Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 27, 2014

Menarik: Adakah Ini Juga Fitnah?

Rahsia kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim.... pendedahan exclusif! (VIDEO & Transkrip)

Ikuti pendedahan eksklusif Izham Hashim, ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, bahawa ada pemimpin tertentu parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.

 Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Ikuti trankrip berikut yang di muat naik melalui v-deo di bawah nanti :
0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

 Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker? 

 0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

 0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu.9Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masala!" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik! 

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul!  Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~  Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri! 

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

 Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.

3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.


- sumber : al-Husseyn

9 comments:

  1. Admin......benda dah lepas. Tak paya la nak ungkit2. Klu ungkit pun wan azizah bukan bole jadi mb.....hari tu hadi, rafizi, nuar, zuraida dll dah byk bg peluru hidup kat umnobn utk tembak PR. La ni tak kan group blogger PR pulak nak tambah peluru hidup lagi.......bagi la suasana tenang dan beri peluang pd azmin utk uruskan Selangor walaupun tak puas hati azizah tak dpt jadi mb. Kita burukkan pas & hadi pun bukan ada untung.....lagi cepat PR bungkus ada ler......

    Kita ambil jln tengah. Kukuhkan semula pakatan. Kesian kat anak cucu kita nanti kalu ubn terus mentadbir sedangkan kita pulak terus bertekak tak habis2......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah cuba menutup sesuatu yang buruk kerana segala apa yang berlaku didalam hidup ini ada s3bab dan musababnya. B3gitulah sunatullah kehidupan ini yang Allah tetapkan bagi memudahkan manusia mengatur kehidupannya di alam dunia.

      Setiap perkara yang berlaku ada sebab dan puncanya tak kira ia merupakan kebaikan atau kejahatan/keburukan. Dalam isu MB Selangor kita telah melihat pelbagai tindakan yang dibuat oleh TGHH yang tidak masuk akal. Alasan2 yang diberi juga tidak masuk akal. Kita semua keliru dan pening.

      Nah sekarang kesemua tindakan2 pelik itu telah menyerlahkan satu persatu sebab mengapa ia dilakukan. Allah menunjukkan sebab sebenar supaya kita faham apa yang berlaku itu sebenarnya supaya kita boleh mengambil tindakan untuk memperbetulkan kerosakan- kerosakan yang telah berlaku demi kesejahteraan golongan majoriti. Bukan niat kita hendak menghukum. Menghukum itu adalah hak Allah.

      Delete
    2. Betul tu.setuju sesangat.tapi apa kan daya,itu ler jatidiri admin.berkata banyak mendedahkan siapa admin sebenar nya.

      Delete
    3. Jgn cuba menutup sesuatu yg buruk....lol nie agama maner plak yg ko bawa.Islam tak mcm tu.Allah dah perintah tutupkan aib orang,ko plak sebalik nya.komen tu biar ler ada asas agama.jgn terserlah kejahilan sendiri.tu ler bila terlebih ghairah.hero keyboard ler kunun nya.rupa rupa nya jahil murakab.kesian.

      Delete
  2. Kalau itulah dasarnya maka orang yang bercakap pun boleh dituduh ada kepentingan nak buang khalid, mati-mati nak buang apa sebab! jadi yang menuduh itu kambing yang kena tuduh itu ayam. patutnya dua dua buat kari saja baru ada akai

    ReplyDelete
  3. Salam

    skg ni depa nak luahkan semua prasaan yg bebuku dihati masing, pasai apa nanti benda ni kalau heboh masa kat nak pru 14 nanti jadi isu oleh bn utk plaga parti2 dlm pr. Biarlah depa luahkan semuanya lepas ni tak lagi sapa2 yg dok sekok sebak dlm dada dan pala masing2.

    Wasalam

    ReplyDelete
  4. Anon 8:01 PM

    Presideng parti yang menjual nama Islam sekian lama berkelakuan begitu kamu kata perkara kecil? Bagi kamu kalau perkara besar yang bagaimana pula? Islam pun tak suruh melupakan perkara yang lepas, semua itu untuk dibuat sempadan. Korupsi yang melibatkan rakyat kamu nak sapu bawah tikar mengkuang sahaja? Kalau ramai seperti kamu alamatnya anak bangsa Melayu akan lemah dan jadi hamba kepada golongan pedagang agama dan pemimpin bersifat munafik ini.

    ReplyDelete
  5. Tok Guru Presiden pun menongkat langit sudah.

    Kalau budak nelayan jaja jaja Quran & Islam dapat gaji besar , pangkat , bini muda , Mercedes Benz , Bentley , Range Rover - itu kira sudah bagus juga.

    Biar lah rakyat jadi Bahalol sebab tak pikir panjang....

    Pandai juga bebudak Nelayan Terengganu yea...

    ReplyDelete
  6. Anon 9:11 AM

    Pandai sangat "anjing buruk kepala" ini rupanya..... Kalau perintah Allah suruh tutup aib orang, kenapa Presideng kamu asyik buka aib orang aje? Dia ini agama apa? Siap buat macam-macam amanat dan statement lagi demi mengkafirkan bangsa sendiri? Terlupa pulak aku yang "anjing" memang tak pandai membaca dan membuat rujukan, tapi hanya pendai menyalak.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa