Mufti kena bersuara dalam hal ini, ini kerana kesannya lebih parah daripada kita memeluk anjing. Adakah mufti takut untuk mengecam atau mengeluarkan fatwa disebabkan Najib dan konco-konconya pernah menghidangkan program k-pop ini semasa perhimpunan belia di Putrajaya yang lalu kepada remaja-remaja negara.
Pihak media, ulama, tokoh dan pihak berkuasa agama wajar beri liputan dengan mengutuk program K-POP dan penyebaran beberapa gambar serta video memaparkan beberapa orang gadis Melayu bertudung dicium serta dipeluk artis Kpop.
Tokoh Agama, Dr Zaharuddin Abd Rahman, berkata ia perlu dilakukan seperti kecaman program menyentuh anjing kerana dosa pelukan seperti dalam video itu dan pengaruhnya jauh lebih besar kepada masyarakat.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam.
“Astaghfirullahal ‘Azim, program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing.
“Bapa dan suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian, Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa. Biarkan diri dicabul atas nama suka dan disorak pula,” tulis Dr Zaharuddin di laman Facebooknya.
Dr Zaharuddin berkata, tudung yang sepatutnya menutup aurat tubuh daripada dilihat, nampaknya hanya sekadar hiasan dan fesyen hingga membiarkan diri disentuh dan dipeluk cium.
Katanya, video itu telah tersebar dan si pelakunya juga tahu program ini tersiar langsung di media maka siarannya di sini tiada membuka aib sedang pelakunya.
“Taubat wajib bagi mereka yang terlibat namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud youtube.
“Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan mengenal dosa dan pahala serta mampu menjauhi kemurkaanMu.
“Tidak perlu maki hamun di ruangan komen kerana tiada banyak nilainya, berfikir dan bertindaklah menasihati gadis-gadis peminat kpop di sekeliling kalian,”. S Kini
Sebagai seorang bergelar 'Dr" dan tokoh agama beliau haruslah berhati-hati bila ber qias.
ReplyDeleteUntuk para Uztaz biasa-biasa memang betullah Konsert tu lagi teruk dari pegang anjing. Ini hukum asas.
Masalahnya beliau membuat perbandingan dengan peristiwa Kempen Menyentuh Anjing.
Kempen menyentuh Anjing ini ialah satu gerakkan terancang. Anjuran kumpulan tertentu dengan BANTUAN RAKAN-RAKAN yang terpaksa mendiankan diri. Kita semua tau kan siapkan? Bertujuan untuk memalukan Institusi Agama Islam, Raja Penaung dan juga institusi ulama Mahzab Syafie. Apabila di berikan reaksi golongan ini pula terus-menerus menyerang institusi tersebut. Kononnya budget berkasih-sayang la sesama haiwan walhal hukum berkasih-sayang dan menghormati haiwan jelas sudah dalam Islam. Tak perlu nak tunjuk pandai kat sini. Kita semua tau pegang anjing itu asasnya boleh dan harus tetapi menjadi haram apabila terdapat faktor dan asbab pengharamannya.
Konsert itu pula lebih kepada keghairahan dan nafsu pemuda (K-Pop artist) dan Pemudi (muslimah ). Teruja terlebih-lebih. Saya tidak fikir ianya satu gerakkan terancang mahu dari penonton, artis itu sendiri malahan dari pihak penganjur mahupun kerajaan. Sebagai nota:- Untuk tujuan hiburan ianya bidangkuasa kerajaan Tempatan atas permit hiburan seperti ini bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri atau Persekutuan )
Jelas perbandingan dan qias Dr tidak tepat kerana maksud dan tujuan keduanya berbeza dan keadaannnya berbeza. Kempen menyentuh anjing itu lebih teruk berganda-ganda dari konsert K-Pop tersebut di lihat dari sudut kepentingan Islam.
Maka sebagai seorang bertaraf Dr dan tokoh agama haruslah lebih teliti dan lebih mendalam pengupasannya.
Biarlah hukum-hukum asas meyentuh anjing dan berpeluk di konsert di bincangkan oleh para Uztaz dan pegemar media sosial. Untuk bertaraf Dr dan Mufti harus lebih lagi.
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa
ReplyDelete“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”
Terus terang hujah anon 11.59 amat dangkal dalam memahami masalah hukum fekah. Sentuh anjing hanya memerlukan seseorang itu bersuci, manakala dosa menyentuh wanita bukan mahram tidak dapat disucikan dengan air mahupun apa-apa kaedah penyucian. Jika kempen menyentuh anjing adalah dikatakan haram, majlis hiburan yang melalaikan yang mencampur pergaulan antara jantina adalah lebih haram dan berdosa besar.
Dlm hal penyucian bagi yg bukan mahram bersentuhan itu sebenarnya ada iaitu HANYA dgn bertaubat. Mungkin anon 12:50pm terlepas pandang hal yg ini. Ulasan2 anon ini yg lain itu adalah tepat dan benar.
DeleteSaya ialah Anon di atas dan semua orang Islam dewasa yang munasabah sepatutnya tahu bab hadis ni. Seingat saya perkara ini kita patut tahu masa peringkat sekolah menengah lagi. Siapa yang tak tahu samada tidur dalam kelas atau sengaja malas.
ReplyDeleteBaca balik tulisan saya betul-betul
Hukum Fekah asasnya memang betul lah bab Konsert tu lagi teruk. Saya tak nafikan. Dan tak perlu saya terangkan lanjut kat sini sebab semua dah tahu termasuk saudara/ri yang tak dangkal ini.
Maksud saya Sebagai Dr dan tokoh agama beliau kena berhati-hati bila nak buat kias sebab dia bukan Uztaz biasa. Perbandingan haruslah tepat dan mendalam.
Kalau dia banding seorang memegang anjing dengan sengaja dan seorang memeluk bukan muhrim betullah jika menurut hadis tersebut.
Tapi beliau bercakap pasal KEMPEN MENYENTUH ANJING. Kempen tersebut bukanlah satu tindakan terasing (isolated) tetapi terancang dengan TUJUAN yang berbahaya. Dr ini juga membuat perbvandingan yang tidak tepat yakni KEMPEN MEYENTUH ANJING dan KONSERT.
Kalau nak tepat beliau kena kata MENYENTUH ANJING SECARA SENGAJA (TANPA MERUJUK KEMPEN) adalah lebih baik dari konsert K-Pop Tersebut. Ini barulah betul sesuai dengan tarafnya dan berdasar hadis tersebut. Akan tetapi beliau merujuk secara lansung kepada KEMPEN MENYENTUH ANJING yang mana KEMPEN ini bukan insiden biasa.
Uztaz biasa bincangkan bab hadis dan hukum asas. Itu tugas Uztaz.
Tokoh agama dan mufti selain asas kena bincang bab tujuan kesan secara menyeluruh. Bab-bab asas ni patut semua dah tau dah sebab kita bukannnya negara yang tidak menyediakan pendidikan asas Islam.
Maksudnya kempen pegang anjing lagi teruk kesannya kepada Islam dari konsert tersebut atas tujuan yang sebut di atas. Sila baca betul-betul.
Terimakasih.
Saya ialah Anon di atas dan semua orang Islam dewasa yang munasabah sepatutnya tahu bab hadis ni. Seingat saya perkara ini kita patut tahu masa peringkat sekolah menengah lagi. Siapa yang tak tahu samada tidur dalam kelas atau sengaja malas.
ReplyDeleteBaca balik tulisan saya betul-betul
Hukum Fekah asasnya memang betul lah bab Konsert tu lagi teruk. Saya tak nafikan. Dan tak perlu saya terangkan lanjut kat sini sebab semua dah tahu termasuk saudara/ri yang tak dangkal ini.
Maksud saya Sebagai Dr dan tokoh agama beliau kena berhati-hati bila nak buat kias sebab dia bukan Uztaz biasa. Perbandingan haruslah tepat dan mendalam.
Kalau dia banding seorang memegang anjing dengan sengaja dan seorang memeluk bukan muhrim betullah jika menurut hadis tersebut.
Tapi beliau bercakap pasal KEMPEN MENYENTUH ANJING. Kempen tersebut bukanlah satu tindakan terasing (isolated) tetapi terancang dengan TUJUAN yang berbahaya. Dr ini juga membuat perbvandingan yang tidak tepat yakni KEMPEN MEYENTUH ANJING dan KONSERT.
Kalau nak tepat beliau kena kata MENYENTUH ANJING SECARA SENGAJA (TANPA MERUJUK KEMPEN) adalah lebih baik dari konsert K-Pop Tersebut. Ini barulah betul sesuai dengan tarafnya dan berdasar hadis tersebut. Akan tetapi beliau merujuk secara lansung kepada KEMPEN MENYENTUH ANJING yang mana KEMPEN ini bukan insiden biasa.
Uztaz biasa bincangkan bab hadis dan hukum asas. Itu tugas Uztaz.
Tokoh agama dan mufti selain asas kena bincang bab tujuan kesan secara menyeluruh. Bab-bab asas ni patut semua dah tau dah sebab kita bukannnya negara yang tidak menyediakan pendidikan asas Islam.
Maksudnya kempen pegang anjing lagi teruk kesannya kepada Islam dari konsert tersebut atas tujuan yang sebut di atas. Sila baca betul-betul.
Terimakasih.
Jika anda bijak bistari dan boleh memberikan kupasan mengikut cara pemikiran anda itu, tolong beritahu kami semua ini ayat mana dlm Al-Quran atau hadis yg mana dgn perawinya sekali yg menyatakan memegang anjing itu adalah berdosa. Selagi anda tidak dapat mengemukakan perkara di atas, bagi kami anda telah menunjukkan sikap berprasangka buruk anda terhadap Dr yg anda maksudkan itu. Larangan bersentuhan lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dgn sengaja tanpa nikah mahupun atas sebab-sebab yg diharuskan pd syarak adalah jelas hukumnya haram.
DeleteBahalol saja
ReplyDeleteMufti Haramjadah tak nak bersuara ke?
ReplyDeleteOpsss lupa mufti haramjadah ni beridealogi UMPORNO