Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 3, 2015

Kanak-Kanak Etnik Ini Punah Dari Segi Psikologi Kerana Perang

Etnik Kachin di Myanmar tidak punyai negara
11:30AM Jan 03 2015
LAPORAN KHAS: “Di mana negara awak?” soalan itu diajukan kanak-kanak berusia 3 tahun dari pekan Laiza di wilayah Kachin di Myanmar. Ia mengejutkan Hkawng Naw, wartawan tempatan yang melaporkan daripada barisan hadapan perang saudara yang telah tercetus sejak 2013.

“Dia anak buah saya… Dia tak berasa ini (Myanmar) negaranya,” ujar Hkawng Naw, seorang etnik Kachin, kepada Semut Harian. “Semua kanak-kanak di IDP (tempat pelarian) berkata mereka akan berjuang bagi kemerdekaan apabila besar kelak.”

“Kachin tak sukakan warga Burma, kerana beranggapan tentera Burma memerangi mereka,” ujar Hkawng Naw.

Dia berkata sejak penghujung pemerintahan Junta pada 2011, terdapat hampir 160,000 pelarian di Wilayah Kachin.

Laiza, merupakan pekan di utara Myanmar dengan disempadani China. Ia merupakak tapak latihan 23 kadet Tentera Pembebasan Kachin yang didakwa terbunuh dalam pertempuran dengan Tentera Kebangsaan Burma pada 19 Nov.

“Bahkan ketika kanak-kanak bermain, mereka gemar melakonkan aksi bertempur dengan tentera Burma kerana asyik menyaksikan peperangan di kem IDP,” ujar wanita itu.

Perjuangan bagi “kebebasan” daripada kerajaan pusat Myanmar, yang diterajui Presiden Thein Sein, telah menyebabkan ramai terpaksa berpindah termasuk melarikan diri ke Malaysia.

Hkawng Naw mengakui berasa gentar dengan peperangan kerana bakal menjadi ikutan generasi akan datang di Kachin.

“Saya ke sekolah di kem IDP dan para guru berkata: bunuh. Murid-murid membuat ayat ‘Tentera Burma membunuh rakyat Kachin setiap hari’.

“Mereka (kanak-kanak) tidak berasa Myanmar negara mereka,” tegasnya.

Seperti Malaysia, Myanmar pernah dijajah kolonialis British dan baka menyambut kemerdekaan ke-67 esok (Ahad 4 Jan). impak dasar pecah dan perintah begitu jelas disaksikan di 135 jajahan eknik di 14 wilayah.

“Sebagai warganegara Kachin, kami berbaik dengan pihak British. Pemimpin kami membantu British (semasa Perang Dunia II) menentang Jepun.

“Kumpulan eknik lain bencikan British tetapi mereka mentadbir dengan kebih baik berbanding kerajaan Myanmar,” katanya.

Kyaw Ye Lynn, dari etnik Karen, setuju dengan Hkawng Naw bahawa perjuangan mendapatkan kebebasan pernah menyatukan etnik minoriti Myanmar.

“Sebelum 1948, semua etnik bersatu di bawah pentadbiran Burma di bawah satu bendera, dengan matlamat kebebasan bagi satui negara,” katanya.

Kejayaan mereka hanya bertahan selama sebulan.  

Kyaw Ye Lynn berkata kumpulan pemimpin masyarakat etnik berpecah kerana pertelagahan tentang dasar dan kemudian menentang kerajaan kebangsaan Burma di bawah pimpinan Presiden Sao Shwe Thaik. 

“Ia menjadi iguan semua rakyat Myanmar. Selepas persefahaman ranap, kesemua kumpulan etnik berperang dengan kesatuan kerajaan kebangsaan yang didominasi masyarakat Burma,” ujarnya merujuk terma di dalam Persetujuan Kemerdekaan Panglong.

Ia ditandatangani pada 12 Feb 1947 di antara kerajaan sementara Burma dengan Liga Kebebasan Rakyat Anti Fasis (AFPFL) melibatkan kumpulan Shan, Kachin dan Chin.

Dokumen itu menjadi asas penyatuan etnik Myanmar tetapi termanya tidak dipenuni bapanya Aung San Suu Kyi yang dibunuh pada 19 Julai 1947.

Dalam laporan kedua esok (Ahad 4 Januari), Semut Harian meninjau maksud “kebebasan” di kalangan pelarian etnik Chin dan impaknya kepada Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa