ada sekarang dalam PAS rupanya tidak tahu berpolitik langsung..yang ada hanyalah lagak sisamseng...kampungan.....nak tunjukj hebat yang merekalah ulama sebenarnya..

    Diperingatkan kepada PAS supaya tukar pemimpin-pwemimpin lama dengan yang baru, orang yang lebih bijak, lebih tahu dan lebih ilmu pengetahuan t3ntang berpolitik mengikut politik Islam yang sebenarnya bukan hanya tahu dalam beragama saja.

    ReplyDelete
  11. Bukan Hj Hadi bodoh tapi tak berilmu.....tk tahu berpolitik...kalau dia president dia adalah orang terakhir yang kita akan temui...Kalau misalnya perkara begini berlaku, bagaimana mungkin kita nak rujuk kepadanya sedangkan dia sendiri perpendirian begitu ....nak jadi President dia mesti tahu bagaimana nak menarik rambut dari dalam tepung,supaya tepung tidak berselerak....

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya itulah caranya seorang pemimpin... Cuba perhatikan bagaimana Anwar mengurus pakatan, dia CUBA MENUNJUKKAN BAGAIMANA CARA PERSEPAKATAN.... Dia tahu, isterinya tidak akan diterima, tapi untuk membuktikan cara persepakatan...DAP dan PKR nampak lebih baik dari PAS kerana mereka bersepakat...itulah yang sepatutnya dilakukan, alih-alih, PAS cuba berlepas diri.... kerana apa? kerana tidak tahu berpolitik .... Kalau dia tahu tak akan terjagi kekecohAn begini,malah Presiden sendiri, sanggup memaki hamun, memncerca mengeji orang secara umum.....

    iNI JELAS,tidak menunjukkan ciri-ciri seorang pemimp[in yang berkaliber. Malah kalau nak diikutkan tidak layak langsung jadi pemimpin.MUFTI boleh lah.

    ReplyDelete
  13. kesian ~ masih ada lagi peminat politik yg tak faham2 permainan politik pimpinan atasan pas dlm kemelut ini .. hihi !! tunggulah .. masanya akn tiba bilamana rakyat akn mmbuat perhitungan !!

    ReplyDelete
  14. Dari Kunya Abu Abdillah berkata !

    Meminjam komen Anonymous (4) Bab Haji Kayu !

    Saya setuju perkataan Hj Kayu dilontarkan sebegitu rupa agar terlucut gelaran Hj yang disandang beliau.

    Haji apa ni ! kalau komen menghina peribadi seseorang . Seseorang yang bergelar Hj seharusnya berwatak tawaduk bukan menghina orang .

    Saya berpendirian Hj Kayu ni tak faham prinsip dan tatacara menunaikan ibadat Haji - hasilnya dapat kita nilai watak tidak sempurna Amal Haji nya .

    Kemelut perlantikkan MB Selangor kini selesai . Yang penting PKR & DAP mempunyai majority 30 berbanding PAS 13 , UMNO 12 & TSKI 01 = 26 ( Kerajaang Perpaduang) .

    PAS & UMNO adalah pembangkang di DUN Selangor . Saya pasti PAS akan dipecat sebagai rakan PR - kita tunggu senario selepas Azmin berkuasa sebagai MB Selangor .

    Memetik kata-kata Syaidina Ali Karamullahi Wajhu - Sesungguhnya Untuk Mengenal Mukmin , Bukan Degan Hiasan Serban & Jubah 7 Ilmu @, Tetapi Wataknya - Bercakap Benar ,Merendah Diri Dan Berakhlak Mulia . Kehidupaan Seadanya .

    ReplyDelete
  15. salam je untuk hj.jamaludin.Sebenarnya PKR dan DAP hanya bermain sandiwara je nak tengaok perangai peminpin ulamak Pas,dan memang ternya ualamk Pas cakap tak serupa buat dan bikin.Terselah sikap dan dendam dalam Pas kepada rakan PR begitu busuk.Sebenarnya PKR dan DAP tahu memang Azmin jadi MB tapi nak tunggu dan lihat cara Pas bergerak.Rupa2nya ada hajat nak rampas jawatan yang di janjikan kepada PKR,bila mungkir janji maknaya munafiq ,Lagi2 menghina jemaah sendiri.malu pada bangsa lain tenguk parti islam seperti itu,tuan Hj.jamal tak kan tak tahu.Lain kali tolong tuan hj,nasihatkan ulamk dalam pas dulu kemudian hentamlah PKR ke atau DAP.

    ReplyDelete
  16. Kesimpulannya PR telah ditalkinkan,UMNO BN Di hadapan, DAP mungkin akan jadi pembangkang menjelang PRU 14, Perjuangan PAS akan bertambah panjang sejajar misi dakwahnya yang tidak berpenghujung.... maxis,sosialis akan terus melalak bersama-sama sebahagian rakyat malaysia yang lupa akan tempat kembali....bijak tapi tak cerdik...

    ReplyDelete
  17. Hancur lah ekonomi Selangor jika Ulamak Bahalol aka Munafik /Penipu perintah Selangor.

    Ada orang percaya pada Penipu kaki Barua ke ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa