Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 17, 2014

Tafsiran: Mungkin Betul, Mungkin Salah Atau Kedua-duanya Betul

Muncul empat Mazhab di dalam Islam pun adalah kerana pentafsiran

Hadi ada kuasa buat keputusan sendiri
RAZIATUL HANUM A.RAJAK

KOTA TINGGI - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kuasa sebagai ketua untuk membuat keputusan sendiri tanpa merujuk mana-mana ahli mesyuarat.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, hak itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan yang mendesak.

"Saya lihat kenyataan-kenyataan seperti ini terlalu banyak dari peguam-peguam.

"Pada saya, memang sebagai seorang ketua...Presiden, dia ada hak dalam keadaan tertentu untuk membuat keputusan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas selesai majlis perasmian Muktamar Pemuda Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan seorang peguam Pas, Zulhazmi Sharif yang menyebut bahawa Abdul Hadi tidak mempunyai kuasa veto untuk bersuara bagi membuat apa-apa keputusan mengenai pencalonan Menteri Besar Selangor tanpa melakukan perbincangan dengan ahli pimpinan parti lain.

Katanya, segala keputusan yang melibatkan kepentingan parti mesti dibincang melalui mesyuarat dan diputuskan bersama.

Sementara itu, menurut Nasruddin berdasarkan pengalamannya menjadi ketua, memang wujud saat di mana beliau perlu membuat keputusan sendiri.

"Memang saya sudah alami pengalaman... apabila kita menjadi ketua memang akan ada detik dan ketika tertentu untuk membuat keputusan segera. Maka dia (ketua) ada peruntukan dipanggil kuasa pemutus untuk menentukan tanpa menafikan keperluan mesyuarat

"Mesyuarat juga menjadi satu keperluan dalam berbincang dengan ahli jawatankuasa mesyuarat untuk membuat keputusan," katanya.

Namun, jelasnya, bukan semua keadaan seorang ketua itu membuat keputusan sendiri.

"Bukanlah maknanya semua keadaan ketua buat keputusan sendiri. Pada keadaan tertentu yang memerlukan tindakan segera. Nak panggil seluruh ahli jawatankuasa mesyuarat dari seluruh negara memerlukan masa.

"Sebab itu ada hadis nabi yang memperingatkan supaya kita taat kepada pemimpin. Walaupun dia seorang hamba. Ertinya ada klausa itu di situ," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan mempertikai keputusan yang dibuat Presiden itu tidak wajar berlaku.

"Saya kira tak patutlah apabila Presiden buat keputusan dipertikai, yang saya kenal sejak saya terlibat (Pas), tidak banyak pun dia buat keputusan sendiri. Hanya satu atau dua kes saja. Sekali dia buat tindakan begitu, mengambil peruntukan dan hak yang dia ada, saya kira itu suatu kebiasaan dalam sebuah parti," katanya.

9 comments:

  1. Untuk perkara penting yg melibatkan rakyat dan negara serta agama, jln terbaik adalah melalui musyawarah. Jika tidak dpt diselesaikan secara musyawarah barulah secara undian. Jika tidak dapat diputuskan secara undian barulah kata putus pemimpin diguna pakai. Kena ikut urutanlah sbb parti bukan milik individu. Semua ahli ada hak memberi bicara melalui wakilnya yg dilantik.

    Berhubung alasan kesuntukan masa, kena ingatlah ini bukan zaman naik keldai yg perlu tunggu berminggu2 utk bawa perkhabaran dari trengganu ke KL. Ini zaman teknologi siber yg lebih pantas drp jet. Takkan pemimpin atasan tak mampu tekan no di telefon pintar yg harganya tak seberapa.....

    Kepada nasrudin, kalau nak wala pun biarlah wala yg berprinsip. Wala pada ketua yg mula memesong nak buat apa? Wala tak kena pada tempatnya bakal menghancurkan parti. Bila parti hancur nanti, nak wala kat siapa pula?

    Tak gitu encik Admin????

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dpt kerusi parlimen tu pun da cukup baik kerana lps ni jgn haraple din.

      Delete
  2. Dia ni idup zaman mana agaknyer yerrr.zaman bakar kayu bagi asap naik utk panggil org berkumpul.zaman nak menulis kena pahat kat kayu or batu.zaman celup dakwat pastu tulis kat kulit kayu.nak simpan sikit punya kacau bilau nak cari tempat yg selamat.nak rujuk penulisan pon susah pasal bertimbun kulit kayu,-haiwan,batu dll.hadoiiii apsal pemikiran mcm ni boley diangkat jd pemimpin.x nak dgar kritikan plak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat lu power la bro. sepower injin vellfire. Terkekek kekek aku gelak

      Delete
  3. memang dia guna undang-undang dan pemikiran zaman batu.APA ? salah ke?Dai bukan guna kereta dia guan unta.dan memanglah jenis ulamak begini yang perlu di angkat jadi peminpin supaya dia yang senang dan pengikut yang jadi bodoh.

    ReplyDelete
  4. Kalau Tuang Presideng Hj Hadi Awe nak kahwin lagi satu (bini no.3), memang patutlah beliau yang membuat keputusan sendiri, tapi ini melibatkan "grand", ikatan setiakawan antara 3 Parti yang berpengaruh untuk menjadi Pemerintah di negara ini. Begitu juga Nasaruddin Badak-Wi ini, kalau setakat kutip wang rakyat (gaji MP) untuk pakai Vellfire, memang tiada masalah kalau mampu, tapi kamu mendapatkan semua itu dengan wang habuan rasuah dari "Lynas" untuk "tutup mulut" rakyat supaya tidak kerap turun berdemo. Kamu ni Din Tantawi lebih teruk dari "Kafir", nak bukti? Tak kan Bangkai gajah pun tak kenal?

    ReplyDelete
  5. Komen MSO berikutan keluar dewan segelintir Pemuda PAS yang memakai ves Sokong Presideng dan MSU...."Apa yang berlaku itu tidak berlaku dalam parti lain. Sesamseng pemuda Umno yang mengocak pagar, angkat sepanduk, tungging punggung, buat simbol sex dan sebagainya, tetapi mereka tidak pernah bertindak keluar dewan semasa Timbalan Presiden Umno berucap merasmikan persidangan. Apabila ia berlaku kepada Dewan Pemuda pati agama, ia adalah sangat dikesalkan. Betullah pendapat seorang mengatakan kalau orang agama menjadi jahat, ia lebih huduh rupanya daripada kejahatan dilakukan oleh si jahil. Dalam hal ini pemuda Umno lebih beradab daripada segelintir "ansrollah" itu". Nampak dah kematunya jubur-jubur beruk dalam PAS, sampai siap pakai ves yang ditempah khas (mungkin sponsor dari Trengganu atau Tantawi Vellfire kot?)

    ReplyDelete
  6. PAS jangan sebut Parti Ahli Se..n sebut saja Parti Ayam Sabung

    ReplyDelete
  7. kenapa ahli ahli pimpinan PAS bangga membahalol kan diri mereka dengan ber bagai bagai sebab yang bodoh lagi membodohkan.

    kisah penafsiran pun di libat kan mahzab mahzab dari sejarah ter dahulu.

    kalau sudah bahalol tiada akan ada kemajuan dalam parti PAS itu sendiri tetapi hanya lah sebab sebab dan akibat akibat macam macam untuk memghalal kan pembahalolan mentaliti PAS.

    tak de se orang pun dapat ber fikiran bijak seperti Janet Yellen , Gebanor Kewangan Amerika Syarikat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa