Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 18, 2014

Terengganu Tak Boleh Disentuh Rupanya!

Bukankah itu hanya peringatan dan kritik yang membina bagi PAS?
Rupanya bagi mereka, ketua tidak bertanggung jawab ke atas apa yang berlaku kepada PAS!
Suhaizan, kalau dah jadi ketua biasalah tu sekiranya kena puji dan kena tibai
Terima jerlah dengan hati yang terbuka.....
Kalau ko berjiwa besar, ko takkan ada masalah dengan kritik dan sebagainya!

Wakil T'ganu kecewa dengan ucapan Suhaizan
mk - 4:00PM - 17 Sep 2014


Beberapa orang perwakilan Pemuda PAS mengambil peluang untuk dalam perbahasan hari ini untuk mengemukakan kritikan ke atas ketua pegerakan itu, Suhaizan Kaiat atas ucapan dasar yang disampaikan semalam.

Walau kebanyakannya berbuat demikian dengan lemah lembut dan berkias, ada juga yang mengkritik secara terbuka, seperti wakil Terengganu, Hishammuddin Abdul Karim.

Hishamuddin ketika membahaskan ucapan dasar itu berkata beliau kecewa dengan kandungan ucapan Suhaizan, terutama atas peringatan ketua Pemuda itu bahawa PAS tewas di Terengganu dan Kedah.
"Kenapa kita anggap proses pilihan raya telus sehingga kita terpaksa menyalahkan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan (bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak). Apa salah mereka?”

Dalam ucapannya di Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor itu, Hishamuddin berkata tanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh pengarah pilihan raya PAS.

Hadi menjadi menteri besar Terengganu antara 1999 hingga 2004 manakala Azizan menjadi menteri besar Kedah antara 2008 hingga 2013.

Hishamuddin turut mempersoalkan bahawa Suhaizan tidak membangkitkan mengenai Perak, yang gagal dimenangi semula oleh Pakatan selepas mentadbir negeri itu selama setahun selepas pilihan raya umum 2008.

Belkau turut mempersoalkan seruan Suhaizan agar PAS mengamalkan “politik budiman” demi kerjasama dalam Pakatan, termasuk mengatur pertemuan antara para ketua Pemuda Pakatan dengan Hadi.
"Kita bercakap tentang budiman, tetapi tiba-tiba anggota tidak budiman dengan presiden sendiri,” katanya.

Hishamuddin juga kecewa dengan ketua AMK PKR yang mendedahkan butiran pertemuan dengan Hadi – bahawa presiden PAS itu menyatakan sokongan pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau seterusnya mempersoalkan komitmen Suhaizan pada Hadi.

"Saya mengikuti perbahasan sejak awal dan saya masih menunggu kenyataan rasmi dari ketua Pemuda PAS mengenai sokongan jelas pada presiden PAS,” katanya.

Kritikan yang timbul dalam sesi ini membangkitkan spekulasi bahawa para perwakilan mungkin mengemukakan usul untuk tidak menyokong ucapan dasar Suhaizan, yang menjadi seumpama satu usul tidak percaya ke atas ketua mereka.

Spekulasi tersebut bagaimanapun kembali reda apabila persidangan Pemuda PAS meluluskan usul ucapan dasar Suhaizan tanpa sebarang bantahan.

10 comments:

  1. 1: Tatkala Almarhum Dr Haron Taib menjadi PJ Terengganu dan DS Ahmad Said menjadi MB negeri itu, PAS mengambil pendekatan berlembut dgn umnoapco, kononnya strategik.
    2: Ianya menjadikan sebahagian pemimpin muda Terengganu keliru dan memberikan komen tentang sikap dan poendirian PAS selaku pembangkang tunggal di Terengganu.
    3: Akhirnya strategik menjadi hamppeh yg tidak membawa hasil dan rejim umnoapco selesa meneruskan kerja keji mereka .
    4: maka tak heranlah jika Sdr. Hisyamuddin , perwakilan Kuala Terengganu sukar menerima sebarang kritikan dari mana-mana pihak mengenai mereka.
    6: Persoalannya, bab wala' menjadi racun yg dimainkan tetapi mengapa kritikan perwakilan pemuda kepada ketua mereka sendiri tak masuk dalam bab wala"?
    7: In syaa ALlah selagi spesis pro Mustafa Ali ang Geng Ganu ada dan berkuasa dalam PAS terengganu, selagi itulah PAS terlalu sukar utk berkuasa kembali di negeri tersebut.
    8: Turun dan tinjau sendiri realiti dalaman PAS Terengganu dan kehendak masyarakat sendiri , nescaya kita akan temui kebenarannya.

    ReplyDelete
  2. salam..

    kalu X mau dikritik, jgn jd pemimpin. terimalah dgn kerendahan hati pabila dikritik. perbaiki dan maju ke depan. buke bila dikritik, kita melenting. ore kritik, marah kerna syg. mcm kita nga anak2, marah sbb kita syg. kalu buat x tau or x tegur..makna'y benci.

    jom kita sama2 sumbang tenaga , keringat, wang ringgit, idea u memperkasakan perjuangan Pas. jgn ckit2 nk merajuk..ckit2 nk melenting, ckit2 nk tunjuk perasaan. kerja...x buat pun. sembang je lebih.

    ReplyDelete
  3. Perjumpaan dgn hj hadi bukan sulit pun mcm soalan upsr yg bocor tu. Apa salah diberi tahu kpd umum. Apa nak marah dah kita yg kecek bodoh. Jgn marah pilihanraya tak telus. Menang di kedah 2008 pr pun tak telus gok.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Apa yang kita sedang saksikan ialah perangai s3gelintir puak minoriti didalam PAS yang buang kelaut semua asas Islam kerana hawa nafsu. Sebenarnya mereka ini adalah kelompok kecil 3xtremis di dalam PAS.

    Kita ambil contoh tindakan 50 orang p3muda PAS yang keluar Dewan semasa Mat Sabu berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS Pusat.

    50 orang daripada 547 orang perwakilan Muktamar P3muda PAS. Itu je jumlah hardcore UG. Tetapi dari tindakan mereka seolah-olah mereka adalah majoriti.

    Yang kita tak faham dimana golongan majoriti ? Bukan kita mahu melihat golongan ini bertindak sama bodoh dengan golongan ekstrimis ini. Tetapi mereka perlu meletakkan status quo realiti yang ada didepan mata - mereka adalah golongan majoriti. Sebagai golongan majoriti yang waras dan berpegang t3guh kepada prinsip Islam, mereka boleh melakukan tindakan2 yang l3bih bijak untuk menghalang golongan ekstrimis yang kecil ini merosakkan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya majoriti 500 lebih tu terajang keluar minoriti 50 tu dan halau mereka pergi masuk pemuda hamno

      Delete
  5. Pemerhati 7:47

    "jom kita sama2 sumbang tenaga , keringat, wang ringgit, idea u memperkasakan perjuangan Pas".

    Woi mamat, gi lah mu sorang bawak tin milo kutip wang ringgit dan beri kepada Nasaruddin Badak-Wi dan Nik Jet bagi membantu menambah aksesori Vellfire dan Honda Elayson/ini Cooper (Nik Jet). Orang semakin cerdik mung semakin bodoh piang....Mu sokong menatang MP PAS ini apa yang dibuatnya di Parlimen? Satu habuk pun tak berani bercakap tentang kepentingan rakyat (makan gaji buta). Yang tahu dan berani kritik parti sahabat PR aje, kalau berani ajaklah Rafizi atau Nik Nazmi untuk berbahas, rasanya terberak dalam serban tinggi tu ye?

    ReplyDelete
  6. bijak pandai pas masih lagi tidak terlepas dari tipu daya umno/apco yang dididik oleh penjajah barat ... "berlembut", "sabarlah", "tak apalah", "hormati mereka" (sedanglan mereka tidak pernah menghormati pihak lain); "jangan bermusuh", "terima dengan berlapang dada", "sayangilah saudara kamu", dll ..... prinsiplah yang digunakan penjajah untuk MELEMAHKAN orang Islam dan dengan mudah sahaja kena jajah .... pas juga akan 'dijajah' oleh umno ....

    ReplyDelete
  7. Ulamak muda yang tidak boleh ditegur ego nya sangat besar... mereka ini kalau berceramah habis satu malaysia kena kutuk..tapi hampas, habuk tarak, cakap kosong mereka ini lupa perbaiki diri... habis belajar keputusan baik tetapi hati belum masuk workshop...hati berkarat penuh mazmumah..... mereka ini bakal hancurkan PAS.... hati saya sudah patah dengan geng2 perosak ini. Daftarkan PasMa sebagai parti...tempat saya satu cawangan sedia

    ReplyDelete
  8. Asrul Sani....

    Seteruk-teruk Pemuda UMNO pun tak pernah boikot keluar dewan apabila Tim Presiden mereka berucap (ini fakta), puak-puak hingusan ini memangnya pendek akal, kalau mereka pula yang diangkat jadi pemimpin yang partinya ada terselit nama "Islam", maka bukan setakat parti sahaja yang dijauhi malah Agama Islam juga akan dijauhi dan dikatakan ekstrimis tak bertempat. Dah lihat sekarang? Rupanya yang berserban dan berlebai ini bukan sahaja setakat "kurang ajar" semasa memandu kenderaan (dari pengalaman), malah berpersatuan dan berparti pun mereka ini "lebih kurang ajar". Mungkin mereka ini syok sendiri boleh on-line dengan Tuhan dan merasakan diri lebih darjat dan "confirm" ahli syurga?

    ReplyDelete
  9. Pemuda dari parti mana sekalipun kadangkala bertindak ikut emosi dan dilihat kurang cerdik. Tapi kali ini jauh....jauh....jauh...lebih teruk dan busuk sebab mereka ini pakai "lesen" parti Islam yang sepatutnya bertoleransi dan bijak. Apa lagi yang mereka nak boikot itu bukannya anak kecil dalam politik negara. Kalau nak keluar satu dewan pun rasanya Abg Mat Sabu tak kesah kerana beliau telah mengukir nama dan memahat sejarah besar dan hebat lebih jauh dari usia kehidupan sekumpulan para pemuda "hingusan" ini. Dari telahan aku sendiri semua projek hina ini ada dalangnya sendiri mungkin Tuan Mini Cooper dari Kelate atau Vellfire dari Temerloh? Kenapa bila lihat muka TG Nik Aziz maka hati jadi sejuk dan aman sekali berbanding melihat muka "anak sasau" beliau yang cegging, perengus dan keras kepala (Nik Jet - rasa nak tampar bila jumpa)? Mungkin itu yang dikatakan petunjuk Illahi buat manusia?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa