PAS dalam bahaya bila Hadi dolak-dalik dalam krisis MB Selangor, kata Mujahid
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 18 September 2014
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti tidak mampu mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani krisis di Selangor, kata Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa. Gambar fail The Malaysian Insider.
Ketika PAS memulakan muktamar tahunannya hari ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kegagalan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), dengan mengiktiraf Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, mungkin akan menikam dirinya sendiri.
Mujahid berkata, tidak seperti mantan presiden terdahulu, Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor, Hadi dilihat seolah-olah tidak berupaya mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani kemelut di Selangor.
"Apakah sebabnya? Adakah kerana tekanan untuk keluar PR terlalu kuat? Ataukah presiden PAS terlalu lemah," soalnya dalam tulisannya bertajuk Masa Depan PAS di Tangan Ahli PAS.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, jawapan itu penting bagi menentukan kayu piawaian masa depan PAS dan kriteria kepimpinan dalam menghadapi lanskap baru politik.
Katanya, ujian kepimpinan akan berakhir apabila mereka mendapat jawapan sama ada mereka masih relevan atau tidak untuk mengemudi lanskap baru itu.
"Sehingga ahli membuat penilaian yang matang dan luas perkiraannya, mereka akan sentiasa diperhatikan," katanya.
Katanya, laluan politik yang diberikan masyarakat bukan Islam, khususnya pengundi Tiong Hua, seharusnya mendorong pimpinan PAS mengukuhkan PR, bukannya mengecewakan masyarakat dengan berdolak-dalik dalam komitmennya terhadap slogan 'PAS untuk semua'.
Katanya, ahli PAS harus sedar dan akur kejayaannya tidak akan ke mana hari ini jika orang bukan Melayu tidak mengundi calon PAS, khususnya di Selangor.
"PAS harus berhati-hati agar tidak mengecewakan kepercayaan umum terhadapnya.
"Pengundi hari ini mengundi atas dasar keyakinannya kepada PAS dan manifesto yang kita janjikan. Lebih-lebih lagi pengundi di Pantai Barat yang tertarik dengan tawaran PR dan mengundi atas semangat PR.
"Baru setahun berlalu, dan keghairahan PR bertelagah di Selangor pastinya mengurangkan kepercayaan umum, dan PAS terpalit sebagai satu daripada pihak terlibat," katanya.
Beliau berkata, PAS tidak harus berpatah balik ke belakang seolah-olah ia terpengaruh dengan dakyah Umno yang memainkan sentimen Melayu-Islam, yang pada hakikatnya ialah perkauman sempit, yang ditentang PAS sejak berdekad lamanya.
"Sememangnya permainan sentimen Melayu-Islam Umno boleh melemahkan langkah tegas yang diambil PAS demi kebaikan politik baru yang makin kuat sekarang.
"Oleh itu, PAS dan ahlinya harus mengelakkan diri sejauh-jauhnya daripada terheret dalam krisis Selangor, yang merupakan perangkap politik Umno," katanya.
Katanya, PAS bersama dengan rakannya dalam PR cuma perlu bersabar dan istiqamah dengan meminimakan langkah yang boleh menggagalkan matlamat mereka.
Parti dalam PR juga perlu menahan diri daripada terlibat dalam perkara remeh-temeh dan menyerang sesama sendiri.
Katanya, PAS tidak boleh berfikir hanya untuk dirinya saja tetapi perlu memikirkan tentang kepentingan yang strategik dan harapan rakyat terhadap kepimpinan dalam mencapai agenda perubahan.
"Menghadiri muktamar kali ini bukan sekadar untuk mengikuti ucapan retorik dan bersemangat dalam mempertahankan kepimpinan ulama atau presiden parti.
"Ia juga tentang bagaimana perwakilan boleh mempertahankan prinsip parti, prinsip organisasi, prinsip strategi dan lebih penting, bagaimana PAS harus berperanan dalam kerangka membina masa depan negara," katanya. – 18 September, 2014
Ternyata Mujahid ni benar-2 ahli politik... tiada sekelumit sebutan atau keperihatinan terhadap agama dan bangsa(telah ditarbiah oleh DAP... seolah2 haram menyebut perkataan ini)..
ReplyDeleteYang dikomplen hanya PAS... DAP dan PKR iaitu punca segala masaalah telah dipersucikan olehnya... agaknya haram bagi beliau untuk mengkritik PKR dan DAP dalam ucapan sebagaimana haramnya pas menyebut melayu atau bangsa dalam ceramah....
Oooo...kalau aebut Islam dan Melayu sampai bebuih mulut sucilah makhluk tu.
DeleteIni soal Presiden PAS yang cakap berbelitbelit. Sekejap sokobg sekejap tarik balik sekejap ubah pendirian. Itu perangai SYAITAN walau pakai serban sebesar bakul. Itu sifat orang MUNAFIK apabila berjanji lalu mengkhianati. Perangai inilah yang mencemarkan kesucian Islam. Orang kafir yang selama ini hormat dengan toktok guru seperti TGNA kini dah hilang kepercayaan akibat cakap berbelitbelit Haji Hadi....ada pulak pencacai taksub membuta tuli taknak pakai otakk bagi menilai mana yang brnar mana salah
salam pak din
ReplyDeleteapa habaq.
muktamar PAS kebetulan pd bulan september.tiada siapa yg ambik pengajaran dari peristiwa sabra dan shatila..sedekahkan Al Fatihah pd mangsa jauh sekali.
tiada langsung dibincang bagaimana hendak membina kekuatan ummah dari aspek ekonomi,pendidikan dan sebagainya.
hanya ada perbincangan tentang kuasa,hak ulamak utk dihormati dan memunafikan org.
sayang..PAS yg diharapkan jauh tersasar....
*by kwn lama pak din
Ini semua SALAH ANWAR IBRAHIM...!
ReplyDeleteAp2a saja masalah POLITIK hari ini ber punca dari ANWAR IBRAHIM.
Dari yang berdiri PENDEK hinggalah yang Tinggi bergalah. Punca dari Anwar Ibrahim...
Yg bernama...Hadi,Tawi,abduh,tapa,rudin,suri dan deris tu orang SELANGOR ke? rakyat Selangor tak nak buat demonstrasi untuk pejuang2 seperti diatas tu ke?
berani kerana benar ! bukan membuta tuli sokong macam fanatik lengkap dengan vest haprak mennyata sokongan pada presiden,ahli fanatik tak bacakah kenyataan dokuman kumpulan perangsang sendirian berhad ? demi kroni & fulus ? ABU & geng 'UG' tetap ditentang sampai kiamat! Allahu Akhbar !
ReplyDeleteMujahid sedar kepimpinan PAS rata rata Bahalol dan tidak mau di lihat sebagai bahalol.
ReplyDeleteMujahid perlu lepaskan PAS dan masok ke PKR kerana sedar atau tidak ADUN dan MP PAS akan kehilangan kerusi di PRU14 kelak kerana Rakyat sudah bijak dan nampak hati busok PAS yang sebenar.
Hanya rakyat yang bodoh dan "failed" saja akan menyokong PAS yang ter bantut akal dan kepimpinan. Orang orang Melayu semesti nya mengundi PAS , itu pasti atas dasar Bangsa.
anak anak Melayu yang maju dan berjaya yang dapat ber fikir , akan tendang PAS keluar dari politik negara.
Eh!!!! Orang Orang Melayu rata rata boleh ber fikir ke ?
Anon 12:55 PM
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi ziarah
Itulah yang juga dikesalkan. Mereka seolah dilupakan
PAS seolah-olah tidak relevan lagi didalam PR . Selagi tidak senada dengan DAP dan PKR . Adakah salah dengan tindakkan PKR dengan memecat TSKI dan langkah Kajang . PKR & DAP bertindak atas kemashaalatan politik yang TSKI cenderung kepada tabiat yang seakan-akan UNO dan dilihat sememang begitu . Okey .... ADUN yang letak jawatan bukan dari PAS pon . Tapi PAS yang jadi Pak Sebuk .... kenapa , dah tentu ada udang disebalik mee dan terus menikam rakan dari belakang . Ini yang rakyat lihat , PAS menjadi musuh dalam selimut .Kenapa DAP boleh kekal dengan prinsip bersama PKR , itu menunjukkan DAP bijak berpolitik dan menepati aspirasi penyokong PR . PAS lebih rela melihat anak-menantu dan kroni menerima habuan dari TSKI / KPS serta menyokong perbuatan tersebut . Adakah PAS berfikir rakyat Selangor bodoh untuk menilai perkara seperti itu . Untuk PRU akan datang , selagi PAS berada dalam PR amat sukar untuk mendapat undi dari kaum bukan melayu.
ReplyDeleteApa masalah nya jika itu calun pkr yg nak dimb kan.apa perlu takut jika PAS menghantar calun bila diminta.naper perlu pkr/dap dan pencacai haprak yg bising bising.mcm siyul pkr dan pencacai nya.
DeleteAnonmous 12.21 ni pun mabuk juga.dia terminum sama dengan Kaptenya.Tak fham apa yang DR Mujahisd tulis dia terus je komen yang menunjukan otaknya dan mabuk.Jiaw melayu tapi islam nya ntah macamana
ReplyDeleteMemang semua salah anwar.dari isu yang kecil sehingga isu besar semua salah Anwar,Bukan m,asalah politik saha tetapi apa juga hal yang berlaku di Malysia atau di lain negara ke semua salah Anwar.Dan terbukti bahawa Anwar adalah manusia hebat
ReplyDeleteMemang semua salah anwar.dari isu yang kecil sehingga isu besar semua salah Anwar,Bukan m,asalah politik saha tetapi apa juga hal yang berlaku di Malysia atau di lain negara ke semua salah Anwar.Dan terbukti bahawa Anwar adalah manusia hebat
ReplyDeleteSelagi PASmasih berpegang kpd quran dan sunnah dan dipimpin oleh ulamak, jgn peduli apa puak kapitalis, liberalis,nasionalis, dsb berpandangan. Puak-puak ini tiada lain cita2nya, melainkan utk menjatuhkan Islam. Perbedaan pendapat adalah asas kepada sempurna. Parti yg dipimpin oleh pemimpin yg berjiwa Islam dan mengamalkan Islam,lebih baik daripada parti yg dipimpin oleh pemimpin yg pura2 Islam dan tidak mendapat pendidikan Islam ttp mendapat didikan sekular.
ReplyDeleteHehe...nampaknya sdra ni faqeh betul AlQuraan dan Sunnah.
DeleteTolong beri ayat-ayat AlQuraan dan Hadis Nabawi untuk menyokong tindakan koner baring mencecah tarmac yang dibuat oleh TGHH.
Kalau xleh baik diam pi jaga UMNO yang Mahathir dok serang sekarang. Tu jihad tu pertahan parti
Jiwa islam tapi cara berfikir kapitalis. Ustad2 yang mengelarkan dirinya ulamak cara berfikir macam nasionalis pun ada. Yang hatinya penuh dengan kecurigaan atau buruk sangka dengan bangsa dan kaum lain pun ada. Ini kalau mati macam mana hati penuh penyakit.
ReplyDeleteAnon 4:11 PM
ReplyDelete"Memanglah selagi PAS "pegang" Al-Furqan dan Hadis, maka jangan peduli apa orang lain kata".
Bagusnya pendapat "beruk panjat kelapa" ini ye? Parti PAS kamu ini hidup di kalangan Malaikat kah? Kalau kamu itu dah tentu hidup di kalangan "beruk" setelah turun dari pokok kelapa. Maaf Tuan Admin, aku benci sangat Melayu Otak Tahi ini lebih daripada puak-puak "Kafir" yang tahu nilai kemanusiaan.
Kalau pas keluar pakatan rakyat, Pas balik lubuk lama. Dulu orang Islam pun tak pangkah pas apalagi orang bukan Islam. Keluar sajalah Dari pakatan rakyat baik pas gabung dengan umno tukar jadi umpas@ampas
ReplyDeleteBrother. ...hidayah bukan milik siapa2. Ia milik Allah diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikhendakinya...tidak kira ia alim dalam agama kaa (ulamak) atau jahil...ilmu datang kemudian...
ReplyDeleteShabas.dr mujahid paling kelas. salute buat beliau.
ReplyDelete