Tetapi keraguan tetap ada. Tidak adakah kemungkinan tindakan diambil untuk mengaburi fakta setelah tidak berjaya ditangkis dengan juga menggunakan fakta?
Maka jadilah akta digunakan menghapus fakta!
Perlu ingat juga, pengampu dan pembodek ada di mana-mana dan hanya menunggu peluang yang terdedah sahaja.
Sekarang ini mereka bukannya lagi terdiri dari golongan bodoh piang tetapi dari golongan yang bijak dan pastinya bijak memenafaatkan peluang
Pencipta fitnah di ruang siber perlu dihukum
Pembohongan terbaru yang disebarkan di Facebook ialah mengenai ibu kepada Ketua Menteri Musa Aman, yang dikatakan seorang warga Indonesia.
KOTA KINABALU: Tiga pemimpin tertinggi negara sentiasa menjadi sasaran fitnah warga netizen iaitu Perdana Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman sehingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif yang perlu dihentikan.
Sehubungan itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pakatan NGO Pro BN mahu polis, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan pejabat Peguam Negara Persekutuan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan fitnah dan maklumat palsu dalam ruang siber.
Presidennya, Zulkarnain Mahdar, berkata ketiga-tiga agensi itu perlu menguat kuasakan undang-undang yang ada dengan mengambil tindakan kepada pesalah dan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya menyebarkan pembohongan, fitnah dan umpatan yang menghuru-harakan keharmonian.
“Pembohongan terbaru yang disebarkan di Facebook ialah mengenai ibu kepada Ketua Menteri Musa Aman, yang dikatakan seorang warga Indonesia sedangkan yang sebenarnya ibu Ketua BN Sabah ini adalah Dusun dari Keningau.
“Ini adalah pembohongan terang-terangan terhadap ibu Ketua Menteri kita. Saya yakin orang yang tidak bertanggungjawab sengaja mencipta pembohongan ini untuk mencetuskan keraguan di kalangan penduduk tempatan,” katanya.
Zulkarnain berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli di pejabat AG Persekutuan Pentadbiran Persekutuan di bangunan Kompleks, di sini.
Memorandum yang sama juga dihantar ke Balai Polis Karamunsing dan ibu pejabat SKMM di sini yang menggesa tiga agensi itu bertindak proaktif dengan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati menyebarkan fitnah di dunia maya.
Menurut Zulkarnain, orang yang tidak bertanggungjawab dan giat mencipta serta menyebarkan pembohongan dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp itu bertujuan untuk memenuhi agenda peribadi atau lebih teruk lagi untuk memfitnah dan menghina pemimpin-pemimpin tertentu.
Beliau menambah, banyak maklumat palsu lain yang disebar dalam media sosial seperti jumlah 40,000 warga Bangladesh yang kononnya dibawa ke negara ini untuk dijadikan pengundi hantu dalam pilihan raya umum ke-13 hingga membimbangkan rakyat.
“Memandangkan kepada situasi ini, adalah penting bagi tiga agensi ini untuk mengheret pesalah dan dalang ke mahkamah,” katanya dan mencadangkan supaya ceramah, taklimat dan kempen untuk mendidik orang ramai mengenai bahaya menyebarkan pembohongan dan maklumat palsu di Internet dan media cetak.
Pakatan NGO Pro BN, kata Zulkarnain, akan mengadakan kempen anti fitnah secara besar-besaran yang akan dilancarkan di peringkat negeri di sini, tidak lama lagi.
Amat molek sekali cadangan Pakatan NGO Pro BN untuk mendakwa di mahkamah pihak yg dikatakan membuat fitnah di media siber itu. Akan tetapi barang perlu diingat, jika pihak mahkamah memutuskan setelah perbicaraan selesai apa yg dikatakan fitnah itu tidak benar, maka senjata akan makan tuan dia balik. Sudahlah apa yg didakwa itu benar, mereka perlu pula menanggung kos tuntutan timbal balik dan kos mahkamah juga.
ReplyDelete