Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 30, 2014

Article Yang Buatkan Penyokong PAS Marah Lagi!

Tak Perlu Keluar PR, Pas Hanya Perlu Tukar Pemimpinnya Saja

Kedudukan Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat atau PR boleh dikira paling genting ketika ini. Selain ada suara daripada luar parti itu yang mahu Pas keluar daripada PR, dalam masa yang sama wujud pula suara daripada dalam Pas sendiri yang mahu parti itu berbuat tindakan yang sama.

Suara daripada luar ini berbagai bentuk nadanya. Ada yang merasakan adalah merugikan Pas berada dalam PR kerana kedudukannya yang dikatakan tidak dominan dan sentiasa ditenggelamkan oleh PKR dan DAP.

Ada pula yang merasakan Pas perlu mengubah sikap dan berpendirian lebih kukuh kepada semangat kerjasama serta berpegang pada janji jika mahu terus bersama dengan PR. Sebaliknya jika tidak sedia berubah, Pas disarankan keluar saja daripada PR dan bergerak sendirian dalam politik negara ini.

Pihak yang lain seperti Perkasa misalnya, menyarankan agar Pas mengetuai PR jika benar-benar mahu mewujudkan sistem dua parti kerana Pas adalah parti yang mirip seperti UMNO yang kini mengetuai BN. Maknanya, jika hanya berada di belakang PKR dan DAP, dianggap tidak berguna sama-sekali.

Sementara dalam Pas pula seperti terbelah dua dalam isu sama ada parti itu perlu terus kekal bersama PKR dan DAP dalam PR atau bergerak sendirian selepas ini. Walaupun Presiden Pas, Haji Hadi Awang dalam muktamar baru-baru ini menekankan bahawa parti itu akan terus bertahaluf siyasi dalam PR tetapi suara-suara yang mahukan sebaliknya juga turut lantang kebelakangan ini.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nasharuddin Tantawi dan Dr Zuhdi Marzuki adalah antara pemimpin dalam Pas yang terus-menerus "mencari pasal", mengungkit, mahu berbalah dan seolah-olah lebih emosi dengan pemimpin daripada PKR dan DAP berbanding pemimpin daripada UMNO.

Setiap hari ada saja kenyataan berbentuk luahan perasaan, dakwaan dibuli dan berbagai lagi daripada mereka ini seolah-olah PKR dan DAP itu lebih dianggap musuh berbanding UMNO yang secara realitinya adalah musuh sebenar dalam perjuangan parti itu sebagai parti politik.

Dalam masa yang sama, golongan "nasi tambah" pula seperi Dr Hasan Ali, ahli akademik dan beberapa NGO sentiasa muncul dengan saranan agar Pas segera keluar daripada PR untuk menyelamatkan pejuangan Islam yang dibawanya dan untuk mengelakkan daripada hanya menjadi alat PKR dan DAP semata-mata. Nampak suci benar hati nurani mereka ini!

Soalnya, apakah lebih untung Pas bersama PR atau keluar daripada gabungan itu?

Untungnya Pas berada dalam PR sudah pun dapat dilihat daripada kejayaannya memenangi banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor, WP, Pahang dan sebagainya dalam beberapa pilihanraya kebelakangan ini. Berbanding ketika bersendirian Pas hanya dominan di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Kedah saja, harapan untuk menang di negeri lain bagaikan jauh daripada jangkauannya..

Ini kerana tanpa kerjasama dengan PKR dan DAP, calon Pas tidak mungkin mendapat undi daripada bukan Melayu. Di situlah pula letaknya kelebihan calon UMNO berbanding Pas dalam banyak pilihanraya sebelum ini kerana mereka mempunyai kerjasama dengan MCA dan MIC. 

Tetapi sejak wujudnya PR yang dicetuskan melalui kesungguhan Anwar Ibrahim mengikat kerjasama antara Pas, PKR dan DAP untuk menyaingi BN yang mempunyai UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya, dominasi UMNO di banyak kawasan sudah dapat dipecahkan.

Ia menjadikan selain Pas makin kukuh di Kelantan, Terengganu dan Kedah, ia juga sudah dapat melebarkan sayapnya dengan lebih selesa ke negeri-negeri lain. Sokongan daripada pelbagai kelompok masyarakat seperti profesional, guru, kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya juga turut bertambah.

Jika Pas tidak bersama PR dan bergerak sendirian pula, gambarannya ialah parti itu perlu menyelak kembali sejarahnya di tahun-tahun 80-an dan 90-an dahulu. Sekadar menang di beberapa kawasan dan hanya gah di pentas ceramah saja.

Dengan emosi, marah, terkilan, kecil hati dan seumpamanya, memanglah sesiapa pun boleh berhujah dengan pelbagai dalil dan nas untuk mewajarkan perlunya Pas keluar dan berpisah daripada PR. Tetapi apakah untungnya dan tidakkah keluarnya Pas daripada PR akan menjadikan cita-cita mewujudkan pembangkang yang kuat atau kerajaan alternatif hanya tinggal angan-angah saja?

PR yang hanya diangggotai oleh PKR dan DAP tidak menjadikannya sekukuh BN kerana wujudnya kelompongan untuk menarik sejumlah pengundi Melayu yang sepatutnya dilakukan oleh Pas tadi. Dalam masa yang sama pula, Pas secara sendirian juga turut lompong kerana tiada sokongan bukan Melayu dan pengundi bandar atau separa bandar yang lebih kukuh. Akhirnya kedua-duanya rugi.

Hakikatnya Pas, PKR dan DAP saling memerlukan antara satu sama lain. Ia sama seperti UMNO yang tidak mampu berdiri sendiri tanpa MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya

Pas tidak perlu keluar PR sebenarnya. Apa yang perlu dilakukan ialah memperbaik tekad dan azamnya untuk terus kekal bersama PR sambil menyedari cita-cita menawan Putrajaya tidak mungkin tercapai jika bergerak sendirian. Sesuai dengan semangat majoriti ahli dan pimpinan Pas sendiri yang mahu terus berlawan dengan UMNO, pendirian itu perlu terus diperkemaskan dan jangan digoyahkan dengan unsur-unsur yang lain.

Kalau perlu dan enggan patuh, Pas juga harus berani mengenepikan mana-mana pemimpinnya, termasuk Presiden sekali pun jika didapati lebih condong mahu membawa parti itu keluar daripada PR kerana ia nyata bertentangan dengan matlamat sebenarnya. Slogan "Pas For All" atau "Pas Ganti UMNO" tentunya bermaksud menggantikan tempat UMNO dan bukan bekerjasama dengannya.

Keluarnya Pas daripada PR tidak lain hanyalah khabar gembira buat UMNO dan BN. UMNO akan bergembira dengan tindakan itu. Harus juga disedari, sekiranya UMNO dan BN menang lagi dalam PRU 14 nanti, ia mampu menjadikan dominasi itu kekal untuk sekurang-kurangnya selama 50 tahun lagi. Sanggupkah Pas menerima realiti itu?

Jika ketika bersama PR, diperbesarkan dakwaan kononya parti itu akan menjadi lebih condong kepada Anwar, PKR dan DAP tetapi tidakkah dengan membawa keluar Pas daripada PR pula menunjukkan kecondongan kepada Najib dan UMNO?

Apakah UMNO yang dimusuhi sejak sekian lama sebelum ini lebih Islamik sekarang untuk didampingi dan Najib pula sudah menjadi putih bersih bagi sesetengah kelompok dalam Pas?

Inilah pertimbangan yang perlu difikirkan dengan sewaras-warasnya oleh sesetengah pihak dalam Pas sekarang ini. (SH 30/09/2014)

18 comments:

  1. Pandangan ini saya sokong sepenuhnya.

    ReplyDelete
  2. Pasma kan ada.sponsor Pasma pun bukan kecik anak.tak gitu tuan admin.

    ReplyDelete
  3. Soalannya,adakh yg berfikiran waras dlm Pas berani berjuang dn bertindak utk merintis jalan utuh kaPutrajaya?

    ReplyDelete
  4. Macam mana runtuhnya Pemerintahan Islam di Andalusia, begitulah akan runtuhnya PAS!..kerana apa?..kerana ketidak setiaan ahli2 kepada pucuk pimpinan...semua nak beri kenyataan, nak komen dalam media..seolah-olah tak terkawal, tidak ada organisational structure..free for all!! Yang pasti Islam akan terus tegak tetapi PAS akan hancur sekiranya trend sekarang terus menerus berlaku dan berleluasa! Tak percaya cakap saya...kita tunggu dan lihat! Wallahuallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeop...you are wrong here...

      Kalau Yeop kaji balik sejarah kejatuhan empayar empayar Islam di zaman lampau tiada suatu pun yang berpunca kerana ketidaksetiaan orang bawahan terhadap pucuk pimpinan....sebaliknya keruntuhan itu disebabkan sang Khalifah, Emir, Pasha, Sultan telah menyeleweng dari landasan Islam.
      Dalam kes PAS sekarang Khalipah PAS membuat keputusan sendiri. Selepas bermesyuarah sesuatu ketetapan telah diambil...esoknya Khalifah Hadi telah mengubah dan seluruh pengikut diminta taat dan walaa, jika tidak dilebel sebagai durhaka.
      Perpecshan bermula apabila Khalifah Hadi tidak mahu mengikut keputusan jumaah... minta dijauhi Allah, jika PAS menghadapi keruntuhan, inilah sebabnya...kerana pemimpin yang menyeleweng, bukan kerana pengikut yang tidak setia

      Delete
  5. Hang ni tak habih2 dok ungkit keceluparan orang n ulas kata PAS ni dikuasai oleh ug... kami berjuang dari tahun 1951 tanpa ada agenda disebaliknya selain dari ISLAM... walaupun kawan2 aku Syahid Masa mamali n Lubuk Merbau kami tetap istaqamah sampai la...kami pernah perintah kelantan,terengganu n kedah... hangpa yang mewakili parti baru pr (baru dapat penang n selangoq) dah juah dok kutuk sesama pr...sedangkan musuh yg nyata ubn sedang sorak tangan... cukup sudah la...

    ReplyDelete
  6. Mohon izin WM

    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hubungi segera sms ke 013 2704567..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

    ReplyDelete
  7. PAS FOR PAS..NOT FOR ALL. PR trus brsama PAs..seumpama PR menangung biawak hdup utk PRU14.
    Tingkah laku PAs seblum ini..dah ckup bri pngajaran dan bukti pemimin trtingi PAs ada yg ditaja oleh UMNo utk porak porandakn PR
    Tanpa PAs pun kesucian Islam d malaysia akan trus trjaga..terpelihara...

    ReplyDelete
  8. Berat sebelah,kenapa nak salahkan PAS sahaja? tak nak ulas ke kenyataan Ketua Menteri PP dan Lim KIt Siang? Bagaimana dgn Anwar dan pemimpin2 PKR yg lain? PAS pun dipimpin oleh manusia jugak, ada perasaan dan maruah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasmapkr dan dap tu jgn dicamdek.tiada buruk nya mereka nie.isu peluk razaleigh hamzah tu bila pecah lubang dgn statement hodoh lagi fitnah rafizi,cepat cepat blogger pasmapkr tutup lubang.oi,jgn kutuk pimpinan pasmapkr.wira mematuk keyboard akan cover line.tak gitu admin.

      Delete
    2. Anon 12:25

      Kamu suruh orang ulas. Yang kamu mengapa tak ulas?

      Mangkok UMNO punya p3mikiran...dah berjangkit kat orang PAS

      Delete
  9. Bila jadi pemimpin pilih anak menantu pun mesti berhati hati.Jadi kita baru tak terkelaru.Dunia sekarang pasal duit boleh pecah kesatuan.Jangan ikut umno, kroni anak menantu bila dakwa lepas.Kita tak tahu niat hati seseorang tapi Allah SWT maha mengetahui.Nasihat saya pemimpin jangan campor aduk urusan kerajaan denga family.Lihat Husam.pemimpin yang bagus tapi bila dia nmenegur untuk kebaikan dia di anak tirikan.Kalau macam ini Pas tak maju lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bang....TGNA ada Nik Abduh yang suka gaduh...Hadi ada menantu Din Ayam yang suka sabotaj kawan seperjuangan ....semuanya jual nama Islam.....hanya mereka saja yang layak bercakap pasal Islam

      Delete
  10. Golongan pelapis PAs seprti..tentawi, nik abduh..din ayam...dr zuhdi yg bkal d lantik kelak sbagai pemimpin..awal2 lgi aku bgtau...aku dah tak sokong Pas...

    ReplyDelete
  11. Apabila sesuatu kaum meng angkat yang jahil lagi bahalol sebagai pemimpin , kaum ter sebut telah pun di hina oleh umat umat kaum itu sendiri akibat gagal menobat kan Al Quran dan Sunnah.

    Terimgat pulak ulamak pil pil keldai dari seberang takir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sendiri bahlol tak mau hengat.mcm ler diri tu pandai sangat.payah bila sibahlol pencacai upahan pasmapkr nie lupa yg diri sendiri terlebih lebih bahlol.

      Delete
    2. Ka kah kah
      Ulamak pil keldai el Takiri frust menonggeng...rancangan nak bawa PAS berzina dengan HAMNO tak kesampaian sebab dua JEBON BARUA telah lompat keluar dari perangkap dan raised alarm. .sampai sekarang ulama pil kedai meracau sebab berahi nak berpelukan dengan hamno tak kesampaian.....

      Delete
  12. aku sokong apa yang di tulis oleh anomnymous 12.41.dan ramai lagi lah.Biarkan Pas terus terperosok dan tersembam sekiranya peminpin mereka tidak ambil peduli apa yang orang bagi tahu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa