Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 20, 2014

Isu Janji Dan MB: Pertelagahan Dalaman PAS Semakin Parah?

Jawatan MB Selangor sekali lagi pecahkan PAS
ANALISIS BERITA OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Published: 20 September 2014
Seruan supaya menolak jawatan menteri besar Selangor sekiranya calon daripada PAS menyebabkan perpecahan sekali dalam kumpulan konservatif dan progresif PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 September, 2014.

Baru sahaja kelihatan seperti PAS akan berbaik sesama sendiri, kumpulan bersaing dalam parti tersebut kembali berselisih berhubung jawatan menteri besar Selangor.
Ia menunjukkan walau apa yang dikatakan pemimpin mereka, pertelagahan – antara yang konservatif dan progresif – dalam parti kedua terbesar negara itu mungkin terlalu mendalam untuk diselesaikan.
Jika kepimpinan mereka tidak dapat membentuk persefahaman antara kumpulan ini hari ini, keretakan dalam PAS akan menjejaskan kelancaran pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan kebolehannya untuk menghasilkan kempen yang bagi menguasai Putrajaya.
Serangan tajam antara kumpulan ini tercetus semalam dengan berita kemungkinan menteri besar Selangor seterusnya adalah daripada PAS.
Apabila perhimpunan memulakan semula perdebatan tentang ucapan presiden pagi semalam, semuanya masih berjalan lancar.
Seruan daripada delegasi Perlis Wan Kharizal Wan Khazim bagi usul kecemasan supaya parti tersebut menolak jawatan menteri besar Selangor dipersetujui tanpa bantahan daripada muktamar.
Namun pada sebelah tengahari apabila delegasi Pemuda PAS Mohd Sany Abdullah cuba mendapatkan ahli parti supaya menyokong usul yang sama, beliau di-boo.
Pemimpin akar umbi daripada belakang dewan tidak termakan hujah Mohd Sany PAS harus menolak jawatan tersebut kerana perlu memegang pada janji kepada PKR.
Mohd Sany memberitahu The Malaysian Insider kemudiannya beliau ingin menjelaskan dengan lebih lanjut lagi hujah beliau kepada delegasi, tetapi mengubah fikiran apabila melihat semangat juang dalam dewan semakin berapi-api.
Tambahan lagi, seolah-olah ingin menunjukkan ejekan bagi Mohd Sany bukan jenaka, himpunan bersorak kuat apabila perwakilan seterusnya, Mokhtar Senik naik berucap.
Mokhtar, jurucakap sayap berpengaruh ulama parti pula meminta parti melakukan sebaliknya – menerima sesiapa yang Sultan Sharafuddin Idris Shah mahukan sebagai menteri besar Selangor walaupun daripada PAS.
Seorang delegasi Johor terkejut dengan emosi yang ditunjukkan himpunan atas cadangan Mohd Sany.
"Ia akan menjadi jalan yang panjang ke arah perdamaian," kata seorang delegasi yang tidak mahu dinamakan.
Seorang lagi aktivis PAS dari Negeri Sembilan tidak begitu terkejut dengan kekecohan daripada cadangan Mohd Sany, tetapi seperti rakan Johornya, turut bimbang dengan maksudnya.
Kedua-duanya bersetuju dengan sebab mengapa terdapat begitu banyak perpecahan pendapat dalam isu menteri besar Selangor: kemarahan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdapat persepsi dalam PAS komplot dan langkah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang popular mencetuskan krisis antara kumpulan-kumpulan dalam PAS.
PAS terang-terangan tidak bersetuju dengan Langkah Kajang sudah diketahui umum – inisiatif PKR untuk mencetuskan pilihan raya kecil pada Julai bertujuan meletakkan Anwar sebagai menteri besar Selangor.
Pada masa itu, pemimpin PAS merasakan ia merupakan pembaziran dana awam.
Oleh itu, mengikut lojik ini, keretakan PAS bermula kerana kumpulan berbeza dalam parti bertelagah tentang bagaimana untuk menerima atau menentang komplot yang tidak pernah dipersetujui mereka sejak awal lagi.
Kini memandangkan Sultan Selangor boleh memilih menteri besar daripada PAS, beberapa ahli  mengalu-alukannya sebagai pengajaran kepada Anwar, kata delegasi Johor yang tidak mahu dinamakan.
Mohd Sany, delegasi Pemuda PAS pula mempunyai pandangan lain.
"Ramai daripada PAS berpendapat ia peluang untuk menyelesaikan satu masalah. Bagi mereka, baik untuk menunjukkan PAS dapat menyelesaikan masalah yang dimulakan pihak lain."
Seorang delegasi PAS dari Selangor juga berkata ahli parti tidak selesa menolak pilihan Sultan Selangor, kerana ia akan dilihat sebagai derhaka.
Apa pun sebab pemimpin akar umbi mahukan jawatan menteri besar ini, kata ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin, parti tidak akan mendasarkan keputusan tersebut hanya dengan sentimen akar umbi.
"Kami berjanji dengan PKR dan ia bertentangan dengan prinsip Islam untuk memungkiri janji."
Hanipa mengakui perdebatan tentang jawatan menteri besar Selangor dipengaruhi sentimen, tetapi juga ada fakta yang tidak boleh diendahkan.
"Jika kita tidak mendapatkan sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kita tidak dapat mentadbir. Ini sesuatu yang kita perlu terima." – 20 September, 2014.

3 comments:

  1. Kedudukan MB Selangor menunjuk kan perebutan antara orang orang bodoh yang sangka bijak bila dapat peluang mudah buat duit.

    MB tu bukan kerja orang orang yang gagal dan gagal menjana ekonomi sendiri akan mengagal kan negeri macam terengganu kelantan dan pahsng.


    PAS patut guna otak dalam politik tettapi jika kepimpinan PAS sendiri lembab dan Gagal , apa lagi boleh di harap oleh Melayu Melayu kampong yang tak ber duit panjang.

    ReplyDelete
  2. kalau Adun PAS dilantik menjadi MB Selangor tentu PKR dan DAP tak setuju, jika Adun PKR dilanti pula, bagaimana dgn perjanjian SD dgn W Azizah? sampai bila akan dapat MB baru? Cara terbaik bubar saja DUN.

    ReplyDelete
  3. Pandai tmi@utusan menuwar label ulamak sbg konservatif dan lajnah pkr sbg progresif...x sangka sokong bini sendiri progresif plak...hahahahahahaha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa