Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 12, 2015

Eh....Mamat ni nak cakap apa sebenarnya?

Pemberita salah olah dalam penyampaiannya
atau memang dia tak tahu nak ceritakan bab apa?

Kawan makan kawan ker atau isu krisis dalaman?
atau nak ceritakan yang PAS tak pandai pilih kawan?

Adakah dia nak kata kawan ideal bagi PAS adalah UMNO?

PAS dalam situasi kawan makan kawan
 | February 12, 2015
Selain bergelut di dalam, PAS juga berkrisis dengan DAP dan PKR,
Wan Abdul HakimKUALA LUMPUR: Kawan makan kawan, begitulah ibaratnya kedudukan dan nasib PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat sehingga ia dilanda dengan kemelut dan perpecahan dalaman yang teruk
Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar berkata, keadaan PAS yang bergolak di dalam dan bertelagah di luar adalah akibat salah pilih kawan dalam politik.
Menurut beliau selagi Pas berkawan dengan rakan politiknya di dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR, selagi itulah masalah di dalam parti berkenaan tidak akan selesai malah dijangka akan lebih buruk.
“Jika kita perhalusi dan mendalami perjuangan politik PAS bersama sekutunya DAP dan PKR, bukankah sedikit demi sedikit pelbagai masalah yang timbul dan berlaku di dalam parti berkenaan dapat ditonton secara percuma,” jelasnya.
Beliau menambah, “Daripada isu biasa kini melarat kepada isu kepimpinan di dalam parti seperti kewibawaaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas. Sebab itulah dalam memilih kawan ini perlu berhati-hati dan bukannya secara semberono.”
Mengulas lanjut Wan Abdul Hakim yang juga ADUN Air Puteh berkata, pembaharuan yang ingin dibawa oleh sesetengah pimpinan PAS akhirnya menyumbang masalah kepada parti itu.
“Politik baru yang ingin dibawa nampaknya menjadi duri dalam daging kepada mereka. Sebab itu pada saya PAS kini umpama ditelan mati emak, diluah mati bapak. Sorang kata itu…satu lagi pula kata ikut jalan yang ini,” ujarnya.

4 comments:

  1. Salam Pak Din

    Silap kawan ker silap sendiri, TGHH wooi? Kepimpinan TGHH yg lemah serba serbi, haru biru tu tak der kes silap berkawan @ kawan makan kawan ! Sendiri lemah, sendiri kena ngaku & wake up & timely resolve them all.

    Kita dah sabor lama dah perangai, incompetent dia. Camne dia dpt no.2 Ulamak dunia, entah ler? Orang gila ker mata buta yg undi dia ?!

    Dia & geng "sekepala" dia aje biarkan keadaan tu berlarutan sampai orang ramai (termasuk ahli) penyokong kita dah tak tahan hati & starting pick him to pieces. BACK DOWN ASAP, or, we'll be more than happy sucking u down.. fgs!

    ReplyDelete
  2. Udah dapat MADU nya, baru lah kata salah kawan...bagaimana kedudukan PAS sebelum anggotai PR..? Al sebab isu Anwar keahlian PAS mendadak naik,ramai ahli2 professional yg ikut PAS .. begitu juga jualan Akhbar Harakahnya mendadak naik dln isu PR. dan isu Anwar...SIAPA MAKAN SIAPA ??? Isu MB Selangor, siapa makan siapa..??bukan kecPAS yg mensabotaj rakan dlm PR..

    ReplyDelete
  3. W'salam Hanz

    Itulah masalahnya. Adakah mereka sedar akan masalah diri sendiri?

    Wake up call yang tidak didengari kerana mimpi indah!

    ReplyDelete
  4. tok janggut

    Persoalannya adakah mereka buat satu kajian tentang (political mileage) populariti diri sebelum dan selepas PR?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa