Cuma PRU13 aku sokong PR
PRU14 kalau panjang umur.....tak tahulah nak pangkah siapa
Bersatulah untuk kebaikan rakyat, kata Mufti Perak
WARTAWAN SINAR HARIAN - 1 Januari 2015
KUALA LUMPUR - Menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pemimpin membela nasib rakyat apatah lagi yang baharu sahaja ditimpa musibah, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Beliau berkata, walaupun berlainan ideologi, Islam mengajak umatnya bersatu bukannya berpecah-belah.
“Berbeza pandangan itu perkara biasa tetapi bukan sampai menyusahkan rakyat. Islam mengajak semua bersatu dan ini mungkin masa yang paling sesuai untuk Pas dan Umno bekerjasama demi kepentingan rakyat," katanya ketika mengulas cadangan kerajaan campuran di Kelantan bagi membolehkan proses pembangunan semula.
Katanya, setiap pemimpin diingat berpegang amanah yang diberi agar tidak mementingkan peribadi sahaja.
“Insya-ALLAH langkah ini mampu membantu rakyat khususnya di Kelantan membina kehidupan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, langkah itu sangat baik dilakukan ketika ini di mana rakyat terjejas mahukan pembelaan sewajarnya bukan lagi berdepan dengan sebarang masalah.
“Rakyat penat dan sedih dengan kemusnahan dialami dan mereka harapkan ada bantuan segera untuk memulakan kehidupan," katanya.
Tambahnya, ini bukan masa bercakap tentang kepentingan ideologi tetapi mengenai pembangunan rakyat.
Orang orang bahalol adalah umat umat yang gagal ; gagal tambah nilai ekonomi sendiri , jauh lagi ekonomi bangsa.
ReplyDeleteRata rata maksn gaji buta saja dengan pemikiran benggap metela.
Semua nya menongkat langit se belum di bungkus kain kapas.
Apa kah Islam mengalakan orang orang Bahalol menjadi pemimpin ???
Apakah orang orang Bahalol layak memberi nadihar membangunkan negara bangsa dan agama ???
Rata rata pun orang orang Zmelayu saja.
Minta tok petti supaya nasihatkan pihak kerajaan dipusat lunaskan tanggungjawab terhadap negeri seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan kembalikan royalti kepada negeri Kelantan seperti mana perjanjian kerajaan dengan petronas! Tak timbul soal berpadu @ UG! Kelantan ni 99% melayu...namun UMNO /BN sanggup menzalimi rakyat melayu kelantan dengan menafikan hak mereka untuk membangun bersama kerajaan yang dipilih dgn cara menyekat bantuan dan peruntukkan pembangunan serta hak royalti... cubalah kerajaan pusat bersikap gentleman dan kemukakan wakil rakyat yang wibawa... nescaya rakyat kelantan pasti boleh menilai..siapa lebih baik! Ini kerana...akhir2 ni wakil rakyat PAS pun ada yang HANCUSS! @ Makan gaji buta dan jual ayat2 aje... jangan marah..nanti kena jual!
ReplyDeleteAssalamu'alaikum sizzly7761,
DeleteApakah anda fikir hok ni ada prinsip macam arwah Datuk Ishak Baharum? Jika jawapannya adalah ya, anda tersilap besar!
Bukankah menjadi tanggungjawab pemimpin memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira anutan politik dan agama?
ReplyDeleteAbe
ReplyDeleteMufti suruh tanya Haji Hadi. Haji Hadi buatlah kerajaan UG di Terengganu dulu sebagai contoh. Jangan nak sebok kat negeri orang lain. Rekod beliau hanya berjaya menjadi MB sepenggal itu sudah menolak hak dia untuk sebok di negeri orang lain.
Mufti ini pun cuba menangguk diair keroh juga. Sebenarnya kos pembinaan semula negeri kelantan bukan isu besar. Kerajaan pusat berhutang dengan rakyat negeri kelantan royalti minyak. Gunalah duit itu. Itu hak rakyat kelantan dan tidak menjejaskan hak rakyat negeri lain. Cuma mekanisma macamana hendak disalurjan sahaja perlu dibincang. Saya tidak setuju duit itu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan dibawah kepimpinan sekarang. Sah mereka tak mampu. Jadi perlu wujud satu bentuk kerjasama bagaimana penbangunan semula dan penggunaan duit tersebut.
Kalau Serah kepada kerajaan lusat sepenuhnya, seperti biasa kroni-kroni mereka je yang kenyang dan hasil semua substandard. Nak serah kepada state dengan Nik Amar jadi kepala, cerita kena tiou suk-suk la. Walhasilnya hancur lebur macam ladang-ladang YIK la. Tok lebai2 UG lun pakai mercedes S Class baru semualah