Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 19, 2014

Akta Hasutan: Punca Najib Berlengah

'Orang sekeliling punca Akta Hasutan belum dimansuh'
Bekas timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata perdana menteri sudah tiga kali memberi kenyataan untuk memansuhkan Akta Hasutan, tetapi mendakwa ianya tidak dapat dilaksanakan kerana ada orang sekeliling yang menjadi punca akta itu masih lagi ada.

Berucap di majlis pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di ibunegara malam tadi, beliau berkata perdana menteri sebelum ini pernah menyebut untuk memasuhkan akta tersebut pada tahun 2012, 2011 dan yang terbaru pada tahun ini.

“Saya yakin perdana menteri memang nak mansuhkan Akta Hasutan tetapi ada yang di sekeliling yang tak setuju. Tugas kita adalah tunjuk kepada perdana menteri yang kita semua nak Akta Hasutan dihapuskan,” kata Saifuddin lagi.

“Ketika saya seorang timbalan menteri, nak pinda Seksyen 15 pun susah kerana bos saya tak mahu, begitu juga yang lain-lain, tetapi akhirnya ia dilakukan walaupun sedikit,” jelasnya.

Beliau turut mendakwa bahawa Akta Hasutan adalah salah satu jalan untuk menakut-nakutkan rakyat serta menyekat kebebasan mereka untuk bersuara dan tindakan menggesa akta itu dimansuhkan juga tiada kena mengena dengan politik.

Majlis pelancaran GHAH berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan aktivis yang pernah ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Di samping penasihat DAP Lim Kit Siang, turut hadir ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli;  Ahli Parlimen Padang Serai dan peguam hak asasi manusia, N Surendran; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu;  aktivis pelajar Adam Adli; peguam dan penaung pergerakan Negaraku, Datuk Ambiga Sreenevasan;  profesor undang-undang Azmi Sharom, dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Wakil daripada Gerakan Media Marah (Geramm), Hazlan Zakaria turut hadir dan mengingatkan kerajaan supaya tidak menggunakan Akta Hasutan untuk menghalang wartawan daripada menyebarkan maklumat kepada orang ramai.

Beliau juga membangkitkan tentang penahanan wartawanMalaysiakini, Susan Loone, di Pulau Pinang pada 4 September lalu kerana artikelnya yang memetik satu temu bual bersama Exco kerajaan Pulau Pinang berhubung kes penahanan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS). - mk

2 comments:

  1. Sekali lagi aku sebutkan, Kenapalah orang Temerloh begitu jahil dan cetek akal dengan memilih Nasaruddin Vellfire (serban tahi sembelit) sebagai MP mereka? Kenapa mereka menolak Saifuddin Abdullah yang begitu tinggi jiwa perjuangannya bagi membela rakyat? Apalah dalam kepala orang Melayu ini? Adakah mereka tidak tahu serban Tahi Sembelit itu sebenarnya seorang yang terlalu pengecut dan hidung tinggi? Satu habuk pun permasalahan rakyat tidak berani disuarakan di Parlimen berbanding Saifuddin Abdullah suatu masa dahulu. Tolonglah jangan jadi bodoh sangat..... Ini pilihan politik dan serban tahi sembelit ini tiada bezanya dengan ADUN dan MP UMNO yang lain dan kerjanya hanya menggumpul kekayaan dengan jawatan yang sementara itu akhirnya rakyat juga yang tertipu, tapi kali ini dengan imej "Syaitan Beserban Tinggi".

    ReplyDelete
  2. Najib ni jahil agama. Ni contoh mengidupkan kembali jahiliah dan menolak golongan yg agamawan dgn pelbagai tohmahan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa