Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 20, 2014

Adakah Usul Ini Membayangkan Sesuatu?

Umno Kalabakan lulus usul sokongan Najib kekal PM
SH - 19 September 2014
TAWAU - Umno Bahagian Kalabakan, yang mengadakan persidangan perwakilan hari ini, meluluskan usul untuk berdiri teguh dan memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
 
Ketuanya Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata kegigihan dan kecekalan Najib yang senantiasa berusaha meletakkan negara sebagai kepentingan utama demi kesejahteraan rakyat dan negara perlu dihargai dan dicontohi.

"Pelbagai telah diperkenalkan oleh perdana menteri untuk membantu dan mentransformasi rakyat yang bergelut dalam kemelut ekonomi antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan banyak lagi bantuan lain yang telah memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negara ini," katanya pada persidangan itu.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang merasmikan persidangan itu berkata sokongan padu Umno Bahagian Kalabakan kepada Najib amat penting  untuk memastikan pucuk pimpinan dapat mentadbir negara dengan lebih baik.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu juga meminta semua pemimpin Umno berjuang bersama-sama untuk membela nasib rakyat.

"Jangan takut dan gentar dalam menyemarakkan perjuangan parti. Kita perlu terus mara ke hadapan untuk memastikan Umno tetap menjadi parti yang kuat dan disegani. Kalau kita tidak berjuang untuk membantu rakyat, maka rakyat akan hukum kita pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

3 comments:

  1. Maknanya pungkok Najib semakin vrrbshang ditaji dari belakang oleh Mahathir. Maka tampillah para penjilat pungkok tersohor berlumba-lumba untuk menhopas pungkok Najib. Percayalah akan tampil lebih ramai lagi penjilat juboq pencacai tua pengangkat najis untuk mendewa-dewakan keagungan Najib serta kehebatan anak Tun Razak ini memerintah dunia. Akhir sekali akan muncullah dajal-dajal muka-muka tin sardin kena pijak di kalangan NGO-NGO nyamuk berbagsi nama seperti kumpulan tarian punggong berdemonstrasi menyokong kepimpinan Najib......semuanya akan disiarkan sebagai berita sensasi di TV. Setakat itulah yang termampu dilakukan oleh Johan Jaafsr selaku Ketua Propaganda Kim Ill Jib....

    ReplyDelete
  2. Helpful information. Fortunate me I found your site accidentally, and I'm stunned why this accident did not took place in advance!

    I bookmarked it.

    Stop by my blog :: Athletic Greens

    ReplyDelete
  3. Najib berpolitik hanya untuk mengekalkan kuasa yang telah beliau dapat dengan "play safe". Beliau sanggup menghabiskan berbilion wang rakyat bagi membeli dan merasuah pemimpin politik UMNO/BN yang dikesan mampu menjatuhkan beliau. Bagi memendekkan cerita, wang dan aset negara hampir kontang dan habis digadai untuk menguatkan sokongan kepada beliau dan mengekalkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Permasalahan rakyat adalah hal rakyat dan tidak kena mengena dengan beliau. Hartanah naik, minyak naik, bahan binaan nai, barang keperluan makanan naik, kos sara hidup naik dan nilai ringgit merudum teruk berbanding dollar Singapura...Apa Najib peduli? Bila rakyat bangun melawan, beliau sudah sediakan wang rasuah untuk para pemimpin setempat (ADUN) dan bos-bos media kepunyaan UMNO/BN untuk tutup mulut rakyat tempatan di situ. Bila ada PRU pula Najib tidak bimbang kerana Iblis jelmaan yang sanggup mendajalkan rakyat selamanya akan dibangunkan iaitu SPR. Segala kemewahan dan kesenangan hidup rakyat di hari ini jika ada pun adalah warisan dari Tun Mahathir yang memerintah selama 22 tahun (patutlah Tun marah sekiranya apa yang dibina dihancur lebur oleh Najib/Rosmah). Harapkan Najib yang dayus dan lembik untuk membela bangsa Melayu yang daif dan hina dina dan taksub kepada pemimpin ini macam menunggu 'buah Tampoi yang tak akan jatuh-jatuh".

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa