Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 19, 2014

Ini Perwakilan Yang Wakili Akar Umbi Yang Kata Tapi Setiausaha Agung Kata Lain

Bazanya Setiausaha Agung adalah jawatan lantikan
Perwakilan adalah pilihan ahli 
(harap korang faham apa yang aku maksudkan)

Ahli PAS mahu parti tolak jawatan MB Selangor
Published: 19 September 2014
Perwakilan PAS dari Perlis Wan Kharizam Wan Khazim minta PAS tolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 September, 2014.

PAS mesti menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor sekiranya jawatan itu diberikan kepadanya, kata seorang pemimpin akar umbi dari Perlis semasa muktamar parti hari ini.
Wan Kharizam Wan Khazim berkata PAS mesti berpegang teguh kepada prinsip integriti yang merupakan kekuatannya dan berpegang kepada janjinya terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu kerusi menteri besar Selangor milik PKR.
"Ada kemungkinan jawatan itu diberi kepada PAS. Tetapi kita sudah janji, jawatan itu untuk PKR. Jadi, saya minta persidangan ini buat satu pendirian rasmi yang PAS akan tolak jawatan itu seperti yang kita umumkan pada 17 Ogos," katanya.
Penganalisis berkata cara PAS menangani krisis menteri besar Selangor menyebabkan orang ramai mula hilang kepercayaan terhadap parti berusia 63 tahun itu.
Ini berikutan keputusan yang berbeza-beza diambil dalam hal berkaitan isu itu dan tentang siapa yang selayaknya dicalonkan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Keputusan yang dibuatnya menggoncang hubungannya dengan rakan dalam PR dan menimbulkan spekulasi PAS akan meninggalkan gabungan parti pembangkang itu.
PKR dan DAP kedua-duanya menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.
Tetapi di dalam PAS, sebahagian daripada mereka mengiktiraf Dr Wan Azizah atau timbalannya Mohamed Azmin Ali, sementara sebahagian lagi mencalonkan 3 nama lain yang diberikan kepada Sultan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menafikan beliau turut mencalonkan seorang pemimpin PAS Selangor untuk jawatan itu.
Terdapat kebimbangan dalam parti itu yang menteri besar Selangor daripada PAS tidak akan diterima kerana ia bertentangan persefahaman yang dicapai memutuskan kerusi itu milik PKR. 
Semalam, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata sekiranya pemimpin PAS dilantik menteri besar Selangor, dia tidak akan dapat bertahan lama.
"Sekiranya DAP dan PKR tidak bersetuju dengan menteri besar yang dipilih, Selangor akan jadi kerajaan negeri sementara," katanya.
Seorang lagi perwakilan mengulang kenyataan Mohamad semasa muktamar hari ini, menyeru PAS menolak jawatan menteri besar Selangor itu.
“Kita mahu satu usul tergempar dibentangkan yang menegaskan PAS menolak jawatan menteri besar Selangor atas semangat solidariti dengan rakan kita dalam PR.
"Sekurang-kurangnya kita boleh beritahu rakan kita yang kita menolak jawatan itu. Tetapi, sekiranya Sultan memilih calon PAS juga, apa boleh kita buat?,” katanya. – 19 September, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa