Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 24, 2014

PAS Bersendirian Di Pengkalan Kubor?

Pemimpin PKR dan DAP tidak muncul-muncul

 | September 24, 2014
PAS seolah-olah dianak tirikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain.
ceramahPENGKALAN KUBOR: Menjelang baki dua hari lagi tempoh berkempen bagi kerusi Dewan Undangn Negeri PRK N.01 Pengkalan Kubor, pemimpin tertinggi daripada PKR dan DAP sehingga kini tidak kelihatan.
Sejak daripada hari penamaan calon wajah-wajah seperti Datuk Sri Anuar Ibrahim dan Lim kit Siang tidak kelihatan bagi membantu calon PAS untuk berkempen.
Semalam buat kali kedua PAS mengadakan ceramah umum namun kelibat mereka (DAP dan PKR) langsung tidak kelihatan.
Mungkin ketidakhadiran mereka ini merupakan kesan daripada kegagalan dalam menyelesaikan isu Menteri Besar Selangor.
Sebelum ini Penasihat Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor Datuk Takiyuddin Hasan berkata pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan hadir dalam ceramah umum yang dianjur PAS semalam.
Namun yang kelihatan hanyalah pemimpin daripada PAS sahaja.
PAS sehingga kini keseorangan berjuang menentang Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan menjadi milik mereka.
Semalam dalam ceramah umum yang dihadiri kira-kira 3,000 lebih penyokong mungkin menimbulkan sedikit tanda tanya kepada mereka tentang ketidakhadiran wakil dari PKR dan DAP, ini jelas menunjukkan perasaan negatif terbuku disudut hati mereka.
Berbeza dengan calon BN Mat Razi Mat Ail yang sentiasa mendapat sokonga moral daripada pimimpin mereka baik dari pemimpin akar umbi sehingga pimpinan tertinggi semuanya memberi sokongan yang penuh terhadap calon mereka.

12 comments:

  1. bila pkr memberi laluan kpd pas utk bertanding disana, ingat boleh reda ketegangan. tetiba presideng pas hentam presiden pkr. setelah dicap pengkhianat, broker dan paling dasyat barua, jgn diharapkan pkr n dap nak kesana. silap kena boo pulak.

    lagipun hadi liat nak bersemuka dgn pemimpin pkr n dap. mesyuarat pr hadi hanya hantar wakil aje. kalau tak sihat mana mungkin dia pergi rumah khladi dan istana?

    ReplyDelete
  2. Apa perlu pkr dan dap.apa pkr dan dap bole bantu.tiada apa apa pun.anwar sibuk berkempen utk dswa ke jawatan mb selangor.kut kut masih ada ruang lagi utk jawatan mb.lim kit siang dok sibuk tengah kira projek rumah dia.nak samakan nilai rumah dgn MP taiping.rumah 10 juta.

    ReplyDelete
  3. Tak mengapa kalau PKR dan DAP tidak memberi sokongan moral di Pangkalan Kubur kerana PAS adalah:

    1) Telah berjuang sendirian lebih 50 tahun.
    2) Ahli PAS dah cukup tarbiah
    3) PAS berjuang bukan untuk menang PRK/PRN/PRU, cuma nak perjuang Islam
    4) Ahli akar umbi amat kuat terutama pasang banting/bendera PAS
    5) Semua ahli PAS dan rakyat Kelate dan cukup wala kepada Presideng
    6) PAS tak pentingkan jawatan
    7) Perjuangan Islam tidak akan mati atau kalah

    Kepada penyokong PAS yang malas membaca dan menambah ilmu maka cukuplah alasan tersebut kerana hidup tak perlu realiti dan kita hanya perlu berfantasi sahaja. PAS for Din Ayam......Nik Jet & Nik Balak.

    ReplyDelete
  4. ini yg harun din suruh kaji semula tahaluf bersama dap dan pkr....

    dap dan pkr hanya bersama pas jika calon yg bertanding adalah drpd mereka...

    aktivis pas jgn bagi muka sangat dgn gang2 pkr dan dap ni,asyik nk sedap bila menguntungkan diorang je..

    setakat pengkalan kubor mgkin x terasa sangat tp jika di tempat lain mgkin susah sikit jika ketiga2 parti bersama.

    pas perlu ajar sikit spesis barua dan broker ni cara2 nk bertahaluf..wallahualam

    ReplyDelete
  5. Pas dalam keadaan seba tak kena.Kalu Pas menang dengan majoriti besar kemungkinan ini taktik Umno memberi laluan mudah untuk Pas merasa tinggi diri dan memperlekehkan PKR dan DAP.Juarang perpecahan makin besar DAN sekiranya Pas kalah ,Pas akan menyalahkan PKR dan DAP dalam isu di Selangor.KLita tunggu je keputusan nanti.

    ReplyDelete
  6. tak payahlah pas adalah parti yang berkualiti yang lain???????

    ReplyDelete
  7. Padan muka kena muka seniri. Kan die kate puak tu broker dan barua.!!!
    Tak yah datang lah tuan hadi kan dah cukup maksom, hebat hulamak tu.

    ReplyDelete
  8. Keranamu Din Ayam, Tantawi Vellfire dan Abdoh..

    ReplyDelete
  9. Kah.kah.kah.puak pencacai kecewa kerana pkr/dap tiada tempat di Kelantan.ada nya pemimpin pkr/dap pun serupa tiada.buat monkey shoote lu patut lebey membaca demi pengetahuan yg tak seberapa tu.camdek/omongan kosong hebat ler.pengetahuan...hampeh.

    ReplyDelete
  10. PKR dan DAP tak perlu adakt Kelanatan.biarkan Pas je yang berjuanag.nanti kt negeri lain Pas jangan campur dengan PKR dan DAP ,pas join je dengan UMNO.lagi bagus.

    ReplyDelete
  11. PKR dan DAP cuba bukti kan pada PAS yang rakyat bukan bodoh mahu kan Penipu , Munafik , atau Barua dalam kepimpinan rakyat.

    Jahil saja akan pilih PAS untuk terus kubor.

    Pulau Pinang tak ada Royalti Minyak boleh maju , tanpa bantuan Kerajaan Pusat Kelantan masih boleh maju jika Pemimpin nya orang bijak , ber pendidikan dan professional.

    Apa kah perlu minta sedekah sahaja tuk membina negeri , seperti membina SAR ?

    ReplyDelete
  12. PKR dan DAP takut PAS tuduh pula mereka nk sibuk huru harakan PengKubor.

    mereka tkmo dianggap beli barua PAS disana.

    mereka takut PAS anggap mereka tamak kuasa.

    mereka rasa biarlah PAS yg kuat itu berjuang sendiri kerana PAS tak pelahap sokongan PKR/DAP.

    PKR/DAP perlu elak semua itu sebb maklumlah PKR/DAP takde ulamak, sudah tentu parti ulamak akan sentiasa dianggap betul.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa