Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 23, 2014

Huhh......Berkuasa Sungguh Anwar Ni Yer?

Mu no ngoyak gapo Shahrizat ooii......?
Mu tu onghe penang, laki mu jah oghe kelate... tu pun tok leh harap!
Mu tahu sangat ko peranga oghe kelate?
Oghe kelate suko benar sambut cabare.......

"Nasib baiklah pembangunan di negeri Kelantan hari ini di bawa BN. Kalau tidak ramai orang Kelantan pergi ke Kuala Lumpur"

Mu kecek gapo Sharizat weh?
Dah dua penggal N01 bawah BN. Gapo ada?
Hok ada ari ni tu bila buatnya?
Kalau setakat kompleks Kastam, Imigresen dan Polis tu memang kerja Putrajaya!
Ade ker mana-mana negeri yang buat sendiri perkara-perkara ni?

Walau pun saya ramal BN menang di Pengkalan Kubor tetapi kalau menang bukanlah menjadi gambaran sikap sebenar orang kelantan

Usahawan wanita paling berjaya jika BN perintah Kelantan, kata Shahrizat 
Published: 22 September 2014
Tanpa pembangunan yang dilakukan Putrajaya di negeri itu pasti lebih ramai warga Kelantan yang akan berhijrah ke Kuala Lumpur, kata seorang pemimpin Barisan Nasional pada hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2014.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengingatkan wanita di Pengkalan Kubor agar tidak lupa mengundi Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan agenda pembangunan wanita di kawasan itu terus terpelihara.


Ketua Wanita BN itu berkata, tanpa pembangunan yang dilakukan Putrajaya di negeri itu pasti lebih ramai warga Kelantan yang akan berhijrah ke Kuala Lumpur.
“Kalau BN menjadi kerajaan negeri, saya percaya usahawan yang paling berjaya di negeri ini sudah semestinya wanita dari negeri Kelantan.
“Nasib baiklah pembangunan di negeri Kelantan hari ini di bawa BN. Kalau tidak ramai orang Kelantan pergi ke Kuala Lumpur.
“Kalau tiada kerajaan BN menampung dan membantu, saya tak tahu apa akan jadi kepada semua rakyat Kelantan yang ada pada hari ini," katanya ketika berucap di hadapan kumpulan wanita di Kajang Sebidang, Tumpat, petang ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran dari PAS Mohd Zaki Ibrahim hari ini berkata, selama tiga penggal Umno menguasai Pengkalan Kubor, tiada perubahan drastik dirasai pengundi di kawasan ini malah ia lebih buruk dari kawasan yang ditadbir Adun PAS.
“Sepatutnya dengan tiga penggal, mereka boleh buat macam-macam pembangunan di Pengkalan Kubor tetapi sama dengan Adun lain daripada PAS.
“Kadang-kadang DUN lain yang diwakili PAS lebih baik dari sudut pembangunan jika nak banding dengan Pengkalan Kubor,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Shahrizat berkata sekiranya Parlimen Tumpat dimenangi BN dalam pilihan raya umum yang lalu maka kekayaan dan kemajuan akan melimpah ke kawasan ini.
Beliau turut mempengaruhi pengundi dengan menggambarkan kepincangan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor supaya tidak terbawa-bawa ke negeri Kelantan.
“Jika ahli parlimen BN, Tumpat punya peluang yang begitu luas. Majulah, kayalah semua yang berniaga di sini.
“Faham tak apa yang berlaku di Selangor? Saya tengok naik kesian sebab PR dah nak hancur. Kalau ada yang minat PAS, pangkah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Nak ke Anwar?
“Tengok tak macam mana dia buat dekat (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dihina. Dia bawa DAP. Dia hentam dan biadap dengan Hadi. PAS tak boleh buat apa kerana Anwar yang kawal mereka," katanya.
Sementara itu, Shahrizat yang ditemui selepas ceramah berkata beliau tidak tahu menahu wujud poster eksploitasi BN terhadap PAS.
Katanya, sesiapa sahaja boleh menaikkan poster berkenaan dan beliau tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada pakatan pembangkang sendiri.
“Saya langsung tak mendengar perkara itu. Kita tak tahu kerana sesiapa sahaja boleh menaikkan poster. Kita tak tahu siapa punya poster itu.
“Pembangkang boleh guna taktik untuk mendapat simpati. Kita tak tahu. Bagi kami, kami sangat berhati-hati mengenai perkara ini.
“Sebagai contoh jika pembangkang mahu meraih undi, sesiapa pun boleh naikkannya," katanya kepada The Malaysian Insider. – 22 September, 2014.

6 comments:

  1. Perangai yg sedang d contohi org2 PAS

    ReplyDelete
  2. Amat kurang berminat terhadap PAS sebab MB Ahmad Yaakob dah keluarkan "fatwa" PAS dan UMNO seperti adik beradik dan PAS pun pecahan UMNO. Oleh itu nak sokong apa lagi PAS? Sokongan untuk UMNO adalah lebih baik bagi merendahkan ego segelintir pemimpin PAS terutama Presideng, MB dan Timbalan.....(mereka ini dah tiada nilai tambah dalam PAS).

    ReplyDelete
  3. Bn menang semua wanita N01 akan menjadi tokey lembu.kak ijat akan supply lembu.dan lembu plak akan diternakbiak dikondo.maka bercambah ler kondolembu di N01.tapi ckp golongan mamak nie kena tapis habis habisan.sepuloh cakap,sebelas nya tipu.

    ReplyDelete
  4. xperla...dia umno xkan nk citer kebaikan pr plak.....

    ReplyDelete
  5. Buat apa bertanding. Buang masa dan duit. Bentuk saja kerajaan perpadue dgn umno

    ReplyDelete
  6. MAMAK !!!!!

    KASI ITU LEMBU LEMBU 250 SATU MARI....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa