Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 18, 2014

Aiikk.....Nak Siasat Apa? Kan Dia Orang Keluar Pergi Solat!

Perwakilan tuntut insiden boikot Mat Sabu disiasat
mk - 4:16PM - 18 Sep 2014

Perwakilan Kuala Krai Zulkifli Yacob mahu Jawatankuasa Pemerkasaan Parti supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekumpulan perwakilan Pemuda yang memboikot ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dua hari lalu.

"Jika benar ia berlaku, ambil tindakan (terhadap) Pemuda negeri (yang terlibat).

"Diberi alasan ambil wuduk (untuk solat asar), wah, alimnya mereka! Itu jawapan politik. Tidak pernah berlaku dalam parti.

"Jangan jadi isu-isu (tertentu) untuk melaga-lagakan pemimpin kita. Tak kira ulama atau profesional kerana mereka adalah pemimpin kita," kata Zulkifli ketika mempersoalkan berhubung laporan tahunan Muktamar PAS 2013.

Tindakan beliau itu mengundang campur tangan Pengerusi Tetap Hussein Ismail yang meminta beliau tidak mengulas panjang memandangkan sesi itu berkaitan perkara teknikal yang berbangkit dalam laporan tahunan.

'Siapa kamu nak boikot Mat Sabu?'

Bagaimanapun, Zulkifli memohon tempoh selama dua minit untuk beliau menghabiskan ucapan dan pertanyaannya.

"Jangan setengah pemimpin kita wala' (setia), dan pemimpin lain kita tak wala'. Saya tidak ada kepentingan apa-apa dengan beliau, tapi saya sokong beliau atas dasar beliau pemimpin kita.

"Beliau banyak jasa, siapa kamu (untuk boikot beliau)," kata Zulkifli.

Pada Muktamar Pemuda PAS dua hari lalu, dipercayai perwakilan Pemuda antaranya daripada Pahang, Terengganu dan Selangor keluar Dewan Chon Moi sewaktu Mohamad memulakan ucapan perasmian sayap parti itu.

Ada antara mereka memakai baju rompi hitam yang bertulis : "Kami bersama presiden dan Majlis Syura Ulama".

Tindakan kumpulan itu dipercayai keputusan Mohamad yang tidak dilihat mempertahankan Abdul Hadi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya menjelaskan bahawa perkara itu adakan dijawab oleh pengerusi jawatankuasa yang terlibat - Salahudin Ayub - dalam ucapan penggulungan.

3 comments:

  1. Nasib baik puak yg pulau ketua amk tak diminta ambil tindakan.atau ada yg dah masyuk

    ReplyDelete
  2. Sy peminat Mat Sabu tp sy x bersetuju lah kalau x nak dengar ucapan Mat Sabu dan keluar dewan kena ambil tindakan. Dia x nak dengar Mat Sabu berucap tak leh lah paksa dia dengar. Sy suka sangat dengar Mat Sabu bercakap nak buat mcm mana.

    ReplyDelete
  3. Pemuda dari parti mana sekalipun kadangkala bertindak ikut emosi dan dilihat kurang cerdik. Tapi kali ini jauh....jauh....jauh...lebih teruk dan busuk sebab mereka ini pakai "lesen" parti Islam yang selalunya bertoleransi dan bijak. Apa lagi yang mereka nak boikot itu bukannya anak kecil dalam politik negara. Kalau nak keluar satu dewan pun rasanya Abg Mat Sabu tak kesah kerana beliau telah mengukir dan memahat sejarah labih jauh dari kehidupan sekumpulan para pemuda "hingusan" ini. Dari telahan aku sendiri semua projek hina ini ada dalangnya sendiri mungkin Tuan Mini Cooper dari Kelate atau Vellfire dari Temerloh? Kenapa bila lihat muka TG Nik Aziz maka hati jadi sejuk dan aman sekali berbanding melihat muka "anak sasau" beliau yang ceging dan keras kepala (Nik Jet - rasa nak tampar)? Mungkin itu yang dikatakan petunjuk Illahi?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa