Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 24, 2014

Senarai Exco Baru: Azmin Akan Kenang Jasa Atau Menjaga Hati?

Khalid mula jolok2 Adun PAS Selangor ‘belot’  tidak akan dilantik exco, kata Khalid Samad
PAS pula seakan paksa: 4 exco Selangor sokong Khalid akan kekal, kata pemimpin PAS
Ini arahan dari PAS atau apa?
Namun setelah apa yang berlaku layakkah mereka menyuarakan begitu kepada Azmin?

Azmin persembah nama senarai exco esok
Menteri besar Selangor yang baru dilantik semalam Azmin Ali akan menghadap sultan esok untuk menghantar nama barisan Exco barunya.
Azmin berkata pertemuan sedang diadakan bersama wakil PKR, DAP dan PAS hari ini dan bakal dibawa kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.
"Sekarang saya sedang teliti barisan exco baru seperti yang saya katakan semalam dan disusuli dengan pertemuan kedua (dengan parti) petang ini,
"Hari khamis saya akan menghadap Tuanku dan majlis angkat sumpah akan diadakan pada hari jumaat,"kata beliau ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, pentadbiran seorang menteri besar haruslah mempunyai sekurang-kurangnya empat Exco untuk mentadbir.
Sebelum ini sepuluh Exco dilantik dengan pecahan empat dari PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.
Azmin bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada akan melantik Exco asal yang dilantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.
Azmin hari ini secara rasmi memulakan tugasnya jam 7.57 pagi ini
Beliau yang tiba di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada jam 7.50 pagi, disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi dan kakitangan pejabat menteri besar sebelum diberikan taklimat ringkas mmengenai tugas beliau sebagai menteri besar ke-15 Selangor.
Azmin kemudiannya menghadiri majlis ta'ruf  bersama pegawai kanan dan ketua jabatan kerajaan di bilik gerakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. - sumber

5 comments:

  1. Calun exco dari pkr?buat apa.nama azmin pun PAS yg calunkan.ada hati plak blogger pkr nie nak cadang sesuatu.nak harapkan pkr calunkan azmin,sori ler.dasar penghasut tegar.ingat yea,azmin dilantik sebagai mb hasil pencalunan PAS.sedar diri tu skit yea.

    ReplyDelete
  2. ad pemimpin parti islam khianat terhadap dua adun yang sokong wan azizah ,kepala pemimpin sesuka hati tanpa rujuk mesyuarat kelentong macam-macam, apa daa sang pengkhianat mengelarkan orang yang berprinsip pengkhianat ! high pil kuda ka atau over wala? mana punya hukum daa ? ABU & tentang macai-macai sekutu apco & 'UG' !

    ReplyDelete
  3. Anonymouse 6.19 kata nama Azmin pas yang calunkan .kesian Pas nak mengharapkan Azmin lantik exco Pas,Sepatutnya Pas tak payah terima apa jua jawatan yang di beri.jangan kejar jawatan.Pas kerje je lebih bagus.jangn tikam kawan.kerja ikut apa kata Hj,Hadu je.jangan denagn cakap orang lain.Ingat tu.

    ReplyDelete
  4. Berani ker pkr tak bg kat pas..org melayu majoritinya lebih rela undi pas dari pkr..mampak cam gah kat alam cyber ja pkr ni.. Cuba analisa balik kerusi melayu pkr tanding brp kat selangor.. Menang berapa ja.ingat dgn sokongan cina ja boleh menang ka..kita tgk undi melayu kat pelabuhan klang nanti bila khalid letak jawatan..anwar tolong cabar org pas jgn pgkah pkr kita tgk nak jd aper

    ReplyDelete
  5. orang PAS rakyat sudah kenali sebagai GAGAL dan PENIPU. rakyat Selangor pun tak nak exco bahalol yang rata rata dari PAS.

    kalau semua AZMIN tak boleh buat keputusan mesti ikut BOTOL BESAR BOTOL KECHIK , ambil saja yang ter bahalol dari PAS mudah nak bagi Selangor pada BN dalam PRU14.

    sebaik nya AZMIN BUBAR ADUN biar ada balik Pilihanraya BAru kerana terbukti semua dari PAS itu penipu , munafik dan bahalol.

    Selangor nak orang bahalol buat apa kecuali nak jadi macam Kelantan , Terengganu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa