Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 22, 2014

Krisis MB Selangor: Agak-Agak Sape Yang Akan Menang?

Aku nampak di akhirnya hasrat rakyat yang akan kalah dan UMNO akan menang!
Sultan takkan mengalah bila dah sampai ke tahap ini..... 
Nampak gayanya akan berakhir dengan PRN Selangor

KENYATAAN MEDIA
Sebagai menjawab beberapa dakwaan yang timbul akibat laporan-laporan media berkenaan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru, saya menegaskan bahawa KEADILAN berpegang teguh kepada keputusan parti yang telah dibuat sebelum ini termasuk seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat Biro Politik minggu lalu.

Oleh yang demikian, calon KEADILAN bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baru tidak berubah iaitu  Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN merangkap Ahli Dewan Negeri Kajang.

Sebarang berita kononnya Ketua Umum KEADILAN,  Anwar Ibrahim telah bersetuju secara lisan dengan kompromi dan pelbagai berita lain adalah tidak tepat.

Keputusan dan pendirian KEADILAN adalah atas kepercayaan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan. Makanya sebarang berita tidak wajar disebarkan untuk memberi gambaran bahawa KEADILAN berganjak dari keputusan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan ini.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa