Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 12, 2015

Tiga kes mahkamah merugikan Najib

 | February 11, 2015
Mereka yang tidak berfikiran secara waras sahaja mengakui serta memuji kesederhanaan dan keadilan di bawah pentadbiran Najib.
najib shahPETALING JAYA: Walaupun ada yang terlalu gembira dengan terhumbannya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, hakikat sebenar hukuman tersebut merugikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa Shahbudin Husin.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO itu berkata, Najib sebenarnya sedang tersungkur dalam persepsi buruk di mata rakyat.
Jelas beliau, Mana tidaknya, Najib sebelum ini turut dikaitkan dengan kes penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya manakala anggota polis Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar pula dituduh membunuh model warga Mongolia itu.
“Razak Baginda didapati bebas dan kesnya langsung tidak dirayu. Azilah dan Sirul, walaupun tiada motif, tetap didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
“Anwar pula, di sebalik semua rentetan keraguan yang ditimbulkan dalam mahkamah dan didedahkan secara meluas di media-media, akhirnya didapati bersalah dan dihukum lima tahun penjara,” katanya.
Menulis dalam entri terbaru blog shahbudindotcom.blogspot.com hari ini, tambah beliau, ketiga-ketiga kes ini memberi impak yang besar kepada pentadbiran Najib dari segi keyakinan rakyat mengenai keadilan dan kesederhanaan yang dilaungkan beliau sebelum ini.
Katanya, hanya mereka yang tidak berfikiran secara waras sahaja mengakui serta memuji kesederhanaan dan keadilan di bawah pentadbiran Najib.
“Semua ini, secara diam dan perlahan-lahan, sebenarnya sedang marak umpama api dalam sekam di hati rakyat dan hanya menunggu masa untuk meruntuhkan segala-galanya,” ujarnya.
Shahbudin mendakwa, kesedihan dan simpati rakyat walaupun tidak diluahkan secara terbuka sebagaimana kali pertama Anwar dihantar ke penjara dulu, namun mereka seolah-olah sedang memendamnya dalam perasaan dan hanya menunggu tarikh pilihan raya akan datang untuk meluahkan segala-galanya.
“Janganlah terlalu bergembira dengan hukuman yang diterima Anwar dan boleh jadi pisang yang mahu disedekahkan itu adalah juga untuk meraikan sebuah kejatuhan yang lain di masa akan datang,” akhirnya.

Three court cases that affect Najib’s credibility
 | February 11, 2015
Doubts have been cast as to the fairness of the Malaysian justice system, says blogger Shahbudin.
najib razak, anwar ibrahim, razak baginda, sirul azhar copyPETALING JAYA: A persistent critic of Najib Abdul Razak has pointed out that government prosecutors treated Anwar Ibrahim differently from the way they treated Abdul Razak Baginda, a close associate of the Prime Minister.
Prosecutors did not appeal the October 2008 High Court decision that acquitted Abdul Razak of a charge of abetting in the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu, but they promptly appealed when Anwar was acquitted of sodomy in March 2014.
This casts doubt on the fairness of the Malaysian justice system, says Shahbudin Husin in his latest blog posting.
He says the government’s handling of the two cases, as well as the case of the policemen sentenced to death for the “murder without a motive” of Altantuya, may yet prove to be Najib’s undoing.
The three cases, he adds, leave serious doubts as to the credibility of Najib’s claims of his respect for justice and his espousal of moderation.
“They are the fires that rage in the tinder within the rakyat’s heart and will in time bring everything down,” he warns.
“When one considers the three cases together, whether one is thinking inside the box, outside the box or beside the box, one cannot escape the feeling that there are clear departures in the administration of justice in Najib’s era.
“Only those without a thinking box will affirm and praise the Najib administration’s so-called dedication to moderation and justice.”
Shahbudin acknowledges that Anwar’s conviction yesterday has not been greeted with the kind of noisy protests associated with the birth of the Reformasi movement, but he warns that it would be wrong to assume that his supporters are resigned to his fate.
“The sadness and sympathy with Anwar is being felt everywhere, waiting only to be expressed at the next general election,” he claims.
“In truth, it is Najib who stands to lose the most from Anwar’s conviction.”

1 comment:

  1. Bijan ada banyak duit 1MDB boleh guna beli orang sampai tak boleh usik.

    Bijan bukan bodoh walau nampak bodoh.

    Ini semua pasal Mahathir.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa